Thursday, May 6, 2021

nasi/bubur/pulut

LEPAT PULUT KACANG SPORE



      Kjee baru balik dari buat regular check-up di Klinik Kesihatan. Umur dah senja so tiap 4 bulan kena check kesihatan.
     On the way balik, Kjee scroll lauk pauk untuk Raya nanti. Tahun ni buat ala kadar aje. Maklumlah tak sihat. Mungkin satu dua lauk pastu beli lemang kat satu gerai yang menepati citarasa.
      Tapi UP kata kalau boleh elak makan lemang. Angin mak dia kata. Hmmm tapi setahun sekali tak apa kot. 🤭
       Masa scroll terjumpa foto Pulut Kacang Singapura. Kjee buat lepas dapat idea dari Ady Greatsword, blogger dari Singapura. Sangat menepati citarasa.
      Mudah buat. Sama macam buat lontong. Kjee belajar buat dari my ex sister in law dulu. Orang sana. Samalah kaedah pembikinan macam yang diajar Ady. Cuma guna beras. 
      Masa itu Kjee makan dengan Serunding Daging Kelantan. Seandainya buat Pulut ini, Kjee nak makan dengan Rendang Kelantan.

      Resipi untuk pulut kacang ni korang klik SINI.

      Dan untuk Rendang Ayam Kelantan, boleh klik SINI. 

Wednesday, May 5, 2021

lauk pauk

SAMBAL GESEK WONG JOWO


     Insya Allah petang ini kita sudah menjalani 23 hari ibadah Puasa di bulan Ramadhan. Kjee terhenti di hari ke-18. Selepas itu, KO. Pelik juga sebab bagi Kjee, Ramadhan kali ini, amat selesa. Langsung tidak perasan sebenarnya lebih 12 jam menahan lapar dahaga.
     Namun semuanya perancangan Allah swt. DIA lebih tahu... Dan kita insan Nya yang kerdil harus Redho. Oppppsss tetiba sebak. Kjee redho. 
     Arini Kjee nak share satu pembuka selera yang sangat Kjee suka buat. Tetapi sekarang sudah boleh makan sebab Kjee kena elakkan makan yang pedas. 
     Dan Sambal Gesek Jawa ini harus dibuat pedas kalau tidak, kurang menyengat!! In other words, kureng umphhh. 
     

     Kjee guna Cobek untuk gesek sambal tu. Kalau tak ada, korang boleh gesek atau tumbuk manja2 dalam lesung. Kjee beli Cobek ni kat Pasar Chow Kit lama dah. Tak tau sama ada orang tu masih jual. Orang Indon. 
     Bahan-bahan untuk Sambal Gesek hanya Ikan Bilis, Bawang merah kecik, cili padi dan sebiji limau kasturi atau limau nipis. Semua digoreng. Bilis goreng sampai garing senentara bawang kecik dan cili padi, separuh masak. Bawang tu belah dua dan goreng. Tetapi semua goreng asing-asing. 
     Lepas itu digesek. Tak perlu sampai halus. Gaul, letak secubit gula dan perah jus limau. Tak perlu letak garam sebab bilis dah masin. 
     Itu aje. Makan dengan nasi panas-panas. 

Tuesday, May 4, 2021

seafood

BUTTER PRAWNS


     Dua hari lepas UnclePali beli udang. Kasar-kasar juga. Tak ler banyak dalam 15 ekor. Kjee tanya nak buat apa? Maklumlah Kjee tak sihat nak turun ke dapur.
      Dia kata, ternampak resipi Butter Prawns. Teringat yang dah lama Kjee tak buat. But since Kjee tak sihat, dia nak cuba buat lah. Bukan susah pun, katanya.
     Hmmm tak susah? Kjee pun masa buat first time dulu, terkial-kial. Dan hasil kali pertama tu, hanya boleh tahan aje. Kalau makan kat kedai, floss telor nya halus.
     Tetapi kita kan amatur. Asal jadi aje lah kan! Kjee pun selak kejadian masa Kjee buat dulu. Hmmm nampak macam menarik sangat.
     So tunggu lah hari ini ke esok ke lusa ke UnclePali buat. Or apakah tunggu sampai Kjee sihat baru terjadi?
     Kalau ada yang belum pernah buat, check out resipi DISINI. 

