Lodeh Kering atau Sambal Goreng (kata arwah Mak), cukup sinonim dengan orang Jawa. Jarang sangat jumpa lauk ini yang original, dimasak orang Jawa piau. So lebih puas hati masak sendiri.
Lauk ini Kjee masak aritu. Baki selepas makan tengah hari, Kjee letak dalam bekas dan simpan dalam freezer. Tunggu hari tak sihat atau malas masak, baru dikeluarkan. Hari ini lah tu. 🤭
Arwah mak tak pernah letak sohun kalau masak sambal goreng ini. Tetapi enak banget kalau letak petai. Dan mesti letak gula Melaka. Gula putih tak sedap.
Kjee suka ratah aje kalau masak lauk ini. Tak perlu ada nasi.
Sambal Goreng mesti ada Tempeh dan Tauhu. Semua dipotong dadu dan digoreng separuh masak. Kalau goreng garing kejadiannya nanti keras setelah siap lauk.
Resipi lengkap sila KLIK SINI.
Fito 👆 ni kejadian satu ketika dulu. Masa itu letak kacang panjang. Minggu lepas Kjee letak Kacang Buncis. Apapun sedap.



