Monday, October 4, 2021

kisah2 close to my heart

10 HARI MENANGGUNG SAKIT


Assalammualaikum.
Hari ini, selepas 10 hari terbaring, Kjee dah okay sikit. Teruk kena serang Rheumatoid Arthritis (RA) dan Frozen Shoulders. Kjee tak pergi klinik. Nak bangun pun tak boleh.  
      Kesakitan yang amat sangat pada setiap sendi. Kalau tak telan painkillers, hanya mampu menangis menahan kesakitan 
      So, UnclePali beli krim sapu panas, Panadol dan bandage kat farmasi. Balut tangan kjee hingga ke hujung lengan setelah disapu krim panas. Hanya ibu jari tak dibalut. Lutut juga disapu heat rub. Kalau sakit telan painkillers.
       Segala urusan makan minum Kjee dijaga suami. Mujur dia sihat dan penyabar orangnya. Terima Kasih Allah. 

      Sekarang dah dua hari tak hujan. Kjee selalu kena kalau musim hujan berterusan.          Bukan baru kena. Masa kjee muda-muda dulu dah kena. Masa itu awal 20-an. Sebulan masuk spital. My vocal box/chords was affected. Hilang suara. Tidak dibenarkan pelawat. 
      Doktor kata penyakit yang Kjee alami hanya berlaku di negara musim sejuk. Pulak. Ketika itu kot.
      So tiap hari, ramai doktor2 pelatih akan dibawa melawat Kjee. Berkerumun sekeliling katil Kjee. Mereka diberi penerangan oleh doktor pakar. Jenuhlah diambil foto bahagian tangan dan kaki Kjee. 
       Walaupun dah sihat ketika itu, doktor kata ia akan berulang. Beberapa tahun kemudian, Kjee kena serang lagi. Tetapi tak teruk macam sekarang. 
      Lebih 7-8 tahun lalu, serangan Frozen Shoulders tertumpu di pangkal lengan dan bahagian bahu. Terpaksa buat blaus yang berbutang bahagian depan sebab susah nak pakai blaus sedia ada.
       Alhamdulillah sekarang dah kebah sikit. Sudah tidak terbaring aje lagi. Boleh bangun dan uruskan diri sendiri.
      Mudah-mudahan cuaca sejuk akan berlalu. Kjee ni pelik sikit. Kalau cuaca panas pun Kjee tak tahan. Habis gatal satu badan. 

      

Friday, September 24, 2021

buah-buahan

KEK PISANG BERANGAN


      Banyak kali dah buat kek pisang resipi Raihan blogger Periuk Tanah. Terbaik! Thnx Raihan. Tetapi apabila buat selalu sedih tengok kek merekah dipermukaan setelah siap masak.
      Ada kata suhu oven terlalu tinggi.  Mujur my bff Larry, beri link satu video. Banyak sebab rupa2nya. Antaranya memang suhu oven tinggi. Tetapi punca lain adalah kerana terlalu banyak baking powder atau sebarang serbuk penaik yang digunakan. Acuan/loyang terlalu kecil juga antara sebab yang selalu kita lalai. Dan juga kedudukan loyang/acuan. Tidak boleh pada rak dalam oven terlalu tinggi. Kita kena pepandai adjust. 
      Maka setelah tahu semua itu, kali ini Kjee turunkan sedikit suhu. Guna acuan 8x8. Selalu guna 7x7. Alhamdulillah. 

      Ada yang tanya kenapa kek pisang mereka nampak luaran dah masak tapi dalam masih mentah?
      Hah itu Kjee rasa sebab pisang mempunyai kelembapan tersendiri. Sebab itu pertengahan kek mentah. So pepandai adjust masa membakar. 

Tambah masa lebih kurang 10 minit. Lepas itu cucuk di tengah2 guna cungkil gigi buluh. Kalau dah ok, jangan terus keluarkan acuan dari dalam oven. Api dipadam dan kek dibiarkan seketika dalam 5 minit dalam oven. Pintunya ditutup. Insya Allah. Cubalah.
      Hari ini Kek Pisang yang Kjee buat langsung tidak merekah. Kjee guna kaedah-kaedah yang Kjee sebut diatas tadi.
      Kalau nak cuba buat, sila tengok link SINI. Resipi Raihan Periuk Tanah. 

