Wednesday, December 4, 2013

Anak Seni

ERMA JUGAK BAYAR DALAM BENTUK SYILING 5 SEN MACAM OS






Erma Fatima membayar denda saman sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen, mungkin mengejutkan semua. Tetapi Kjee tidak terkejut kerana sebelum ini ada artis yang pernah melakukannya, jika tak silap Kjee lebih kurang 30 tahun lalu kot.

Pelawak Os melakukan yang sama ketika didenda kerana didapati bersalah dalam satu kes khalwat. Kjee masih ingat lagi kes itu. Dia ditangkap kononnya 'berdua-duan' dengan seorang wanita dalam sebuah rumah. Os pertahankan ketika itu, ada beberapa lagi teman serumah girl friend nya ketika dia didakwa khalwat.

Kerana tidak puas hati dengan hukuman itu, Os telah membayar saman dalam bentuk duit syiling 5 sen. Jenuh jugak petugas pejabat Mahkamah Syariah itu mengira duit syiling tersebut! Kjee tak ingat jumlah tetapi rasa-rasanya dalam lingkungan beberapa ribu ringgit.

Erma Fatima pula melakukan yang sama, tetapi jumlahnya jauh lebih banyak daripada yang dibayar Os. Dan khabarnya, pemenang dalam kes saman itu, Rebecca Islam, enggan menerima wang yang bentuk syiling 5 sen itu. Wang itu akan dipulangkannya dan diminta Erma 'membuat bayaran dalam bentuk yang berhemah'.

Walau apapun, wang syiling itu sebenarnya sah di segi nilai. Terima sajalah Rebecca. Boleh ditukarkan di mana-mana bank.. Awak dah menang dan Erma telah membayar setiap sen yang dituntut.

BACA SINI.


Tuesday, December 3, 2013

ikan

ASAM PEDAS BAWAL HITAM TERUNG DAYAK SARAWAK







Kalau beli ikan bawal hitam, Kjee selalu masak kari ataupun masak kicap. Tapi kali ni, tak tahu kenapa Kjee masak asam pedas pulak.

Mentang-mentanglah Terung Asam atau Terung Dayak Sarawak ada lagi 4 biji. Hehehe. Masak Asam Pedas kalau dimasukkan Sayur Sawi Jeruk atau Teruk Dayak masam ni, memanglah tersangat sedap!

Tapi pada Kjee lah, ikan Bawal Hitam tak berapa sesuai masak Asam Pedas. Entahlah Kjee rasa macam kurang manis berbanding dengan ikan Terubuk, Parang, Pari ataupun Tenggiri. Malah kalau ikan kembong pun, Kjee rasa lebih okay.

Mujurlah makan Asam Pedas tadi dengan ditemankan Ikan Jeruk Tenggiri Goreng dan Pucuk Betik yang dicelur dan makan dengan sambal tempoyak mentah. Kalau korang rasa lauk macam tu boleh makan nasi sampai bertambah-tambah, sorilah. Kjee tak pernah makan nasi bertambah. Nasi hanya ¼ pinggan. Tapi lauk habis kuratah. Hehehe.





Lauk asam pedas yang Kjee buat tadi macam biasa jer. Dah selalu buat dan tentu ramai tahu buat. Kelainannya kali ni, Kjee bubuh Terung Dayak serta daun limau purut.

Masa tengah masak tadi, mata terpandang pokok limau purut yang tak berapa nak sihat...maklumlah tanam dalam pasu jer. Kjee suruh UnclePali petik tiga helai, cuci dan campakkan dalam lauk asam pedas yang tenah mendidih atas dapur. Daun kesom pun Kjee letak jugak.

Hmmm kalau nak jugak masak Asam Pedas cara Kjee, korang singgah SINI.



isu semasa

TARIF API NAIK...KITA GO BACK TO BASICS






Bulan depan, tarif elektrik akan naik. Kalau tak silap Kjee di Semenanjung lebih kurang 15% dan Sabah Sarawak 20%.

Ramai dah mula bising... lemparkan tuduhan macam-macam. Kerajaan kena, TNB jugak kena. Tapi melalui pengalaman Kjee lah, korang melalak banyak mana pun, kalau keputusan (untuk menaikkan tarif elektrik) sudah dibuat, takkan dia orang gostan.

