Sunday, October 30, 2011

TINGKATKAN IMUNITI LAWAN SEMUA PENYAKIT. KORANG TAK NAK KER?

Hari ini Kjee jumpa kawan lama Kjee, Hafifi Hafiz (Dato), dulu junior Kjee di Berita Harian. Jawatan terakhir beliau di sana sebagai Pengarang Eksekutif Harian Metro dan Metro Ahad. Terpaksa meninggalkan bidang kewartawanan kerana mengidap kanser hidung.


Malu ada, takut pun ada jumpa Dato Hafifi. Tiga tahun lalu, setelah setiap minggu terima sms dari Dato Hafifi supaya hadir dengar penerangan mengenai Transfer Factor, Kjee pernah hantar mesej kat beliau.  Kjee bagitau, tak payahlah hantar mesej lagi. Kjee tak minat nak beli, nak makan ataupun nak jual Transfer Factor.  Maleh sebab tak suka jadi ahli dan tak mampu beli suppliment mahal2. Masa tu Kjee peniaga kecil2an jer. Sekarang pun pokai jugak tapi sanggup ikat perut sebab nak sihat. 

Kami datang awal tadi, so sempatlah jumpa dan dengar Dato Hafifi cerita mengenai pengalaman beliau
Itulah, cakap siang pandang2. Sekarang Kjee pulak terhegeh2 pergi cari Dato Hafifi setelah Kjee cuba makan Transfer Factor yang disyorkan oleh my dearest sis, Dr Ina Harlina (Blogger Inahar's Cooking Time) dan sahabatku, Shila (Blogger Asam Pedas) dan rasa sendiri kehebatannya. Kjee ni macam Astro jugaklah. Sakit lutut, lelah dan juga ada OSA. Bukan ISA tapi Obstructive Sleep Apnea atau OSA.

Dr SS Tamilselvan yang memperkenalkan Transfer Factor kepada Dato Hafifi
Orang yang kena OSA ni, paling senang cerita adalah mereka yang tetiba ditemui mati ketika tidur! Kjee dah lama kena OSA. Apabila tidur seringkali 'lemas' dan rasa macam kena tindih. Seringkali Kjee tuduh hantu punya kerja! Ada yang kata tidur tak cuci kaki dan tak baca doa tidur. Sebab tu kena hempap dengan hantu. Yo lah tu. Siaplah nanti aku kena jawab dengan jin dan hantu lepas ini! 







Serius ni Kjee tak main2 pasal kes kena hempap atau tindih. Tiap2 malam kena. Pastu Kjee pergi Spital Ampang. Doktor Pakar yang merawat Kjee kata Kjee kena OSA dan harus segera mendapat ratawan kalau tak nak mati ketika tidur. Rawatannya bermula dengan ujian yang dijalankan oleh satu syarikat swasta. Dia orang  datang rumah dan ikat Kjee dengan wayar. Agaknya wayar tu disambung pada mesin. Esok pagi dia orang datang dan tengok mesin tu untuk mengetahui tahap mana masalah Kjee.

Tapi Kjee tak buat sebab sayang duit. Kena bayar RM240 tu!! Baiklah aku gi makan steak kat Tony Romas. Sedap tau  Dan Kjee terpaksalah menahan derita. Pernah satu malam sampai 7 kali 'lemas'. Masa tu Kjee mengamuk sakan kat hantu setan sebab kenapalah ko kerja overtime sampai 7 kali aku kena tindih!! Sepanjang malam tak berani tidur lepas kali ke-7 kena tindih.

Ramai tak lepas peluang mintak nasihat secara peribadi 
Rupa2nya itulah OSA!! Bukan kerja hantu setan! Dan selain OSA, isyhh banyaknya penyakit mokcik ni! eh kan aku dah kata aku macam Astro. macam2 ada  Kjee juga seringkali dikejarkan di tengah malam buta ke spital kerana lelah! Kjee hanya menyedari diri Kjee dah pulih dari OSA dan lelah, setelah Kjee makan suppliment Transfer Factor. OSA hilang, lelah pun hilang dalam masa 5 hari! Tak sempat habis sebotol Transfer Factor pun! 

Sebab itulah tadi, Kjee tebalkan muka bila jumpa Dato Hafifi. Kalaulah Kjee tak degil sangat dan ikut saranan beliau untuk try TF, tentu dah lama Kjee baik. Rupa2nya kalau penyakit macam Kjee, suppliment tu tak lah mahal. Yang mahal ubat kanser...sampai RM1,500. Tapi kalau boleh baik macam yang Dato Hafifi alami, tak ker berbaloi? Duit boleh cari beb!