Wednesday, September 22, 2021

kuih-muih

KEK BUTTER YOGURT

      Dah beberapa hari Kjee tak sihat. Makan tidur aje. Arthritis menyerang sehinggakan sendi seluruh badan, jammed. Jari jemari pun tak boleh bergerak. Sakitnya, Ya Rabbi. 
      UnclePali sapu minyak panas. 
Segala minyak panas yang ada dalam rumah. Akhirnya, bolehlah gerak sikit-sikit. Dah boleh duduk perlahan-lahan. 

     Arini teringin pulak nak makan Butter Cake. UnclePali tanya yang macam mana? Plain or chocolate. Dia nak gi beli. 
Ehhh, I nak Butter cake.  Tetapi home made. UnclePali garu kepala. Bini dia dah start dah! 
      Then UnclePali scroll kat blog. Eh you nak Yogurt Butter Cake tak? You buat dekat setahun yang lalu. Ada satu bekas Yogurt I nampak dalam fridge, katanya. Nakkkk. So both of us ke dapur. Siap apa yang patut. Yogurt tu Kjee plan nak buat lauk Kurma Ayam. 
      Resipi penuh klik SINI. 

      Dekat sejam siap ler kek idaman Kjee. UnclePali macam tak sabar nak makan, jadi bagi kek tu rehat sekejap, Kjee terus potong. Dia rembat one after another. Tiga potong. Seronok tengok dia makan. 
      Dulu masa kecik2, selalu Kjee makan Butter Cake Hainan kat satu kedai makan di Jln Campbell (kini Jln Dang Wangi). Kedai tu wujud lagi tapi UnclePali tak benarkan Kjee beli. Tak payahlah, katanya. You pun pandai buat. Mesti bersebab kerana lepas dia ngintai dapur kedai tu dulu, dia dah tak bagi beli. 
      Okaylah. Korang cubalah buat kek Yogurt ini. Gebu dan sedap sangat. Mudah buat. Guna hand mixer aje. 

  

Sunday, September 19, 2021

lauk pauk

GULAI LEMAK LEMAK TELOR


      Lauk ini is a first time for me. Tak pernah buat selama ini. My husband's fav kalau makan kat restoran Minang. Ahhh UnclePali apa sahaja lauk telor dia suka. So Kjee buatlah dia for him.
      Masa nak masak, terfikir macam mana nak kasi perisa (rasa umami) sebab tak letak ayam, udang dan sewaktu. So Kjee letaklah setengah kiub ayam. Letak kiub yang cukup rasa tu pun ok. 
      Untuk 6 biji telor rebus, bahan2 yang perlu ditumbuk atau kisar ialah sebiji cili merah, 6 biji cili padi (kalau tak pedas kurangkan), tiga biji bawang merah, seulas bawang putih, dua biji buah keras, satu inci lengkuas dan satu inci kunyit hidup. Juga satu batang serai diketuk. 
      Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga garing. Diaramas-ramas dua helai daun limau purut. Campak dalam periuk. 
      Kemudian masukkan satu kotak kecil santan dan air satu kotak yang sama. Didihkan perlahan. Kemudian masukkan telor rebus. And then Kjee teringat ada tahu dalam peti ais. Cepat2 goreng dan belah dua cara tiga segi. Masukkan dalam periuk. 
      Letaklah perasa. Kalau tak ada kiub ayam, boleh letak msg. UP kata tumbuk sikit bilis, masukkan pun ok. Kita yang buat dia. 
      Siap! Hidang dengan nasi panas. 


      

Friday, September 17, 2021

daging

STIR FRY DAGING BROKOLI


      Kalau ada sayur especially sayur hijau dalam peti ais, Kjee mesti resah. Cepat-cepat fikir nak masak apa. Kalau tidak, mesti layu dan akhirnya kena buang.
      Itu yang terjadi kepada Brokoli pagi tadi. Ianya baki dari yang Kjee beli dan gunakan separuh aje hari tu. Kjee terus plan buat Stir Fry Beef dengan Brokoli. The last time Kjee buat 6 bulan lalu. UnclePali suka sangat.
       Kalau sayur Brokoli, kena celur dulu seketika. Tak lah lama sangat. Separuh masak gitu. Of course kena potong-potong dulu. Lepas celur toskan airnya. Tak perlu lalu bawah air paip. Biarkan kepanasan selepas dicelur, lembutkan lagi sedikit brokoli. 


       Kjee guna daging batang pinang sebab itu bahagian paling lembut. Maklum yang nak makan nanti, dua-dua pagar dah longgar. 🤭
       Daging dihiris. Tabur sedikit lada hitam kisar dengan satu atau dua sudu sos tiram. Perap lebih kurang 30 minit dalam peti ais. Ini sebelum digaul rata. Gaul dan simpan dalam peti ais. 