Kjee yakin ramai haters Kerajaan akan kata padan muka korang pilih Kerajaan BN. Inilah padahnya. Oh ya ker? Jangan nak pandai mengata... banyak janji jugak dah ditaburkan oleh pihak pembangkang. Tapi ada dia orang tunaikan? So you all can shut up!!


Haruskah buat camni lagi?





















Suri rumah antara mereka yang boleh bantu dalam misi jimat cermat tenaga elektrik dalam rumah. Jangan turut serta demonstrasi jalanan yang bakal pihak sebelah sana buat. Kita tunjukkan kuasa berjimat di tangan kita, suri rumah!!

Kjee baru sahaja belajar-belajar jimat elektrik sejak beberapa bulan lalu. Dapatlah jimat antara RM25 hingga RM50 sebulan... Sahaja? Well, korang ado?

Nak tau cara Kjee jimat? Baca SINI dan SINI.

Sementara hendak menunggu maklumbalas terhadap rungutan rakyat mengenai kenaikan ini, suri rumah harus bertindak dulu. Kalau berjaya pihak itu buat Kerajaan tunduk dan tidak naikkan tarif elektrik, Alhamdullilah. Kalau tidak, sekurang-kurang kita sudah bersiap sedia dengan segala kemungkinan.








Semalam Kjee dah lontarkan soalan kepada friends Kjee di FB, terutama sekali yang suka sangat baking, supaya balik ke zaman ibu-ibu kita dulu. Yezza...guna oven gas cap Kupu-Kupu atau Butterfly brand!

Terus terang Kjee cerita, oven hitam itu tidak pernah ada tempat di dapur Kjee kerana Kjee manusia yang segala-galanya mahu dilakukan dengan cepat dan mudah.

Masa Kjee kecik-kecik dulu, arwah Bonda ada guna oven hitam tu. Tapi Kjee langsung tidak ada kenangan bersama oven itu. Cuma kalau tak silap, oven hitam Bonda itu guna dapur minyak tanah.

Apabila Kjee bagi idea kepada kengkawan FB mengenai penggunakan semula oven hitam itu, ramai rupa-rupanya ada sebiji di rumah! Ada yang aktif menggunakannya dan ada yang biarkan ia bersawang di setor.

So pagi tadi, Kjee ajak UnclePali pergi survey satu kedai di Jalan Ipoh, KL. Kedai itu adalah agent segala barangan dapur jenama Kupu-Kupu.









Oleh kerana tiada, parking, Kjee pelan-pelan turun kereta dan masuk ke kedai tersebut. Sebaik sahaja Kjee masuk, Kjee terdengar perbualan taukey kedai dengan pembantunya.

TAUKEH CINA: "Gua boleh gerenti kalau api (elektrik) naik bulan depan, kita punya oven hitam itu, banyak laku.
PEMBANTU MELAYU: "Ya ka? Orang sekarang mana suka itu oven... Kalau kampung, saya rasa ramai guna ini oven.."

Kjee masuk. Perbualan kedua-duanya terhenti. Pembantu terus masuk ke belakang. Kjee sengih dengar apa yang mereka katakan. Sebaik sahaja Kjee kata nak tengok oven hitam, taukeh tu terus bawak Kjee ke satu sudut kedai itu.

Isyhhh kecik rupa-rupanya oven hitam tu... or masa Kjee kecik dulu, oven tu nampak besar. Dan apabila dah besar sekarang, Kjee nampak oven tu macam kenit jer. Kahkahkah.

Tanya dia saiz lain tak ada ke?

"Sudah 50 tahun ini saiz juga," kata Taukeh tu.

Harga RM110.. diskaun 10%... so boleh beri Kjee dengan harga RM95. Kjee angguk-angguk dan kata akan datang lagi.

Balik rumah, online kat FB, kengkawan FB kata, kat Johor dan Kelang boleh dapat antara RM65 hingga RM80.

So, ini antara cara nak jimat elektrik bagi mereka yang seringkali buat kuih muih guna oven.


