Thursday, June 10, 2021

sayur-sayuran

SAPA HANTU SAYUR?


       Kjee manusia paling takut hantu. My family akan ketawa tengok Kjee tutup mata atau berpaling muka even kalau ada iklan/drama adegan hantu! Penakut yang amat-amat!
      Tetapi dalam takut hantu, Kjee sebenarnya Hantu. Pulak? Hantu sayur! Sapa hantu sayur? Kita Geng! Kjee pantang tengok sayur di supermarket. Mesti Kjee hangkut satu troli! Malangnya dapat suami yang tak kesah. Ada okay, tak ada pun okay.
       So sejak berkahwin dengan UP, 20 tahun lalu, kuranglah sikit kecintaan Kjee pada sayur. Especially sekarang Kjee tak pergi shopping makanan lagi dek kerana tak sihat. Laki kita pulak hanya beli ikut suka.
      Kjee sedih kalau dengar ada ibu kata anak-anak dia tak suka sayur. Hmmm kalau dia suka, pasti akan turun kepada anak2. Ini mesti kes dia tak suka kan!
      Sayur kalau masak begitu sahaja memanglah tak sedap. Kita mesti kreatif supaya dapat jamu mata kita sebelum jamu perut. Faham tak? Ala buat2 faham ajelah. 😬
      So Kjee tunjuk foto lauk yang membabitkan sayur sejak sekian lama. Semua ada dalam blog. Tetapi Kjee bagi link pada setiap foto untuk senangkan korang. Hiasan atau plating mesti menarik kalau nak pikat anak2 supaya makan sayur yer. 
      Dalam usia, senja ini, doktor nasihatkan Kjee banyak makan green leafy vegetables. Hmmm orang mengantuk disorong bantal. 

Kangkung Belacan klik SINI. 

Kailan Ikan Masin SINI

Stir Fry Tau Miu SINI

Daging Brokoli SINI

Aspargus Goreng SINI. 








Wednesday, June 9, 2021

lauk pauk

NASI LEMAK ONJOHOR


       Apsal pelik judul Nasi Lemak Kjee ni? Hehehe saja lawak pagi Rabu. Ini nasi lemak cara orang Johor buat. Letak hirisan bawang, halba dan halia. Tapi kalau tak nak, ok jer. 
       Masa mula-mula dulu tahu orang Johor letak halba dan bawang, Kjee rasa amat pelik. Maklumlah sudah terbiasa makan nasi lemak letak santan dan garam aje.
       And one day, Kjee dan UnclePali singgah kat satu warung di Setapak Permai. Nampak nasi lemak bungkus atas meja. Memang UP pantang lah tengok nasi lemak bungkus. Terus capai, buka bungkusan dan makan. Kjee pandang. Isyhhh apsal ada macam biji halba, dan hirisan bawang?
       "Sedap. Cubalah," kata dia. The rest is history. Sejak itu, Kjee hanya masak Nasi Lemak onJohor! 😁
       Kjee paling bahagia kalau masak Nasi Lemak untuk sarapan. Why? Sebab sengaja masak lebih so that boleh terlajak sehingga lunch or even dinner!!!  The rest of the day I can do what I love to do most... SLEEP. 👍 😁


      
        Ini nasi lemak OnJohor versi Kjee yang separuh tanak separuh kukus. Sukatan sama iaitu 1:1:1 beras, air dan santan. Kemudian letak setengah sudu kecik halba dan satu bawang sederhana besar dihiris.
       Panaskan air dalam periuk kukusan. Letak loyang atau apa aje bekas. Kemudian cuci beras. Kjee guna beras wangi cos UP tak minat nasi lemak guna, Basmathi. 😢
       Dah cuci, toskan airnya. Masuk dalam periuk, campur air, santan, garam (secukup rasa) dan letak sehelai daun pandan yang telah disimpul. Jerang.
       Apabila air hampir kering, padam api. Alihkan nasi ke loyang/bekas dalam kukusan. Kukus sehingga sempurna masak. Siap! 
      Kjee kaup apa yang hendak dimakan. Baki nasi dalam kukusan dibiarkan. Bila nak makan lagi, panaskan sahaja dalan kukusan tu.




       Pagi tadi Kjee buat Sambal Tumis Sotong. Guna my home made sambal tumis yang telah dibekukan dan sotong dalam tin jenama Rex. Favorite Kjee sotong ni. Tapi UP kureng sikit so dia tolak tepi sotong dan amik sambal aje. 