   

Sunday, May 2, 2021

kuih muih

POPIA SIMPUL KASIH


      Diam tak diam dah enam tahun sejak Kjee buat Popia Simpul ini. Kali ini tambah kasih maka jadilah Popia Simpul Kasih. Kalau tak buat dengan penuh kasih, susah nak menjadi. Renyah sikit so perlu kesabaran.
     Kjee dah dua hari terbaring. Jangan ditanya sama ada Kjee Puasa ke tidak sejak sakit dua hari lepas. Nanti Kjee sedih sebab sudah 19 tahun, Kjee puasa penuh. 😭
      Anyway, arini Kjee ternampak ada orang post pasal Popia Simpul ni. Justeru teringat kenapa Kjee terpanggil belajar membuatnya 6 tahun lalu.
      Pertama, sebab Charlene aka Aleen, anak bulus Kjee, suka sangat. Masa Kjee makan, dia sama2 berebut. Jadi, kenalah buat sendiri supaya kami berdua puas makan. 
     Yang kedua, ada banyak stok Serunding Daging Kelate dalam peti ais. Yang makan Kjee sorang. Tetapi apabila dibuat Popia Simpul, tetiba semua penghuni rumah ini suka. Tetiba jer kan! 

      Popia Simpul ni, senang aje buat kalau tahu tekniknya. Kjee ada mintak tolong UnclePali buat video dulu. Tetapi tahap Amatur aje. Tolong jangan ketawa apatah lagi kecam. Ada sang haters luar sana tau. 😬
      Kjee rasa kalau dah sihat esok lusa Kjee nak buat. Hanya bermodalkan kulit popia aje. Jiran Kjee yang baru pindah sini, orang Kelantan kot. Terus hulur sepeket Serunding Daging aritu. So, since tak terusik lagi, nak suruh UP beli kulit popia. 
     So sementara nak tunggu Kjee buat, Kjee kongsilah apa yang Kjee buat dulu. Cuti sekolah pun dah dekat. Ajak anak2 dara dan bujang tolong. Jangan asyik nak hadap gadjet. 
     Video yang sangat kelakar serta resipi penuh, korang klik SINI


    

Friday, April 30, 2021

kuih muih

BISKUT SUSU ARAB


      Tahun ini you tak buat Biskut Susu yang guna Ghee (minyak sapi) tu, tanya UnclePali lepas Sahur tadi. Kjee pandang wajah suami dengan mata yang layu. Aduhai larat ke, kata Kjee dalam hati.
       "Eh nanti buatlah. Tunggu minggu depan. Buat cepat sangat, nak Raya tinggal serbuk aje dalam balang." Kjee bagi alasan. Tetapi demi UP akan kugagah jugak. Bahan-bahan semua ada kecuali Minyak Sapi.
      Seakan faham Kjee tidak sesihat dulu, UP tambah : "Eh you bancuh aje. The rest I buat." Alhamdulillah. 

     Kjee pertama kali buat rasanya empat lima tahun lepas. Masa tu teringin nak buat Biskut Arab. Ternampak pulak resipi Biskut Arab ni. Tetapi dia letak juga susu tepung. Menarik sangat lah pulak. So Kjee pun terailah buat. 
      Namun di pertengahan jalan ketika hendah menimbang adunan, Kjee rasa pelik melihat jumlah tepung yang terlalu banyak digunakan. Ini mesti kes typo. Takkanlah pemilik resipi itu sengajakan. 
      Maka Kjee pun adjustlah jadi seperti dibawah ni. 👇
     Sukatan dalam cawan metric standard. 