Dapur Kek Sarawak - ehsan google. Perhatian: Pemilik Blog dan no fon, adalah di Indonesia



Kemudian seorang teman kata, di Sarawak ada jual oven gas khas yang banyak diguna oleh pembikin kek lapis Sarawak. Harga RM450. Dua tingkat. Amboi besarnya... tak sesuwai untuk dapur rumah kita yang sempit.

Kjee pernah tengok wanita dulu-dulu buat kuih bahulu guna dapur kayu atau arang dan sabut kelapa. Rasa bahulu enak banget.

Pilihan di tangan korang, suri rumah. Tepuk dada tanya selera. Tapi rasa-rasanya Kjee nak juga rembat sebiji oven kupu-kupu tu.

Tarif Api naik, kita go back to basics. Hehehe.




Dapur guna arang

Sunday, December 1, 2013

Anak Seni

AZMAN KEMBALI... MAHU KONGSI PENGALAMAN DAN ILMU

































Dia antara yang terdahulu menjadikan wajah-wajah selebriti TV3, jelita. Seorang yang tidak banyak cakap, lebih banyak senyum... namun kepantasan jari jemarinya, menjadi seseorang yang berwajah sederhana, tampak jelita, amat menakjubkan.

Dialah Azman Razali...lama Kjee tak bertemu dengannya. Satu hari Kjee ternampak namanya di Facebook. Lantas, Kjee tak buang masa menjejakinya. Kepulangannya untuk bercuti singkat bulan lalu, tidak Kjee lepaskan peluang itu, untuk bertemu.

Diam Azman selama ini, diam berisi. 'Kehilangannya' dari belakang tabir industri seni negara rupa-rupanya sesuatu yang harus dibanggakan semua insan yang menceburi bidangnya.

Azman mendahului kawan-kawannya yang lain dengan menjadi Image Consultant di TV Al Jazeera International di Doha, Qatar... bukan sesuatu pencapaian mudah untuk seorang anak Melayu!

Walaupun jauh di rantauan meninggalkan keluarga tersayang dan industri seni yang dicintai, di sudut hatinya, dia mahu kembali. Semua pengalaman dan imbuhan yang dicarinya selama ini, mungkin sudah dicapai. Tetapi Azman menyimpan hasrat untuk kembali ke Tanahair dan berkongsi semua pengalaman itu dengan anak bangsa.

Ini hanyalah permulaan... Lihat poster diatas... rasanya cukup berbaloi dapat ilmu dengan yuran yang murah itu. Kjee pernah nampak iklan-iklan mekap dengan harga berkali-kali ganda yang diajar mereka yang entah sapa-sapa.








Dalam pertemuan dengan Azman bulan lepas, Azman meluahkan keterujaannya untuk kembali ke tanah air dan berkongsi ilmu dengan anak watan yang seiring dengannya.

"Duit kini bukan segala-galanya. Dua tahun saya di Al Jazeera International di Doha... jumpa keluarga... anak-anak dan isteri, hanya beberapa kali sahaja setahun. Mereka amat memahami dan menyokong apa saya lakukan. Demi masa depan mereka jua..

"Tetapi yang paling saya terkilan, saya tidak berupaya melakukan sesuatu yang amat saya cintai... cinta saya terhadap seni halus... bukan sahaja di bidang mekap tetapi semua yang berkaitan...dandanan dan sebagainya.

"Saya punya impian... impian hendak melakukan sesuatu lebih daripada apa yang saya lakukan selama ini. Tunggu sahajalah. Saya juga ingin meneruskan hasrat untuk tampil dengan lebih banyak buku... saya ingin bukukan segala pengalaman saya. Itulah impian saya. Tunggu sahajalah nanti... mungkin tahun 2014 akan menjadi saksi kepada segala yang saya ingin lakukan, Insya Allah," kata Azman.

Jadi, mereka yang selama ini mengenali dan meminati Azman Razali dari jauh ataupun dekat, pasti menunggu kepulangan Azman.

Yang berminat untuk menimba ilmu daripadanya, sila hubungi nombor-nombor telefon pada poster diatas.

Mahu tahu banyak lagi mengenai Azman, sila ke blognya DISINI.