       Hiris empat ulas bawang putih dan dua inci halia. Kalau ada halia muda lagi okay. 
      Panaskan kuali dan tumis halia sampai garing. Masukkan bawang putih. Apabila bawang sudah hampir garing, masukkan daging. Goreng sehingga daging kecut. Apabila daging sudah nampak garing, masukkan brokoli dan gaul rata. 
      Rasa. Sekiranya perlu, curahkan sedikit fish sos. Gaul rata lagi. Terus hidang. 



Wednesday, September 15, 2021

lauk pauk

BENDI GORENG TELOR


     Bendi ini baki setelah masak Asam Pedas aritu. Ada dalam 7-8 biji. Since dah tiga hari dalam esbok, kena cepat selamatkan. Kalau tidak kecut.
      Kjee masak Kari Ikan Talang Kering. UnclePali kata kenapa tak masukkan bendi dalam kari. Well, memanglah bendi ngam dimasukkan dalam kari ikan. Tetapi sesuwai ke untuk Kari Ikan Kering? Terung okay kot.
      So Kjee decide goreng Bendi dengan telor. Teringat makan kat warung Zaiton Tomyam, Taman Dato Ahmad Razali, Ampang. Kalau makan situ memang order Bendi taruk sotong sama telor. Giler sedap!
      Tapi Kjee tak ada sotong. Ahhh kita yang buat dia. So Kjee tabur ikan bilis goreng garing sebelum hidang. Sedap you!
      Mudah aje lauk ini. Bendi dhiris. Kemudian ketuk-ketuk 3 ulas bawang putih. Hiris dua tiga biji cili padi. Itu jer. 
      Goreng bilis garing-garing. Minyak tak payah banyak. Tepikan. Guna minyak sama tumis bawang putih. Dah garing sikit, masukkan cili padi dan bendi. 
      Goreng sampai bendi garing. Tepikan sikit dalam kuali dan pecahkan dua biji telor. Kaup bendi tutup telor. Curah kicap cair atau nampla. Telor dah mengeras, kacau-kacau sampai rata dengan bendi. Rasa. Dah cukup, tuangkan semua ke mangkuk atau bekas hidangan. Tabur ikan bilis. Siap. 



      Ini kari yang Kjee buat semalam. Resipi korang klik SINI. 


      

Tuesday, September 14, 2021

breakfast

ROTI CORNED BEEF


      Saw a video in my newsfeed. Sekeping roti ditebuk tengah empat segi. Kemudian diletak atas pan, letak telor sebiji, sosej dicincang, tutup dengan cheese. Lapik roti tebuk tadi atas cheese dan bakar dalam pan atas dapur.
      Banyak kerja. Tetapi bak kata omputih, feast the eyes first. Jamu mata baru makan. So itu yang Kjee terai pagi ini ikut video tu. Tetapi ikut apa aje bahan dalam pantri.
      Dalam fridge ada corned beef. Tarraaa instead of guna sosej, Kjee lebih suka guna corned beef. Dadu sebiji bawang besar yang kecik. Pukul sebiji telor. Letak sedikit garam dan lada hitam. Corned beef agak masin so hati2 letak garam. Cincang2 sikit corned beef itu. Kalau ada daun bawang, hiris halus. Campur semua. 
      Ambil sekeping roti. Kjee guna roti jagung atau wholemeal bread. Tebuk tengah empat segi. 


      Pastu letak atas kuali leper yang telah disapu sedikit minyak. Kjee spray dengan cooking spray. Dah panas kuali letak roti.  Pastu curah adunan telor corned beef. 



      Tutup dengan sekeping cheddar cheese dan letak potongan roti tebuk itu diatas cheese. 


      Jaga api. Jangan terlalu besar. Biarkan lebih kurang 3 minit dan terbalikkan perlahan-lahan. Siap apabila ditekan, tiada lagi cairan telor dan cheese dah cair sedikit. 


      Rasanya okaylah. Cam biasa-biasa aje. Kjee pernah buat banyak kali guna bahan2 tersebut. Cuma tak tebuk tengah aje roti tu. Mungkin anak dara atau bujang yang masih bersekolah lebih teruja buat. 
      Makan begitu sahaja atau dengan sos cili. 