     Dan terhasil lah biskut Arab yang letak susu dan minyak sapi yang sangat sedap. Tetapi apabila sudah masuk mulut, UP pepandailah pulak kata, lain kali letaklah lebih susu tepung. Mesti lagi sedap. Orite. Mungkin Kjee tambah secawan lagi susu tepung. 
      Kenapa Kjee guna foto2 lama yang ada dalam blog? Sebab lambat lagi Kjee nak buat. Mungkin korang lebih awal nak buat. 
      Sila klik LINK  ini untuk cara membuatnya. Tetapi baca sampai habis tau nanti. 
      Selamat Mencuba. 




       

Wednesday, April 28, 2021

ayam

KARI AYAM PLUS KENTANG


      Kalau tiba Ramadhan, Sahur kami selalunya roti Canai atau Roti Gardenia yang digrill. Jarang sekali makan nasi. Hanya itu sahaja yang lalu. Opcos mesti diiringi Telor Separuh Masak. Rasa macam breakfast seharian. Yang tak ada cuma teh tarik. Ohhh next Sahur  mesti ingatkan UnclePali suruh buat. His teh tarik is as good as mamak's! 😁
      Kalau makan roti canai, harus diiringi kari. Baru segar sikit mata nak mengadap makanan. 
     Roti Canai favorite Kjee adalah Prata Jenama Kawan. Sangat-sangat menepati citarasa. 

      Pagi tadi Kjee tak sihat sangat. Mata panas. Petanda nak demam. Kjee berselimut depan TV. Isyhhh mata dah mula layu. Kjee terus buang selimut dan ke dapur. 
      Cek semua bahan-bahan ada. So it's Kari Ayam with kentang. Tapi hanya ada dua biji Russet Potatoes. Tak pernah guna RP sebelum ini untuk kari. Hantam sahajalah. Kita yang buat dia. 
      So the ayam cepat-cepat di rendam. Tak banyak. Ada separuh ekor aje. Sambil tunggu ayam defrost, siapkan semua bahan. 
     Tadi cek esbok ada terung kontot. Hah itu boleh buat menu iringan. Apa lagi kalau bukan Terung Sambal Udang Kering. 
     Kjee dah mula berpeluh. Petanda baik demam akan chow. So terus start masak. 
     Resipi penuh klik SINI. 


     


Tuesday, April 27, 2021

lauk pauk

LEMAK KUNING TELOR ITIK


      Masa Kjee nak buat lauk ini, Kjee ada tanya kawan-kawan. Kalau masak lemak cili api Telor Itik, sedap letak belimbing ke pucuk ubi? Rata-rata kata Belimbing. Ada juga kata letak pucuk ubi pun sedap.
      Hmmm pokok Belimbing ada, Pokok Ubi Kayu pun ada. Semua kat tepi jalan kawasan perumahan kami. Kjee tak mintak pandangan UnclePali cos mesti dia kata, sukati! Which can sometimes be quite annoying. But surprisingly, kali ini dia kata kejap lagi dia keluar gi petik pucuk ubi.
      Kjee lahir dan dibesarkan di bandar. So Kjee tak tahu rupa-rupanya ada pucuk ubi yang sedap dimakan. Ia adalah daun yang halus dan batangnya, warna putih.
      Isyhhh jenuh fikir batang warna putih. Then seorang kawan tunjuk. Oh bukan putih tapi batangnya hijau bukan merah. 😂

       Ada orang ajar Kjee celur dulu daun tu sebelum dicampurkan dalam santan yang sudah dimasak dengan bahan-bahan tumbuk. Tetapi Kjee lebih suka terus masukkan daun yang telah dicuci bersih. Kjee suka ada rasa pahit-pahit sikit. Syaratnya daunnya mesti pucuk muda. 
      Selain itu, Kjee juga poach telor itik itu dulu. Maknanya, Kjee masak air dalam periuk. Letak satu sudu cuka. Apabila sudah mendidih, ambil sudu dan pusarkan air tu. Sebaik air tu berpusar, cepat2 masukkan telor sebiji. Tunggu dalam lebih kurang 3 minit. Kemudian disenduk keluar perlahan-lahan. Buat sampai habis semua. Tiap kali harus dipusarkan dulu air. Api jangan besar sangat. Nanti melimpah. 
      Kenapa Kjee poach? Sebab cara ini telor itu akan cantik kental ketika dimasukkan dalam periuk bersama santan dan pucuk ubi. Kalau tak buat cara poach ini pun okay. Masak ler cara biasa. 
      Resipi penuh klik SINI. 