Sanggul... buku pertamanya 

daging

BUAT BISNES MINI BEEF PIES PULAK








Ini kali kedua selebriti sensasi Ogy Ahmad Daud order my mini minced beef pies dengan blackpepper sauce. Order kali ini untuk konsert anak kesayangannya, Aminah.

Masa Ogy call kata nak order lagi pies untuk Aminah's concert, Kjee terkedu.

"I nak order banyak Jee... dalam beratus..."

Oppps... beratus? Mana boleh... hari tu dia order 30 biji jer... itu pun Kjee terkial-kial buat dengan UnclePali. Kerjanya renyah. Kalau pai saiz besar, taklah leceh sangat. Kita ni bukan lah sihat sangat.

Lagipun Nadia dah kerja, so faham-faham sajalah. Selalunya dia yang buat kerja... Kjee mandor. Dengan anak bolehlah kita dera suruh buat itu dan ini... tapi tak boleh buat sama dengan UnclePali walaupun he's such a great help.

Senyap sektika Ogy...

"So you boleh buat berapa Jee," tanya dia lembut.

Ketar-ketar Kjee jawab.." lima puluh.."

Ogy diam lagi...mungkin tengah garu kepala.

"Okaylah 50 biji pun bolehlah lah."

Kjee fikirkan kalau untuk Konsert kanak-kanak, tak perlu lah buat sauce. Terjerit Ogy. "No no no I nak brown sauce... Sedap sangat sauce tu!!! Mesti ada!!"





Tunggu giliran masuk oven



UnclePali tukang jaga oven yang hebat!!



Panas panas panas 


Okaylah. That was last week. Pagi tadi, lepas subuh Kjee dah mula projek. Maklumlah Kjee tak nak jadi macam hari tu. Masa tu dia kata nak amik pukul 5 petang. So Kjee main relax jer buat dengan UnclePali. Pukul 3 baru nak start buat tapi inti dan buat awal-awal. Last minute, kelamkabut mintak Ogy tambah sejam lagi. Hehehe.

Setelah buah doh dan diperapkan selama ½ jam dalam fridge tadi, kami tiga beranak mulalah projek buat pies jam 9 pagi. Satu batch masuk jer oven, UnclePali keluarkan roti canai yang dia beli masa Kjee dengan Nadia sibuk sediakan doh. Kereta kena isi minyak dulu kan? Hehehe.

Ngam-ngam pukul 12, siap semua kerja termasuk blackpepper sauce!



Buat roux dulu

Blackpepper sauce



Pujian harus diberikan kepada UnclePali yang jaga oven. Cantik sangat rupa pies yang sama kaler... tak ada undercooked atau over browned!

Jugak kepada Nadia yang hiburkan Kjee dan UnclePali dengan lawak-lawak bodoh dia. Tapi tangan dia laju jer assemble the pies!

Kjee hanya amik orders hujung minggu sahaja. Minimum order 12 biji maximun tak ada had ewah dan hanya untuk area KL sahaja sebab kena amik sendiri. Tak ada delivery service.

Kalau nak order boleh sms 0126780501. Nak daging atau ayam, no problem. Boleh jugak order tanpa sos atau bersama sos. Tapi makan dengan sos sedap sangat babe!!!

Saturday, November 30, 2013

Anak Seni

KENDURI ANAK BONGSU SOPHIA IBRAHIM

Majlis persandingan Aida, anak perempuan bongsu Sophia Ibrahim,.

Kak Spohia, mak pengantin yang maintain jelita



Jarang-jarang sekali Kjee akan hadir jika diundang ke majlis perkahwinan. Bukan kerana tak sudi tetapi keadaan kesihatan seringkali tidak mengizinkan.

Tetapi apabila my favourite 'sister', aktres dan penyanyi Sophia Ibrahim jemput Kjee ke majlis perkahwinan anak perempuannya Aida, Kjee tak dapat menolak. She's the elder sister I never had. Pernah berlakon bersama.... pernah menangis dan ketawa bersama.