Sunday, September 12, 2021

kudapan

COLESLAW - SENANG BUAT


     Kalau beli ayam goreng kat rest fast food tu, first thing yang terlintas di fikiran ialah keenakan Coleslaw atau salad kobis.  Ia campuran sayuran seperti carrot, kobis dan bawang. Dihiris dan dicincang halus. 
     Lepas itu dicampur Mayonaise, gula dan jus lemon. Cik Abang kita yang selalu buat kalau Kjee nak makan Coleslaw untuk iringi makanan yang Kjee buat. 
      Sedap sangat kejadiannya. Heran camner dia tahu buat. Akhirnya dia ngaku dia google resipinya. 😁
      Tetapi sejak akhir-akhir ini Kjee yang buat. UP kata sedap. Tanya pulak resipi apa Kjee guna. Hehehe kita pun Google lah. Letak sedikit honey ganti gula. 
      

      Empat bahan sahaja diperlukan. Kjee guna Mayonaise Jepun Kewpie. Kenapa perlu guna mayo tu? Entah. Resipi tu kata Mayo Jepun, Kjee pun gunalah. Mayo Jepun ni manis sikit. So pepandailah adjust letak honey. Kalau nak ganti gula sikit pun ok. 
      Mula2 kena hiris Kobis. Kemudian hiris dan cincang carrot. Kjee tak guna carrot sebab tak ada stok. Ia juga untuk kalerkan coleslaw. Kemudian letak sebiji bawang besar yang didadu dan cincang halus. Kalau cincang sayur-sayur tadi dalam food processor pun ok lah. 
      Dah halus semua, satukan dan letaklah mayo, honey (atau gula) dan perahan separuh biji lemon serta sedikit lada hitam kisar. Gaul rata. Rasa. Siap! 
      Simpan sejam dua dalam fridge bagi bahan2 tadi mengenal hati budi memasing dan bermesra-mesraan. 🤭
      Kjee makan aritu dengan Grilled BBQ Chicken. Bukan buat. Beli aje kat Baker's Cottage. 
      Juga buat Fresh Mushrooms Soup dan Garlic Bread. Sedap gua cakap lu. Macam makan kat restoran. 


Resipi Soup tu klik SINI. Sejak Kjee buat Soup tu sendiri, dah tak beli yang dalam tin! 



      Buat Garlic Butter pun cenang cangat. Sagat bawang putih keatas butter yang telah diletak pada room temperature. Kacau rata. Kalau guna salted butter tak payah letak garam. Sapu kat roti dan grill. 

Saturday, September 11, 2021

ayam

GINGER CHICKEN


      Kalau ada lebih daun bawang, Kjee mesti buat lauk Chicken Ginger. Especially kalau ada young ginger. Kjee buat baru2 ini sebab  UnclePali tuai Halia Bentong di laman sekangkang meow kami. 
      Kjee diberitahu oleh seorang kawan berbangsa Cina, yang halia dari Bentong sangat tinggi khasiat berbanding halia yang diimport dari negara China. Rasanya lebih pedas. Untuk kesihatan. 
      So sekarang Kjee hanya guna Halia Bentong untuk apa jua masakan. Harganya mahal sedikit. Sekilo lebih kurang rm25. UP selalu order kat Shopee sejak tak boleh pergi ke Bukit Tinggi, Bentong. 
      Aritu Kjee nampak tunas pada halia yang sampai. Apa lagi kan, terus suruh UP tanam. Ada orang kata tak akan menjadi sebab hanya tanah kat Bentong sesuai untuk tanam halia jenis itu. 
      Tarrraaa lebih kurang 6 bulan dicucuk di laman kami, UP pun cabut setelah pokok halia yang dia tanam dah mati. Lihatlah kawan-kawan, hasilnya. 👇👇


