Thursday, May 14, 2015

L'arome

LIHATLAH DONIA!!!








Yayyyyy I made it in 45 days! Selama 45 hari (sejak 1 April 2015), Kjee bersungguh-sungguh sapu L'arome Warm Serum. Dua kali sehari selepas mandi. Dan hasilnya? Taraaaaaaa!

Mana budak yang kata kalau Kjee dah buktikan guna L'arome berhasil baru dia nak beli. Hah jom tunaikan janji! Kalau awak dah try sapu masa yang sama, tentu awak lebih slim tau!!

Sapa kata di usia hampir 60 tahun, seseorang tu tak boleh susut berat badan? Kjee adalah living testimony!!

Kjee tak diet, tak excercise langsung. Camner nak bersenam? Nak jalan pun payah sebab sakit lutut. Tapi azam Kjee kuat. Hari-hari pasang niat nak susutkan badan bukan sebab nak cantik, nak pinggang ramping cam Saloma tapi supaya badan ni ringan sikit. Dan kuranglah sakit lutut.

Upline Kjee kata elak minum ais. Itu ajelah yang Kjee pantang. Lagipun, Kjee memang tak bergantung hidup dengan ais. Hehehe.

Oleh kerana banyak 'kawasan' yang perlu disapu, Kjee guna 1 botol 5 hari sahaja. Orang lain kalau guna 1 botol 7 hari dah cukup bagus,











Sejak sebulan lalu, Kjee dah boleh jalan tanpa bantuan tongkat atau naik kerusi roda. Semuanya kerana badan Kjee dah ringan! Pagi tadi, seorang teman yang Kjee tak jumpa hampir dua tahun, terbeliak biji mata dia tengok Kjee sudah boleh jalan. "Its a miracle," katanya!!

Dua helai baju kurung yang Kjee pakai tu adalah antara 10 helai baju kurung yang Kjee dah tak boleh pakai sekarang. Macam baju pinjam! Ada suruh Kjee gi tailor alter. No no no... itulah nanti bahan bukti dan jugak kenangan manis buat Kjee. Hehehe.

So, apa lagi korang nak tunggu? Raya dekat dua bulan jer lagi. Kalau dalam masa 45 hari, badan Kjee boleh susut camni, korang tentu lagi mudah sebab lebih muda!! Kelmarin pergi tailor nak buat baju raya. Dia terkejut bahagian punggung jer dah susut 4"!!

Jangan tanya berapa banyak kilo Kjee hilang. Kjee tak timbang pun sebab Kjee ni species hilang inci rasanya. Tapi, bukti paling jelas ialah baju yang dipakai. Tak hilang berat badan pun, aku tak kesah lah. Hehehe.

Orang lain tayang kereta mewah, rumah mewah dan gambar duit menimbun-nimbun buat bisnes MLM. Tapi Kjee lebih seronok tayang baju-baju yang besor! Hahahaha.

WA 01131771389 kalau mahu beli. Satu set 4 botol RM410 di semenanjung. Pos free. Sabah/Swak RM424 sebelum pos.










Wednesday, May 13, 2015

kuih muih

BINGKA UBI KAYU RESIPI ORANG LAMA










Masa muda-muda dulu, Kjee memang rajin buat Bingka Ubi Kayu. Buat guna resipi hantam sajalah labu. Resipi arwah Bonda. Jadi, bila teringin nak makan sekarang, garu kepala sebab dulu-dulu mana ada resipi sukat sukat. Tapi heran jugak ya. Resipi tanpa sukatan khusus, menjadi pulak tu!

Yang Kjee ingat, Bonda suruh toskan ubi yang telah disagat. Kemudian air yang ditoskan itu, dibiarkan kira-kira 10-20 minit. Lepas tu, pelan-pelan buangkan air ubi tadi dan tinggalkan sagunya yang putih melepak tu. Sagu tu dimasukkan balik ke dalam ubi sagat yang telah ditoskan airnya. Kacau rata. Pastu buhlah gula, santan dan sedikit garam. Jangan lupa sedikit pewarna kata arwah Bonda. Nanti kuih jadi pucat pulak macam muka orang lepas bersalin. Hehehe.

Kenapa dibuang air tu? Bonda kata air tu yang buat kuih nanti rasa pahit. Oh ya ker? Kjee patuh betul arahan Bonda. Yalah, buatnya masa Kjee buat kuih tu, Bonda datang bertandang kan? Tak ke naya kalau kuih pahit.