UnclePali dan Nadia terkejut apabila Kjee beritahu mereka, malam minggu ini kita akan pergi wedding. Mereka tahu Kjee dah lama tak hadir di majlis perkahwinan kawan-kawan. Bukan sahaja kawan-kawan, malah beberapa minggu lepas Kjee pun tak dapat pergi ke majlis perkahwinan anak sedara UnclePali.

Majlis kenduri yang dibuat Kak Piah, berlangsung di Khadijah's Kitchen, restoran milik adiknya, Dato Khadijah Ibrahim di Petaling Jaya. Malah, makanan untuk majlis tadi turut dimasak sendiri oleh Dato Kathy bersama kaum kerabatnya.

Kerana sibuk di dapur, kelibat Dato Kathy tidak kelihatan hingga ke akhir majlis. Agaknya kalau Kjee tunggu lebih lama, mungkin dapat bertemu beliau. Tetapi seperti biasa, sejam lebih sahaja duduk menikmati jamuan, Kjee sudah resah. Lutut mula berdenyut. Dan akhirnya terpaksa mintak diri untuk pulang walaupun majlis belum berlalu separuh jalan.

Selepas ini, Kak Piah akan menyambut seorang lagi menantu, tahun depan. Anaknya, Hairi, penyanyi kumpulan Kool akan menamatkan zaman duda. Jika dijemput, Insya Allah Kjee hadir.








Pada majlis tadi, Kjee bertemu sahabat lama, penyanyi Dhalan Zainuddin dan isterinya Effa Rizan. Alhamdullilah, masih dipanjangkan usia untuk bertemu dengan abang Dhalan yang Kjee panggil abang Dell. Usianya kini 73 tahun! Pernah jadi suami Sophia Ibrahim satu ketika dulu. Syukur Alhamdullilah hubungan mereka masih karib hingga ke hari ini.

Kjee juga bertemu buat kali kedua dengan penyanyi 50-an, Abang R Ismail. Suaranya yang merdu banyak digunakan untuk filem-filem keluaran Cathay Keris. Abang R Ismail kini sudah melewati usia 76 tahun. Dan masih lagi menerima undangan menyanyi di majlis-majlis tertutup.





Anak beranak ni, nak juga enter frame..hehehe

Friday, November 29, 2013

isu semasa

TERUNG ASAM SARAWAK GAMIT PERHATIAN

Foto Bernama 





















Penari tradisional Sarawak menunjukkan pelbagai jenis buah Terung Asam Sarawak pada majlis pelancaran produk tersebut di Kuching, Jumaat. Usaha untuk meningkatkan nilai tambah produk Terung Asam Sarawak perlu dipergiatkan lagi, malah rasa Terung Asam Sarawak yang telah diproses kering adalah sama seperti produk mangga kering dari California. 

Baru semalam Kjee masak lauk Asam Tumis guna Terung Asam atau orang Sarawak panggil Terung Dayak.

Thursday, November 28, 2013

daging

KUIH BAKAR DAGING RESIPI ORI BONDAKU









Kjee dah plan nak buat Kuih Bakar Daging ni sejak malam tadi... janji kat seorang sahabat yang baik sangat. Setiap bulan, ada saja ole-ole dari beliau yang buat Kjee terharu... dari Keropok Losong, keropok kering, pie, telekung, kain batik dan macam-macam lah hadiah lain.

Kjee pun tak tahu nak beri apa sebagai balasan... maklumlah di mata kasar Kjee, dia ada segala-galanya. Tak terbalas Kjee. Tapi apabila Kjee sebut nak beri makanan dari air tangan Kjee yang tak seberapa ini, beliau seronok sangat!

So malam tadi, Kjee beritahu Unclepali nak buat Kuih Bakar Daging. Ini resipi arwah Bonda yang Kjee sayang sangat dan suka buat, sebab sedap. Kjee rasalah, belum pernah Kjee makan Kuih Bakar Daging sesedap resipi Bonda ni.

So, walaupun sebelah pagi hati Kjee agak terhiris... tak payahlah tanya kenapa, Kjee teruskan juga projek buat kuih ini. Kjee tak pun janji nak beri kuih apa kepada sahabat Kjee itu sebab takut tak jadi buat. Maklumlah... Kjee bukannya sihat.








