Pages

Thursday, July 4, 2013

SAMBAL GORENG AYAM PENGANTIN











Namanya memang pelik. Sambal Goreng pengantin tetapi ia bukan sambal. Heran kan. Korang tak payah tanya Kjee kenapa namanya begitu. Ini lauk orang Jawa dan menjadi hidangan keluarga kami sejak bila Kjee tak tahu. Lahir2 jer dah rasa keenakan lauk ini.

Sambal Goreng Pengantin ini, adalah makanan yang mesti arwah Bonda hidangkan di pagi Hari Raya. Makan dengan ketupat. Lemang jarang2 tetapi memang sedap dimakan dengan lemang. Lemang bukan makanan orang Jawa. Kami hanya buat Ketupat Pulut. Ketupat daun kelapa yang biasa tapi diisi dengan pulut dan direbus dalam santan.

Selain masak guna ayam, Bonda juga guna daging serta hati lembu. Sedap sangat2 hingga menjilat jari.

Tapi agak renyah sikit nak buat sebab bahannya banyak. Kjee kata banyak sebab Kjee ni kan jenis yang masak guna resipi yang tak banyak kerenah. Yang tak payah masuk hutan keluar hutan mencari bahan2. Hehehe.






Tetapi dalam masakan ini, Kjee guna serai, lengkus, halia, cili merah, cili kering, bawang besar, bawang putih, gula melaka, belacan, asam keping dan santan. Tak banyak? Eh banyaklah tu pada Kjee.

Tadi Kjee guna separuh ekor ayam yang sederhana besar. Tetapi kerana bahagian atas ayam (dada sebab bahagian bawah dah buat ayam penyet hari tu), maka banyaklah daging putih. Kalau nak sedap, elok guna bahagian yang ada tulang2.

Kjee bersihkan ayam dan potong ikut suka. Tos hingga kering. Kemudian Kjee potong bulat 3 labu bawang yang sederhana besar. Potong dalam setengah inci lebar. Asingkan. Pastu hiris kira-kira 4 bawang putih, 4 batang cili merah dan gunting cili kering. Cili kering dan cili merah hendaklah dihiris atau gunting serong2 dan halus2. Jumlah cili kering ikut suka koranglah tapi lagi pedas, lagi sedap.






Kjee tumbuk 1 inci halia, 1 inci lengkuas dan tiga batang serai. Kena ricik halus2 baru ditumbuk tau. Kalau tidak, susah nak tumbuk sampai halus. Tepikan.

Lauk ni guna jugak 1 inci belacan dan kira-kira 2 sudu besar gula Melaka. Gula putih tak sedap. Dan Kjee guna 1 kotak santan.

Tumis bahan tumbuk sampai wangi. Pastu masukkan bawang besar, bawang putih dan goreng sampai naik wangi lagi. Masukkan ayam yang telah ditos kering dan masak hingga ayam kecut atau bahasa arwah Bonda, ayam dah keluar airnya.

Apabila ayam sudah kecut (kira-kira 10 minit), masukkan cili kering, cili merah dan belacan yang diramas2 sikit. Kemudian kacau hingga rata pastu masukkan 1 kotak santan dan 1 kotak air yang dibubuh dalam kotak kosong santan tadi.

Guna api sederhana, masak hingga ayam cukup sempurna masaknya. Masukkan gula Melaka dan juga tiga keping asam Gelugor atau asam keping. Masak lagi kira-kira 5 minit. Pastu bubuh garam dan rasa.

Lauk ini rasanya ada masam, manis dan pedas. Lauk ini juga ada kuah. Ada orang suka buat kering sikit. terserahlah.






3 comments:

Mrs Hakim said...

ramuannye mcm nak masak sambal taun.. kak jee penah rasa tak sambal taun.. kalau embah saya buat sambal taun tu diletak isi2 kaki lembu..

Ms Haslina said...

as salam, sambal goreng lauk simple tapi sangat sedappp.

Anonymous said...

Macamanalah uncle pali tak sayang bini,bini pandai masak,sedap2 pulak tu.tentu uncle pali tak pandang pompuan lain dah..hehe..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...