Actually kalau nak makan Bingka Ubi Kayu, Kjee lebih suka beli air tangan Nyonya Melaka atau Pulau Pinang. Rasanya sedap sangat berbanding dengan bingka orang kita. Rasanya kuih ini asalnya air tangan dia orang. Sangguplah kjee bayar mahal sikit asal sedap.






























Resipi yang Kjee buat ni Kjee tak pasti Bonda amik dari mana. Mungkin dari sebelah ipar duainya yang berasal dari Melaka. Ipar duai Bonda memang pandai masak lauk pauk dan kuih muih.

Untuk kuih arini, Kjee guna 4 mangkuk (Chinese Rice Bowls) ubi yang telah disagat. Kali ni tak sagat. Tipu sikit. Guna Food Processor. Mudah dan tak luka-luka jari jemari kalau guna sagat kan? UnclePali cincang ubi kecik-kecik dan trrrr sampai halus. Dia bubuh sikit air.

Lepas tu, ditapis airnya. Isi ubi kayu yang sudah ditos tu, Kjee sukat sebanyak 4 mangkuk kecik.

Kemudian, Kjee masukkan sagu yang Kjee dapat setelah dibuang air pahit ubi tadi, ke dalam besen isi ubi kayu. Letak sedikit garam, ¾ mangkuk (Chinese Rice Bowls yang sama) gula pasir dan 2 cawan santan pekat. Kalau nak manis boleh tambah lagi gula. Kjee guna satu kotak santan pekat yang dicampur 1 mangkuk air.

Kacau rata dan bubuh sedikit perwarna kuning, Kjee bubuh egg yellow.

Masa buat persediaan tadi, panaskanlah terlebih dahulu oven selama 20 minit suhu 200 darjah.

Kemudian amik loyang, sapu marjerin sekeling dalam loyang dan tuangkan adunan tadi. Pastu bakar selama 1 hingga 1½ jam atau sehingga masak, garing dan warna keemasan. Sejuk betul-betul baru dipotong-potong.

Bingka Ubi Kayu yang Kjee buat ni, kemanisannya, just nice. UnclePali pun kata sedap. Kalau beli biasanya, menyengat sangat manis. Tapi kalau korang jenis yang suka kuih muih manis, bolehlah adjust gula. Kjee letak ¾ mangkuk jer. Kalau arwah Bonda dulu mungkin sampai 1½ mangkuk!!!









L'arome

PROMO CLEARSKIN DAN WARM SERUM

































Terima kasih atas sambutan hangat untuk Promo bulan Mei, iaitu 1 jar L'arome ClearSkin dan 2 botol L'arome Warm Serum (dulu dikenali sebagai L'arome Slimming Serum). Promo masih efektif hingga hujung bulan ini.

Ketika semua orang merungut barang semua naik harga, Kjee sanggup bagi potongan harga sampai RM130! Tak tipu punya. Semua stok baru, bukan yang dah expired.

Ada promo lain bulan depan? Insya Allah. Tunggu sahajalah.

Mereka yang berminat untuk order set promo ini dengan harga khas RM415 (harga semenanjung) jimat RM130, sila Whatsapp 01131771389.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai L'Arome dan testimoninya, sila KLIK SINI.



Monday, May 11, 2015

ayam

SAMBAL GORENG PENGANTIN KJEE LAIN?









Apabila Kjee nak buat lauk ini, terus terbayang wajah Datuk Khadijah Ibrahim. Tiap kali dia terserempak atau call Kjee, dia akan kata : "Jee, mana dia Sambal Goreng Pengantin Ayam yang awak janjikan nak buat untuk I?"

Hahaha dan berpuluh tahun agaknya tapi tak jugak Kjee buatkan untuk Tijah. Kali terakhir Kjee terserempak dengannya ialah waktu nak gerak ke kereta selepas menziarahi pengkebumian Allahyarham Juwie. Masa tu Tijah baru sampai. Dialog sama dilemparkan,  Entah bila agaknya dia dapat rasa masakan yang Kjee janjikan ini.

Anyway, ini adalah makanan Jawa yang femes. Kjee tak tahu samada resipi ini ori sebab Kjee dapat resipi ini dari arwah Bonda. Celik-celik mata jer Kjee dah kenal lauk ini sebagai Sambal Goreng Pengantin. Orang lain kata Sambal Goreng Pengantin mereka tak sama, naseblah kan. Hehehe.