     
         Selain itu wajib Nasi Lemak makan dengan telor rebus/telor goreng, ikan bilis goreng garing dan timun. Untuk lunch  nanti tambah lauk ayam goreng pulak kot. 

Tuesday, June 8, 2021

ayam

AYAM GORENG KUNYIT


       Kalau tiba musim malas, Kjee biasanya fikir lauk apa sesuai dan cukup syarat. Bagi Kjee, lauk yang cukup syarat harus ada protein dan sayur-sayuran. Senang kan? Tak payah masak dua jenis lauk. 😬
       So itulah lauk semalam. Actually Kjee dah kepenatan masak Sambal Ijo. UnclePali kata goreng aje ayam, lumur dalam sambal ijo. Settle! Tapi kjee kata masak Ayam Goreng Kunyit lagi best. 
       Senang aje masak lauk ni. Ayam dipotong bite size, lumur dengan kunyit dan garam. Perap seketika dalam esbok. Lebih kurang 15 minit aje. 
       Masa menunggu tu, sediakan kacang panjang, carrot dan juga sebatang cili merah atau beberapa biji cili padi. Potong saiz mancis. Hiris juga bulat-bulat sebiji bawang besar. Kemudian digoreng sehingga separuh masak. Ala-ala layu okay dah tu. Keluarkan. 
       Kjee letak sayur-sayur tadi dalam bekas dan perasakan dengan sedikit garam. Gaul mesra. Kemudian susun atas pinggan. 
       Goreng ayam sehingga masak dan garing. Keluarkan dari kuali susun atas sayur-sayuran tadi. Siap! Mudah kan? Sebab itu Kjee suka biat lauk ini. Dengan daging atau sotong pun sedap. 

     
 
      





Monday, June 7, 2021

lauk pauk

MY SAMBAL IJO


        Setiap kali stok Sambal Ijo dah tiada dalam fridge, Kjee mula lah resah. Begitu juga kalau sambal tumis dah habis. Dua-dua ini banyak membantu Kjee kat dapur. Boleh sediakan macam-macam lauk dalam sekelip mata!
       Kjee even guna Sambal Ijo masak spageti. Sedap tau! Tak percaya cubalah. Kjee fusion kan dan tabur Parmesan Cheese! Kenalah dengan tekak wong Jowo ni!  😆

       UP beli lebih kurang 25 biji cili hijau aritu. Masa tengah petik2 buang tangkai, Kjee baru teringat. Kalau tambah cili padi hijau baru umphhhh! Selalu terlupa. 🤔
       Oleh kerana petang semalam Kjee baru vaksin first dose, maka arini tak berani lasak-lasak buat kerja. So bawang besar (lebih kurang 7 biji) dan cili hijau masuk food processor. Kalau tak ada, guna blender. Tak payah blend halus. Pause tiga empat kali aje. 

       Ini rupanya, setelah dikisar ☝️. Selalunya Kjee tumbuk. Lebih sedap
Tetapi apabila tak sihat, Kjee trrrr aje. 😁
      Kemudian panaskan lebih kurang secawan  minyak dalam kuali. Dah panas masukkan bahan2 tadi. 
     

       Masak sehingga berubah warna. Letak sekeping dua Asam Gelugor ya. Garam secukup rasa. Boleh letak Pak Aji. Kalau tak guna, letak ler secubit gula. 


       Dah siap masak, padam api dan sejukkan. Lepas sejuk, pek dalam bekas kecik-kecik dan simpan dalan fridge atau freezer. 
       Sambal ini sangat versatile. Boleh buat macam-macam. Terserah kreativiti korang. 
      Kjee belajar buat Sambal Ijo ni dari adik angkat Kjee, Ann. Dia ada kedai Masakan Padang di Paya Jaras, Sungai Buloh. 
      Klik SINI. 







       

Sunday, June 6, 2021

ikan

GULAI TEMPOYAK ORANG PAHANG


      Kalau masak Gulai Tempoyak, Kjee buat stail orang Pahang. Bukan kerana my asben orang Pahang (asal Kedah lahir di Pahang). Tetapi tiap kali dalam perjalanan pulang ke kampung UnclePali di Pahang, mesti singgah Temerloh makan Patin Tempoyak.
      Dan Kjee buat pemerhatian, cara orang Pahang lagi mudah. Tak cerewet bahan. Tak perlu bawang bagai. Cuma tempoyak, cili, daun kesom, asam keping dan bunga kantan kalau ada. Isyhhh mudah kan!