      
      

Monday, April 26, 2021

chinese food

CHICKEN SIEW MAI


       Dah seminggu Kjee plan nak buat Siew Mai. Ada orang kata namanya Shumai. Whatever lah. Tetapi peminat Dimsum mesti kenal apa itu Siew Mai.
      Dulu Kjee pernah jadi pengunjung tetap satu Restoran Dimsum di Maju Junction. Tapi dah tutup dekat 3 tahun. So dah tak tahu mana nak cari. Ada satu restoran nama Dolly. Tapi tidak menepati citarasa. 
      Kjee suruh UnclePali beli kulit wantan untuk buat hari ini. Dah seminggu dalam peti ais. Tetapi arini Kjee tak sihat. So UP suruh Kjee tangguh esok lusa. 
      Tak susah buat. Kjee ada sahabat karib yang terer buat macam2. Sebut aje dia tahu. Kjee rasa ramai kenal dia. Nama dia Cik Google. 😁
      Dah banyak kali Kjee buat. Setiap kali memjadi. Cuma kali pertama dulu, tak molek sangat. 
      Klik SINI untuk tahu cara Kjee buat. Kalau tak happy, tanya Cik Google lah ya. ☺️

      

Sunday, April 25, 2021

sayur-sayuran

KAILAN IKAN MASIN


      Ini kejadian untuk buka Puasa semalam. Hari ini Kjee tak masak. It's my husband's 53rd birthday. Dan seperti biasa, kami akan celebrate di Rest Sushi sekiranya salah seorang dari kami, birthday.
      Sayur Kailan Ikan Masin is UnclePali's fav. Sayur lain dia tak layan sangat. Tapi kalau bagitahu nak masak kailan letak ikan masin, dia punyalah suka!
      Semalam UP beli baby Kailan. Sayurnya tak lah keras sangat. Maklumlah, pagar-pagar dah longgar. Selepas siap menyiang Kailan, Kjee mesti rendam lebih kurang setengah jam. Dan bilas dua tiga kali. My Chinese fren kata, penanam sayur tu banyak spray cecair anti serangga kat dedaun supaya tidak diserang serangga. 🤷‍♀️
      Sebelum mula menumis, Kjee goreng dulu ikan masin. Kat rumah hanya ada Ikan Gelama jeruk. So Kjee goreng sampai garing dan tepikan.
       Ketuk dua ulas bawangputih dan masuk dalam minyak gorengan ikan masin tadi. Dah nampak brown bawang tu, masukkan sayur. Guna api besar. Goreng sehingga sayur layu. Kjee hanya letak sedikit sahaja kicap cair sebab minyak itu kan bekas goreng ikan masin.
      Setelah sayur cukup masak, titiskan sedikit minyak bijan kalau suka. Pindahkan sayur ke pinggan hidang. 
      Carik halus-halus isi ikan kering dan tabur atas sayur. Toskan juga lada sulah. Siap!

Friday, April 23, 2021

lauk pauk jawa

SAMBAL GORENG FUCUK


     Orang Jawa ada pelbagai resipi berlainan tetapi guna nama Sambal Goreng. Kjee hanya tahu buat tiga iaitu Sambal Goreng Sayur atau Lodeh Kering, Sambal Goreng Fucuk dan Sambal Goreng Pengantin. Resipi ikut masing-masing. Tetapi hanya satu yang sama iaitu ia produk orang Jawa. 😂
      Minggu lepas Kjee buat Lodeh Kering. Semalam teringin pulak nak buat Sambal Goreng guna Fucuk. Dulu pernah Kjee buat jual. 