Bonda buat dua versi. Kalau dia buat Sambal Goreng Pengantin Daging, dia akan letak hati lembu dan kekadang dia letak jugak limpa. Kalau buat Sambal Goreng Pengantin Ayam, Bonda akan bubuh jugak hati dan pedal ayam.

Tapi Kjee ni jenis masak apa ada di depan mata. Kalau buat ayam, tapi tak ada hati dan pedal, naseblah kan. Tak kuasa aku nak keluar masuk hutan pergi mencari.

Macam hari ni... Kjee rasa kat dalam peti ais ada lengkuas. Sebab tu bila singgah beli serai tadi, Kjee tak terfikir pun nak beli lengkuas. Sampai rumah, UnclePali selongkar peti ais hanya jumpa lengkuas kering. Hmmm ada aku kesah? Kalau biasa Kjee letak 3 batang serai, arini Kjee bantai letak 5 batang. Okaylah tu kan. Rasanya tak lari kemana pun.

Selalu Kjee buat Sambal Goreng Pengantin ni agak lembab-lembab. Tapi arini Kjee buat kuah lebih sikit.

Macam mana rasa Sambal Goreng Pengantin ni? Hmmm kuah dia ada rasa masam, manis dan pedas. Kena letak cili hidup dan cili kering. Kalau ada yang suka pedas, campaklah jugak cili padi bangla yang merah menyala tu.

Resipi korang INTAI SINI ya.






Sunday, May 10, 2015

kuih muih

ULANG TAYANG LAGI CUCUR MULAT MULAT







Aritu Kjee dah bagitau camner Kjee jadikan Cucur Bilis ni bulat-bulat. Ada pulak yang kata tak faham. Ada kata sebaik jer dia curah air panas ke tepung tu, terus bergentel 'cam nasi'! UnclePali ketawa apabila Kjee beritau dia pasal citer jadi nasi tu.

"Wah bestlah camtu. Curah jer air panas ke tepung gandum jadi nasi. Tak payah susah-susah,"

Anyway, nak beritahu ni kat korang. Kalau korang curah air panas kat tepung, mestilah ia jadi bergentel. Kekadang jadi seketul doh.









Sebab itulah tepung yang telah bercampur bawang hiris, garam dan bilis digaul sampai sebati. Pastu buat lubang kat tengah-tengah tepung dalam besen tu, baru curah air panas. Nisbahnya, 1 tepung 1 air panas. Kalau nak buat untuk makan 5 orang, buatlah tiga mangkuk kecik tepung dan 3 mangkuk air panas.

Setelah air panas mendidih dituang ke dalam tepung, terus kacau pantas dengan menggunakan garfu. Kalau nak gaul dengan jari jemari pun boleh jer... risiko tanggung sendiri! Hehehe.

Lepas dah elok rata tepung bersama air panas tadi, dah suam sikit bentuklah bulat-bulat, Besar mana ikut selera masing-masing.

Bila dah siap semua dijadikan bebola, barulah digoreng dalam minyak yang banyak biar ia tenggelam. Guna api yang sederhana panas jer. Ini untuk dapat gorengan yang sekata.

Sedap makan dengan cilis sos. Selain guna bilis boleh jugak guna udang.










Saturday, May 9, 2015

Anak Seni

SELAMAT PENGANTIN BARU FAHRIN & ELENA




























Hero idaman ramai Fahrin Ahmad akhirnya bertemu jodoh dengan Ketua Pramugari Elena Hani. Sama cantik sama padan. Semoga kekal hingga ke jannah. Aamoon.




lauk pauk

PERIA KATAK GORENG YANG GARING DAN RANGGUP





Kalau pergi restoran yang menjual peria katak goreng garing ni, ia akan menjadi makanan utama Nadia. Dia suka sangat. Amik banyak-banyak pastu dia ratah. Paling suka dia makan di Sweet Santa, restoran capati yang sangat sedap di Jalan Pahang.

Kjee pernah buat sekali dulu. Alamak jadinya tidak menepati selera kami. Lembik. So Kjee pun give up nak buat. Mesti ada secret resipi ni.