       Mujur ada tempoyak yang Kjee buat musim lalu. Simpan dalam fridge jer. Alhamdulillah masih okay. ☝️
       Sahabat Kjee orang Pahang kata tempoyak itu mesti ditumbuk. Agaknya supaya kuahnya halus dan tidak bergentel. 
        I have a solution to that. Kjee blend dua sudu besar tempoyak, kunyit hidup, cili kering (dah blend guna lebih kurang 2 sudu makan) dan cili padi. Tahap kepedasan ikut suka. Letak air cukup2 untuk kuah. Trrrrrr. Siap.
       Tuang semua bahan kisar ke dalam periuk. Jerang. Kjee letak dua batang serai. 
       Sebelum itu Kjee dah bersihkan dua ekor ikan kembung (Mabung). Petik2 daun kesom. Bunga kantan ditoreh hujungnya. 
       Apabila sudah mendidih, masukkan ikan, bunga kantan, daun kesom dan tiga keping asam gelugor. Rendidih sehingga ikan masak. Rasa. Letak sedikit garam dan secubit gula. Itu aje. 
       Ada orang letak bendi atau timun tua. Kjee tak ada stok dua-dua tu hari ini. 

       

Saturday, June 5, 2021

daging

DAGING GORENG BEREMPAH


      Apabila tekak teringin nak makan, buat aje lah walaupun sepatutnya Kjee kena elak bagi UnclePali makan daging merah. Darahnya tinggi dari Kjee. Jauh sangat beza. Tetapi katanya, sekali sekala okay.
      Hmm kesian jugak kan? So Kjee turut aje. Tetapi dalam masa yang sama, control jugak.
      Kjee hanya masak lauk daging kalau dapat beli daging batang pinang. Gigi kami berdua dah longgar jadi itu sahaja yang boleh dikunyah.
      Senang sangat masak lauk ni. Cuma kena perap lebih kurang sejam bersama rempahnya dalam peti ais. 
      Kjee guna 300 grams daging yang telah dihiris nipis. Kemudian Kjee sangai satu sudu teh biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Dah garing sikit Kjee terus tumbuk sampai halus.
      Campurkan bahan tumbuk itu dengan satu sudu makan rempah daging dan satu sudu teh kunyit serbuk. Lumur pada daging sehingga mesra. Perap lebih kurang satu jam.
      Hiris bulat-bulat satu bawang besar, dua ulas bawang putih, sebiji cili hijau dan cili padi ikut suka.
      Tumis bahan-bahan ini sehingga layu. Masukkan daging. Masak sehingga daging itu kecut dan airnya kering. 
      Oleh kerana tak letak garam ketika perap, Kjee guna kicap cair atau fish sos sebagai ganti. Jika letak garam, usahlah tambah fish sos melainkan untuk jadikan ia cukup rasa.
      Itu aje. Siap. Hidang panas-panas. 


Friday, June 4, 2021

lauk pauk

SAMBAL GARING BILIS KENTANG


      Setelah banyak hari tertangguh, akhirnya buat jugak lauk ini hari ini. Ikan Bilis saiz kenit tu (Bilis Jepun) dah lebih sebulan duduk termenung dalam fridge.
      Sebaik selesai sarapan, Kjee terus capai kentang yang tinggal tiga biji. Terus buang kulit dan hiris batang mancis dan rendam. So tiada alasan nak tangguh pembikinannya. 😁
      Kjee rendam segenggam cili kering dalam air panas dalam 30 minit. Kemudian tos kering dan gunting-gunting. Mesti tos sampai kering sebab nanti nak goreng. 
      Kemudian Kjee amik segenggam bawang Ros, buang kulit dan mayang halus. 
      Mula-mula goreng kentang. Dah garing, tepikan. Kemudian goreng bawang. Ala2 nak buat bawang goreng. Tepikan. Lepas itu, goreng cili kering sampai garing. Jangan sampai hangus. Last sekali minyak yang sama goreng ikan bilis kenit sampai garing. 