      Kjee agak skeptical. Maklum teringat orang kata tak menjadi. Kjee cium sedikit. Ewah sebijiklah bau Halia Bentong!!! 
      Oleh kerana halia tu agak muda, Kjee pun terus decide buat Ginger Chicken. Kebetulan ada daun bawang yang segar bugar. Beli kat Hero Market. Tanpa daun Bawang, Kjee tak akan buat Ginger Chicken. Macam tak cukup syarat. 
      Kali ini Kjee buat cara mudah aje. Ayam dibuang tulang (debone) dan potong bite size. Dapatlah dalam satu mangkuk kecik. Kemudian hiris halia. Ketuk tiga ulas bawang putih. 
      Untuk sosnya bubuh lebih kurang dua sudu makan sos tiram dalam mangkuk. Campur dengan tiga sudu air. Kalau ada minyak bijan, masukkan satu sudu kecik. Letak juga satu sudu kecik lada hitam kisar. Campur rata. Tepikan. 
      Bancuh satu sudu kecik tepung jagung bersama tiga sudu kecik air. Kacau sampai rata. Tepikan. Daun Bawang dipotong-potong, 1-2 inci. 
      Panas minyak. Goreng halia sehingga garing. Masukkan bawang putih. Dah garing bawang putih, masukkan ayam. Masak sehingga ayam kecut. Kemudian dituangkan sos tadi. Kacau sehingga semua ayam bersalut sos. 
      Apabila kuah sos tiram itu sudah sebati dengan ayam, tuang air tepung jagung tadi. Api dibesarkan. Biarkan pekat satu dua minit, campakkan daun bawang. Golek-golek. Oyster sauce yang Kjee guna dah cukup masin. If korang nak tambah lagi boleh letak kicap cair atau fish sauce. Kemudian padam api dan terus hidang. 
       Satu lagi resipi hampir sama klik SINI. 

      
      



      

Friday, September 10, 2021

lauk pauk

IKAN TALAPIA SAMBAL IJO PETAI


     Kjee tak cerewet pasal ikan. Apa jenis pun Kjee tak kesah. Tetapi my other half is a bit picky. Banyak ikan dia tak makan especially ikan sungai. Masa mula-mula kahwin 20 tahun lalu, lagi teruk tetapi sedikit demi sedikit sekarang dia dah boleh terima.
      A few days ago, sahabat Kjee, Nori beri ikan Talapia. Katanya dia jarang-jarang makan Talapia. Goreng garing sedap, tambah dia.
      Well, Kjee dengan ikan Talapia memang sahabat akrab. Dulu masa tinggal di Kampung Kemensah (belakang Zoo Negara), ada orang kampung situ yang bela dalam kolam. Dan Kjee antara customer mereka.
      Untuk bagi UP tak komplen bau 'tanah', kena masak berlado. Kepedasan lauk belado boleh tenggelamkan rasa ikan yang katanya ada bau tanah!
      Hari ini Kjee masak Ikan Talapia Sambal Ijo letak petai. 
   

      Nasib Kjee baik, ikan yang diberi Nori sudah siap dibersihkan . Bab buang sisik agak sukar. So Kjee letak kunyit garam dan simpan seketika dalam fridge. 
      Kjee juga ada stok Sambal Ijo. Suatu kemestian ada dalam fridge. Kegunaannya di hari malas. 😬


      So UP goreng ikan (dia pandai bab itu) sementara Kjee panaskan sambal Ijo bersama petai. Sambal dah cair, petai dah elok lembut sikit, curahkan aje atas ikan goreng. Mudah kan! 
      Alhamdulillah hari ini UP tak komplen bau tanah pada ikan Talapia. Kalau korang tak pernah makan ikan Talapia, beli yang warna pink atau orang panggil Talapia merah. 


Untuk resipi Sambal Ijo, sila klik SINI. 




Tuesday, September 7, 2021

kuih kuih

KUIH DANGAI LAGI


      Kjee buat first time dua minggu lepas. Ikut resipi sebijik sebab takut tak menjadi. Anyway setelah siap, walaupun sedap tetapi Kjee tak berani nak makan sebab too sweet! Even UnclePali kata manis melekit!
     So kerana itu Kjee buat lagi kelmarin. Hanya guna 4 bahan. Bahan penting iaitu kelapa parut putih memang sentiasa ada dalam freezer. Standby untuk buat kuih yang kita teringin.
      Resipi kali ini, Kjee adjust sikit. Kjee guna dua cawan kelapa parut, satu cawan setengah tepung pulut, setengah cawan gula pasir dan setengah sudu kecik garam. Gaul semua. Rasa. Sedap kalau ada rasa garam.

      Panaskan oven 180 C.
      Tuang semua bahan tadi dalam loyang 7x7". Tekan-tekan permukaan tetapi jangan terlalu padat. Tidak perlu tabur gula di permukaan loyang. Tetapi kalau nak boleh aje. 
       Bakar lebih kurang 50 minit ikut kepanasan oven memasing. Jika perlu, 10 minit terakhir guna api atas sahaja supaya permukaannya cantik golden brown gitu. 
      Toreh-toreh sebaik keluar oven
Sedap makan suam. Baki, simpan dalam bekas kedap udara.