      Resipi Sambal Goreng Fucuk selain guna bahan utama Fucuk, turut guna kentang yang didadu dan digoreng, ikan bilas dan kicap. Kjee guna tiga jenis kicap iaitu kicap Karamel (yang hitam tiada perasa), kicap lemak manis dan kicap cair. Kjee tak guna garam. 
      Resipi kali ini Kjee ikut jalan pintas. Bukan resipi asli orang Jawa. Kjee hanya guna bawang besar, bawang putih untuk bahan tumisan. Selain itu Kjee gunting serong cili kering. Rendam, buang biji. Banyaknya ikut kepedasan yang dikehendaki. 

      Mula2 fucuk direndam hingga lembut. Dah lembut, dimgunting-gunting. Lepas itu goreng kentang yang telah didadu. Kemudian goreng bilis. Keluarkan sedikit minyak gorengan dan tumis bawang besar dan bawang putih. Dah lembut masukkan cili kering. 
      Apabila bahan tumisan dah agak garing, masukkan fucuk dan sedikit air, kicap hitam, kicap lemak manis dan sedikit kicap cair. Masak sehingga fucuk mesra dengan kicap tadi. Pastu masukkan kentang dan bilis goreng. Masukkan juga sedikit gula kalau suka. 
     Setelah semua bahan-bahan mesra, bolehlah padam api. Mudah sikit buat cara pintas ni. Resipi asal guna tempeh, sohun, lengkuas, serai bagai. Tetapi kali ini Kjee tak follow. Apa aje ada dalam rumah. 
     Buat ratah sedap. 
      



     

Wednesday, April 21, 2021

desserts /manisan

AGAR-AGAR ROS LEGEND

      Pagi tadi Kjee tiba-tiba teringin nak makan Agar-Agar kosong. Yang warna merah tu. Yang bau wangi sangat. Legend Agar2 ni. Kalau Raya kat kampung, biasa ada. Dan paling penting ia mesti lembut.
      Kjee geledah my blog. Eh rupa2nya Kjee tak pernah buat Agar-Agar merah tu. Biasa buat Agar2 Santan atau puding. 
      Kjee suruh UnclePali cek dalam pantri kot-kot ada Agar-Agar Tali. Aisey yang ada hanya Agar2 Serbuk cap Swallow. UP jadi mangsa. Kena keluar beli. 
      Sebelum itu, Kjee google resipi. Mesti guna Pewarna Ros. Ohhh sebab itulah wangi macam Agar-Agar beli!! Selama ini tak tahu pun! 🤭

      Masa nak buat tadi, Kjee amati resipi pada plastik agar-agar tali. Rebus dalam 1250ml air. Kemudian letak gula dan pewarna. 
      Kjee dah google resipi sebelum buat. Ada yang guna air 1 liter. Ada guna 1100 ml. Tetapi Kjee decide guna air mengikut peket. Mungkin pengeluar agar-agar itu lebih tahu berapa banyak air diperlukan. 
      First thing Kjee gunting-gunting agar-agar dan rendam lebih kurang 20 minit. Tos. Kemudian rebus agar-agar dalam 1250ml air bersama 2 helai daun pandan sehingga larut. Lebih kurang 10 minit. Keluarkan daun pandan. 
      Kjee guna 1 cawan gula dan satu ketul gula sebesar ibu jari. Kononnya gula batu untuk jadikan Agar-Agar berkilat. 
      Setelah gula larut, dimasukkan 4 sudu kecil pewarna ros. Kalau suka merah menyala, tambah lagi. Kaup buang buih-buih di permukaan Agar-Agar. 
     Tuang ke dalam acuan pilihan. Sejukkan diatas meja kemudian apabila dah kental, masukkan dalam peti ais. Untuk hidang, potong-potong ikut suka.