      Selepas semua siap, Kjee tumbuk cili kering. Tumbuk jangan sampai lumat sangat. Manja-manja tapi jangan terlalu kasar. 
      Letak cili tumbuk dalam besen. Bubuh sikit garam. Jangan banyak sebab ikan bilis dah masin. Letak secubit gula atau pak aji kalau suka. 
      Masukkan semua bahan goreng tadi, kacau sehingga mesra. Siap! 
      Kjee terus ratah sepiring kecik tadi. Sedapnya! Tak payahlah bagitau sedap makan dengan apa. Lu pikir lah sendiri. 😁

      

Thursday, June 3, 2021

lauk pauk

TELOR BUNGKUS BERLAUK


      Kalau jamu selera di kedai makan yang menyediakan Thai food, Kjee paling suka order Telor Bungkus. Juga Bistik Daging Telor. 
      Tetapi sekarang restoran Thai favourite kami (Ali Tomyam, depan Masjid Keramat) dah lebih setahun tutup. Food dia paling menepati citarasa Kjee. Antara yang sedap Sup Ekor, Lidah Lembu Masak Merah, Daging Kaprau... 😋😋😋
      Semalam Kjee teringin nak makan Telor Bungkus. UnclePali kata buat aje lah. Bukan susah mana pun. Cik google kan ada.
      Kjee cek dalam fridge. Ada carrot dan sedikit kacang panjang aje. Boleh letak kacak peas dan juga jagung kalau ada. Kjee nak letak daging tapi tak ada stok so letak ayam. Kjee guna 3 biji telor ayam saiz A untuk didadar. 
     So mula-mula Kjee potong isi ayam kecik2, dadu carrot, hiris2 kacang panjang dan ketuk dua ulas bawang putih. Juga potong2 cili padi ikut suka kepedasannya. 
    Untuk sosnya - sos tiram, sos cili dan kicap cair. Itu aje. Campur tiga jenis bahan ini dengan sedikit air. Agak2 aje. 
      Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam, carrot dan kacang panjang. Apabila dah elok lembut, ayam dah masak, masukkan sos. Kacau sehingga rata. Rasa. 
      Pukul telor. Tak perlu tambah perasa sebab lauk dah cukup rasa. Buat telor dadar. Apabila sudah siap, letak lauk di tengah-tengah. Jangan banyak sangat lauk nanti susah nak bungkus. 
      Ambil pinggan dan tekup atas telor bungkus. Telangkupkan. Toreh sedikit utk nampakkan lauknya. 
     Itu aje Telor Bungkus Berlauk Kjee. Selamat mencuba. 

   

Wednesday, June 2, 2021

ayam

SUP AYAM HOME MADE BONJOT

      

      Masa terkurung dalam rumah, tekak tetiba nak makan macam-macam. Tetapi bahan-bahan cukup terhad. Cuma ada yang asas seperti ayam dan ikan.
      Itu yang terjadi pagi tadi. UnclePali tanya ada ayam tak? Boleh masak sup? Dia juga nampak kaki ayam atau ada panggil Cakar Ayam. Sup kaki ayam antara favorite dia.
      UP cek kotak rempah dalam pantri. "Rempah bonjot untuk sup tak ada. Jap lagi I keluar beli," katanya. Oppppsss tiada rotan akar berguna. Bini dia kan terer pasal cari  bahan untuk gantikan sup bonjot readymade tu. 😆
      Kjee pun project awal-awal tadi lepas sarapan. Maklumlah di usia dah senja ni, tenaga tak banyak. So start awal lepas tu boleh rehat kumpul tenaga.
      Kjee jenguk freezer. Keluarkan kaki ayam (ada dalam 5 pasang) dan juga sepotong ayam. Tiap kali Kjee beli ayam, biasanya dipotong 4. Hanya kami berdua yang makan. Jadi, seekor boleh masak empat kali. 
       Dan ini 👇 rempah yang Kjee guna untuk gantikan Sup Bonjot readymade. 