Anyway, pagi tadi singgah kat Hero Market, Taman Melawati. Nak beli barang-barang untuk buat sedikit jamuan for my friends tomorrow. Not because of Mother's Day tapi just suka-suka.

Masuk jer, Kjee ternampak Peria Katak!! Omaigowd... Nadia suka ni. Must try nak buat second time. Dalam perjalanan pulang, Kjee dah terbayang resipi sendiri. Nak letak tepung beras dan sedikit jintan manis serta kunyit serbuk. Jugak sedikit garam.




Perap sekejap sebelum goreng



Sampai rumah, selepas siapkan lauk pauk laik for lunch, Kjee pun hiris peria tu selepas buang both ends buah tersebut. Kjee tengok kat Restoran Sweet Santa, dia orang tak buang bijik peria tu. Oklah I will do the same. Kena cuci peria tu sebelum hiris sebab takut peria yang dah hiris serap air dan jadi lembab.

Kemudian Kjee campur tepung beras (cukup untuk salut semua peria), degan kunyit serbuk, garam dan jugak jintan manis. Agak-agak ajer lah kan. Kemudian bubuh sedikit air dan jadikan paste yang agak lembab.

Gaul semua peria dan perap lebih kurang 20 minit. Kemudian panaskan kuali, curah minyak yang cukup. Apabila kuali dah panas, masukkan satu persatu hirisan peria yang telah bersalut rempah dan tepung tadi.

Penting harus dimasukkan satu persatu sebab Kjee rasa itulah teknik sebenar untuk mendapat hasil peria goreng yang ranggup!! Balik-balikkan. Selepas cukup garing, letak atas tisu dapur untuk ditoskan. Sambung goreng sampai habis.

Yezzzaaaa akhirnya Kjee dapat hasil yang sangat-sangat sedap dan garing. Korang cubalah. Sedap tak pahit. Kalau tak mau rasa pahit, telan 1 kilo gula pasir selepas itu. Hohoho.




Pilih yang fresh











pie

CHICKEN PIES MACAM ANGEL CAKE HOUSE






Apabila dah lama tak buat, bila buat balik memang kekok sangat. Begitulah terjadi siang tadi apabila Kjee ajak UnclePali bantu buat pies. Terpinga-pinga selak buku cari resipi walhal Kjee memang tahu resipi pastri yang Kjee guna adalah ehsan my good friend, Wan Noor Rizan.

Kjee adalah pengikut tegar rancangan AFC especially program Anna Olson dan Tyler Florence of Tylers Ultimate, fame. Siap rakan setiap series supaya tidak terlepas. Maklumlah kekadang waktu siaran, Kjee keluar atau zzzzz.

Anyway, apa yang Kjee pelajari ialah tips bagaimana dengan mendapatkan pastri yang flaky. Bukan jenis puff pastri tetapi pastri biasa yang rasa macam berlapis. Flaky lah tu. Hehehe.

Menurut mereka, mudah aje. dadu kecik-kecik butter yang sejuk beku. Terus diramas ke dalam tepung. Apabila butter tu masih dalam bentuk ketulan yang agar kasar (bukan halus macam breadcrumbs), masukkan air yang sudah dicampur ais. Maknanya air itu mesti sejuk sangat-sangat.

Kemudian disatukan hingga menjadi doh. Bukan doh keras macam kita buat karipap tetapi lembut sedikit. Uli doh tu pantas-pantas kemudian terus dibungkus dalam plastic wrap dan diletak dalam peti ais selama lebih kurang ½ jam.

Jangan risau ketika mencanai masih terdapat ketulan butter. Ketulan butter itulah yang membuat pastri itu flaky bila dibakar.




























Itulah yang Kjee buat tadi guna resipi Wan Noor Rizan yang Kjee ambil dari page dia Sugar-Sucre. Kjee guna 250gms butter (Kjee guna Anchor) dan 3 cawan tepung. Air ais secukupnya untuk bind pastri tersebut.

Apabila sudah keluar oven, nyata sekali tips yang Kjee kutip dari rancangan Anna Olson dan Tyler Florence menjadi. Tak tipu punya hehehe.

Hari ini Kjee jugak eksperimen buat inti ayam seperti yang pernah Kjee beli dari kedai Angel Cake House. Masa muda-muda dulu ACH ini cukup femes. Selain kek dan pastri yang sedap, Chicken Pies antara attraction mereka. Mereka jugak bubuh telor rebus dalam Chicken Pies. Apabila ACH dah tutup, Kjee selalu terbayang nak buat Chicken Pies macam yang mereka buat.