Dan tadi, dalam usia yang dah setengah abad ini, bontot Kjee tak lah pulak panas duduk hampir 3 jam dengar penerangan (talk) mengenai pentingnya kita memperkuatkan sistem imuniti untuk melawan penyakit. TF, kata Dr SS Tamilselvan, seorang pakar farmasi (pharmacist) BUKAN UBAT. Ia tidak boleh mengubati sebarang penyakit tetapi ia mampu mengkuatkan sistem imuniti badan kita, sekali gus menepis dan menyahkan penyakit2 yang ada.

Kalau tahap ketahanan dalam badan kita tinggi, ia akan mencari punca2 yang menyebabkan kita sakit dan melawannya. Ewah syabas aku dah pandai sekarang. 

Seronok sangat pergi dengar ceramah Dr Tamilselvan, Dato Hafifi dan juga testimoni pesakit yang dulu tak boleh bangun, sekarang dah boleh berlari. Mokcik pun tumpang sekaki bagi testimoni jugak hehehe

Habis sahaja ceramah, semua berpusu2 mendapatkan Dr Tamilselvan. Walaupun siang tadi baru sampai dari India kerana memberi ceramah di sana dan malam ini bergegas pula ke Brunei untuk tujuan sama, tetapi beliau tetap melemparkan senyuman, dan menjawab soalan2 secara individu.

Rugilah korang (yang tinggal di KL dan PJ) yang tak datang dengar tadi. Minggu depan Dr Tamilselvan nak bercerita lebih khusus mengenai kanser, penyakit yang paling ditakuti sekarang. Dulu, kata beliau, orang takut kena serangan sakit jantung. Sekarang kanser adalah penyakit yang paling digeruni semua.

Setiap penyakit ada ubatnya. Jadi, janganlah buang masa. Jomlah kita kukuhkan sistem imuniti diri sebelum terlambat! Kjee, Insya Allah, sedang melaluinya...Korang bila?

Kjee bersama Dato Hafifi, Datin Azlin dan Puan Shila
Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Transfer Factor, Dato Hafifi dan isteri Beliau Datin Azlin sanggup luangkan masa mereka untuk beri penerangan. Korang boleh hubungi Kjee melalui emel fauziah.samad@gmail.com. Menurut Dato Hafifi, beliau sanggup menerima kumpulan2 kecik antara 5 hingga 10 orang. 

So amacam? Janganlah jadi macam Kjee. Peluang dah ada depan mata dulu tapi tak nak rebut. Sekarang dah sakit baru nak terhegeh2. Apa sahaja penyakit, baik melibatkan bayi, kanak2 ataupun orang dewasa, boleh diatasi. Insya Allah. Kita kena usaha!

Baca kisah Dato Hafifi di sini. Baca jugak di sini mengenai Dr S S Tamilselvan.

Esok lusa Kjee akan cerita lebih banyak lagi mengenai keberkesanan Transfer Factor. Insya Allah.

Kjee pun tumpang sekaki cerita pengalaman



4 comments:

  1. Assalam K.Jee cayang...waaah menarik jer baca penerangan k.Jee pasal Transfer Factor nih...komaiinn Dr. Inahar pun ada eh..pasni kena consult dgn Dr. Ina lah, boleh tanya macam2 x segan...hahahhaha. Tp kalau ada peluang suka rasanya nak dengar bab2 kesihatan dan transformasi2 baru dlm memulihkan imun dlm badan ni kan...tambah2 dah berumur ni...alahaaaiiii

    ReplyDelete
  2. Salam Ummi,
    Kjee nak share nanti dengan Belle Vie, supplemen yang paling elok untuk wanita. Untuk macam. Ala2 makan jamu special dari Indonesia! Orang Amerika pun sekarang dah pandai buat jamu khas untuk orang pompuan. Untuk lelaki, namanya Male Pro. Kalau nak tahu rahsia Belle Vie, sms tanya Puan Shila 0126045204. Dia ada pengalaman yang segan nak citer kat sini. hehehe. Ia juga elok untuk segugut, fibroids, keresahan waktu menopos dan lain2. Tapi kalau nak tahu emel Kjee pun okay.

    ReplyDelete
  3. Tu la.. memg rugi sbb tak dapat join.. sy duk ampang je tp semalam tahu pun dah malam.. masa ziarah blog kakjee.. huhu..

    sy perlu dapatkan TF ni sbb anak2 ada asthma, suami ada resdung dan sy juga berisiko tinggi utk kanser..

    ReplyDelete
  4. Salam ena,

    call Kjee 0126780501 dan Kjee boleh uruskan jumpa Dato Hafifi. Sabtu depan ada Dr Tamilselvan tapi petang Raya Haji pulak. Pasti ramai tak boleh datang. Sebaik2nya jumpa Dato Hafifi. Sama jer. Tapi bawak sama suami dan anak2. senang. Lagipun, kalau kumpulan kecik lebih berbaloi jumpa Dato kan?

    ReplyDelete