Nasib baik my beloved assistant aka UnclePali, ringan sangat tulang hari ni. Tolong Kjee blend bahan-bahan dan juga jaga oven. Thanks sayang. I really appreciate. Actually tak susah mana nak buat kalau orang tu sihat kan...

Anyway, Kjee gunakan resipi sama yang Kjee buat berulang kali. Harap-harap apabila Kjee dah tak ada nanti, Nadia akan terus sambung tradisi buat kuih kesukaan mama dan nenek dia ni.

Tips yang Kjee boleh kongsi kalau korang nak buat Kuih Bakar Daging ini ialah, ikut pengunaan bahan-bahan. Jangan kedekut dan cuba jimat. Kjee guna 5 biji telor. Telor tu yang buat kuih ni ringan di dalam dan garing di luar.

Lagi satu tip penting ialah jangan kedekut guna inti. Lagi banyak inti, lagi sedap!! Cara Kjee, mula-mula letak satu sudu kecik ditengah-tengah batter dalam acuan yang dah duduk atas dapur dengan api kecik. Pastu, bubuh satu sudu dalam setiap lekuk acuan. Cara ini, apabila dipotong ikut lekuk, setiap keping ada berisi inti!











Tadi Kjee buat dua peket daging kisar (mince beef) jenama Azmy. Jenama Ramly pun okay cuma jenama itu banyak sangat lemak. Kalau guna daging kisar yang banyak lemak, rebus dulu kira-kira 20 minit, lepas toskan airnya sampai kering. Lepas tos, baru ditumis. Buang air selepas tos. Air tu mengandungi minyak atau lemak.

Kalau meniaga pun, Kjee tak pernah lokek letak inti. Naseblah kalau ada kata Kjee jual mahal. Sebiji RM6 tapi kalau makan puas hati, kenapa nak pertikai pasal harga! Kalau nak murah, dipersilakan dengan segala hormat untuk buat sendiri. Kjee dah bagi resipi so sendiri mahu ingat ya. Hehehe.

Resipi KLIK SINI.







isu semasa

PEGANG TANGAN DENGAN BOYS BOLEH PREGNANT!!


Bahagia setahun jer.. si pompuan 13 dan lelaki 20 tahun... cerai talaq 3!



Pasti ramai terkejut beruk kan kalau Kjee kata berpegangan tangan dengan budak lelaki boleh mengandung!! Begitulah naive nya Kjee masa berumur sekitar 12 dan 13 tahun.

Sekolah Kjee, pelajarnya semua pompuan. All girls school. Tapi tak jauh dari situ, ada sekolah menengah lelaki. Kjee sekolah kat Air Panas Girls School dan sekolah budak lelaki, Setapak High School.

Masa Kjee Form Three kat sekolah tu, tetiba ada satu budak Filipino datang belajar kat situ. Nama dia Fatima Villanueva. Sebelum duduk di Malaysia ikut ayah bersama keluarganya, mereka tinggal di Bangkok. Jadi, kehidupan Fatima agak bebas... berbanding dengan kami.

Sebelum Fatima masuk kelas Kjee, kawan-kawasan Kjee yang kononnya lebih cerdik lah yang kata jangan dekat-dekat dengan budak lelaki. Pegang tangan pun boleh pregnant!

Punyalah Kjee dan geng Kjee takut. Kalau ada event apa-apa dengan pelajar -pelajar High School Setapak, kami sanggup sorok tangan takut nak bersalaman! Karang tak semena-mena boleh mengandung!!! Tak ke nahas! Udahlah bapak aku garang macam...binatang apa hah lagi garang dari Singa?!!!

Kemudian Fatima pun masuklah sekolah kami. Satu kelas pulak dengan Kjee. Dan kami pun berkawan rapat. Budak-budak lain dalam geng Kjee ialah Lily Hong, Charanjeet Kaur dan seorang lagi budak Benggali yang Kjee dah lupa nama.

Apabila Fatima dapat tahu yang kami ni fikirkan berpegangan tangan boleh mengandung, dia pun ketawa guling-guling. Dialah jadi mentor kami. Kalau kami nak tahu apa-apa pasal apa-apapun, dialah jadi story teller. Tapi dalam kelas dia bingai, so kami barter trade lah. Kami ajar dia Bahasa Malaysia, dia ajar kami macam-macam.. hehehe.