Akhirnya Kjee berani dan hasilnya hampir sama seperti ACH. Alhamdullilah dapatlah sikit kurang rasa seperti yang Kjee makan dulu-dulu.




Inti chicken pie
























Untuk inti, Kjee guna isi dada dari 1 ekor ayam yang kecik. Kjee rebus guna sedikit air sehingga masak. Letak sedikit garam ketika merebus. Air yang sama Kjee guna untuk rebus 2 biji kentang yang telah Kjee dadu kecik-kecik. Sementara tunggu kentang empuk, Kjee carik-carik isi ayam. Kjee toskan kentang dan simpan airnya untuk buat stok.

Kemudian Kjee dadu 2 labu bawang besar dan 3 ulas bawang putih. Kjee tumbuk halus 1 sudu besar lada hitam. Kjee jugak guna mixed vege yang terdiri dari green peas, carrots dan jagung dalam satu mangkuk kecik.

Tumis lebih kurang 2 sudu besar butter dan 1 sudu besar minyak jagung. Minyak itu untuk elakkan butter hangus. Apabila sudah cair, masukkan bawang dan goreng hingga layu. Kemudian masukkan kira-kira 2 sudu besar tepung gandum dan kacau serta masak hingga sebati. Masukkan kira-kira 1 mangkuk air rebusan tadi dan kacau hingga halus. Jika terlalu pekat, masukkan lagi stok atau kalau dah habis, boleh tambah sedikit air panas supaya ia cari sedikit.










Kemudian masukkan isi ayam dan juga lada hitam serta mixed vege. Masukkan juga 1 kiub ayam. Kacau rata. Kalau ada stok bay leaf kering, bolehlah jugak letak. Rasa dan padam api. Sejukkan.

Sementara itu, keluarkan pastri. Canaikan dan guna bekas alluminium untuk bahagian bawah pie. Cucuk-cucuk dengan garfu dan bakar (blind bake) dalam oven lebih kurang 10 minit suhu 160. Kemudian keluarkan, isi inti ayam, letak ¼ biji telor rebus dan tutup dengan sekeping lagi pastri. Cucuk-cucuk bahagian atas pastri dan sapu dengan telur.

Bakar guna suhu 160 selama 25-30 minit atau sehingga masak keperang-perangan.

Sedap makan ketika suam. Lebih sedap kalau dimakan bersama black pepper sauce dan jugak sos cili.











Thursday, May 7, 2015

isu semasa

TEATER MUZIKAL JAWA MATAH ATI




Sewaktu melihat promo Matah Ati sewaktu menonton satu persembahan di Istana Budaya tahun lalu, Kjee terus cuit UnclePali. This we must see. Begitu teruja Kjee melihat promo yang mega scale itu.

Jadi apabila mendapat undangan untuk menyaksikan persembahan khas untuk media, semalam, Kjee dan UnclePali tidak mahu melepas peluang. At last, kami akan dapat saksikan sesuatu yang jarang-jarang kali dipentas di negara ini.

Grup teater muzikal Mata Ati telah dipersembahkan pertama kali di luar Indonesia pada tahun 2010, di Singapura. Ketika itu barisan penari/pemain adalah seramai 120 orang. Tetapi kerana kekangan saiz pentas Istana Budaya, hanya 58 penari dan 12 musician sahaja dibawa.

Matah Ati memaparkan opera dan lagu-lagu dan muzik Jawa yang dikombinasikan dengan tarian klasik Jawa. Menariknya pementasan ini ia hanya menggunakan props dan set pentas yang terlalu sedikit.

Bagaimanapun, penonton tetap terpukau dengan koreografi yang cukup detail. Penari-penarinya begitu selesa memainkan watak mereka sehingga membuatkan kami terpukau.

Walaupun keturunan Jawa, namun sepatah pun lirik pada lagu tidak Kjee faham. Bagaimanapun, ada jugak diselangselikan dengan subtitles dalam bahasa Inggeris. 

Yang lain korang tengok jer lah gambar. Tapi kalau ada kesempatan, harus menonton Teater Muzikal Matah Ati ini. Ia akan berlangsung selama 3 hari mulai 7 Mei, bermula jam 8.30 malam. Tiket masih ada dijual.

All pix by UnclePali