Tapi jangan risau... kami tak praktikkan apa dia ajar sebab kami masih was-was sebab takut ... bersentuhan dengan budak lelaki boleh pregnant. In other words, kami tak percaya bulat-bulat apa yang Fatima kata! Hehehe. Well, sampai lah kami masuk kelas Biology... hihihi.

Kjee buat entri ini sebab teringat kisah budak umur 13 tahun yang berkahwin dengan remaja umur 20 tahun dan bercerai setahun kemudian. Macam manalah mak ayah dia boleh lepaskan dia kahwin di usia itu. Entahlah.



Pompuan ni 14 tahun dan lelaki 23 tahun



ikan

ASAM TUMIS IKAN DENGAN TERUNG DAYAK







Akhirnya setelah lebih 20 tahun, dapatlah jugak Kjee merasa lauk Asam rebus yang diletak Terung Asam atau Terung Dayak kata orang Sarawak. Ehsan Ct Zarith. Terima kasih banyak-banyak Ct. Akan Kjee kenang sampai bila-bila.

Tadi Kjee masa guna Ikan Mabung. Dulu Kjee makan masa kat Kuching, Sarawak, dia orang guna Ikan Terubuk Salai. Bukan salai sampai kering tapi ala-ala garing kulit diluar tapi masih elok lembut isinya.

Nama saja Asam Rebus tapi Kjee tumis cili dan bawang guna sedikit jer minyak. Kjee tak suka bau cili yang tak garing.


Macam terung biasa tapi warna oren dan masam








Senang jer resipinya. Tumbuk satu bawang besar dan sejemput ikan bilis. Kemudian tumis bersama cili kisar. Kjee guna dalam setengah mangkuk. Kalau korang nak pedas lagi, tambah cili padi.

Apabila cili dan bawang dah garing, masukkan air secukupnya untuk kuah. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan, terung dan daun kesom.

Ada orang kata kalau guna terung asam tak perlu bubuh asam jawa atau asam keping. Tapi tadi Kjee bubuh 1 keping asam gelugor, sedikit garam dan jugak satu camca kecik gula. Gulu tu ikut suka lah nak letak ke tidak. Tapi kalau letak, boleh bangkit rasa.

Didih perlahan sehingga ikan cukup masak dan kuahnya cukup rasa. Padam api. Hidang bersama nasi putih, ikan kering dan jugak ulam-ulam bersama sambal belacan.

Kawan-kawan FB kata terung ni ada dijual di Pasar Tani di Johor. Lepas ni Kjee kena mintak tolong friends kat Johor pulak kot.  Che Mat Gebu!!!!!!!





Anak Seni

RAHSIA ROZITA CIK WAN SUKA POSE CAM NI?

















Hehehe... Korang perasan tak? Kalau amik gambar berdiri jer, mesti angle macam tu. Banyak kali dah Kjee dah perasan. Kalau korang belum, tak tau nak kata camner sebab hampir 70%  ewah ntah mana aku dapat angka ni pose dia camtu! Hahaha.

Mesti korang kata Kjee dah tak ada kerja lain nak citer pasal hal ni pulak. Eh mestilah... Kjee kan seorang wartawan... kalau nak dapat cerita lain dari yang lain, sendiri mau ingat lah.

Semua wartawan sibuk ke sana kemari sekarang ni nak cari cerita eksklusif pasal Rozita Cik Wan dan Zain Saidin yang akan disatukan sebagai suami isteri yang sah sedikit hari jer lagi.

So, kalau tak dapat angle atau sudut penceritaan yang lain, orang tak nak baca tau. Itu pengalaman mokcik sebagai wartawan. Wartawan lain aku tak tahu! Tak campur hal dia orang!

Okay, berbalik kepada foto-foto diatas yang Kjee dapat ehsan google. Rasa-rasanya Kjee tahu kenapa Cik Ta posing sedemikian rupa. Kalau korang tak tahu, naseblah... sendiri mahu fikir.

Mesti ada RAHSIA kan?  Sukatilah kau Cik Ta!