      Kayu manis, bunga lawang, pelaga dan lada hitam. Selain itu Kjee letak sedikit lengkuas dan halia. Biasanya letak juga serai tetapi malas nak suruh UP amik kat laman. 
      So Kjee potong ayam bite size. Bersihkan kaki ayam. Mujur penjual dah potong kuku. Kjee rebus semua ini. Letak rempah atas tadi. Bagi mendidih dulu, perlahankan api kemudian direndidih supaya kaki ayam lembut. 
      Apabila sudah lembut, Kjee letak satu ketul kiub ayam dan kentang. Lada hitam Kjee kisar. Letak satu sudu kecik. Letak sedikit garam kalau tak cukup rasa. 
      Sebelum padam api, Kjee hiris bawang merah dan bawang putih. Goreng dalam sedikit minyak sehingga garing. Curah dalam periuk sup tu. Ala-ala tumis darat. Siap! 
      Time makan Kjee mesti letak kicap cili padi. My favorite. UnclePali tak suka. Kalau makan sup, wajib ada daun sup. Ricik-ricik dan tabur atas sup. Nyaman. 

      
     

Tuesday, June 1, 2021

nasi/bubur/pulut

LEMANG CAWAN

      Yezzza hari ini kita, semua kena kurung. Bukan sebelum ini tidak pernah kan! Total Lock Down ikut acuan pemerintah. So, kita akur sahajalah ya.
      Dan hidangan kita di hari pertama lock down ialah Lemang Cawan. Tak payah keluar cari Lemang sebab gerai yang menjualnya pun belum pasti ada
     Ini kejadian tengah hari semalam. Hidangan untuk lunch, dinner kami suami isteri. 
      Terfikir nak buat lemang sebab lauk semalam Ayam Pedas Thai. Sedap sungguh makan dengan lemang. 
      Bahan2 penting buat lemang ini ialah cawan kertas (paper cups), daun pisang, beras pulut dan santan. Kjee sukat setengah cawan pulut untuk satu cawan kertas. Sukatan guna cawan kertas tu. So pepandailah berapa banyak cawan yang korang nak buat. 
      Setelah disukat beras pulut, cuci bersih dan rendam lebih kurang 30 minit. Beras pulut akan mengembang sedikit dalam proses merendam. 
     Sementara itu, bersihkan daun pisang, gunting ikut ketinggian paper cups. Susun dalam cups. 
     Jangan lupa panaskan air dalam periuk kukusan. 

      Kjee guna setengah kilo santan pekat untuk 7 cups beras yang diisi setelah direndam. Kalau guna santan kotak, lebih kurang 2 kotak kecik. Air untuk dicampur dalam santan itu, korang agak- agak ler.            Sorry terlupa sukat semalam. Ia seharusnya cukup untuk tutup setengah inci dari permukaan beras dalam cups. Letak garam dan sedikit gula. Mesti secukup rasa. 
      Susun semua paper cups ke dalam lapisan atas kukusan dan curahkan santan. Hentak2 sikit paper cups supaya beras pulut mendap. Pastu tambah lagi santan sampai setengah inci atas beras pulut. 


      Langkah seterusnya cek air dalam periuk kukusan sudah mendidih ke tidak. Letak lapisan atas kukusan dan tutup. Kukus selama 40 minit. Pastikan air dalam periuk kukusan sentiasa mencukupi. Tak cukup, ditambah air panas! 
      Setelah 40 minit, gunakan sudu tekan2 pulut sehingga padat. Kukus lagi 20 minit. Maknanya keseluruhan masa mengukus ialah 60 minit. 

      Setelah itu, padam api dan sejukkan lemang. Sudah betul2 sejuk baru digunting paper cups, buang daun pisang dan potong-potong. 
      Makan dengan apa sahaja lauk yang disukai. Sambal tumis bilis pun ok. Tetapi Kjee suka makan dengan Serunding Daging. 


isu semasa

LOCK DOWN


      Hari ini kita semua jalani Total Lockdown pertama sejak negara terkesan Pandemik Covid-19 setahun lalu.
       Mudah-mudahan ia berkesan turunkan kes positif yang sedang mencanak naik. Sekarang tugas kita semua untuk pastikan ia turun sebab usaha pemerintah nampaknya, GAGAL! 
       Oleh kerana kita semua disalahkan sebab menjadi punca usaha pemerintah itu gagal, maka jom kita buktikan kita boleh lakukannya! 
        How? Kita stay home, stay safe. Memang tidak rugi kita lakukannya! Tetapi di pihak pemerintah, lakukan apa yang dilakukan negara lain. Bantu rakyat!! 
       Setahun lalu, bantuan 'in cash and kind', mencurah-curah. Tetapi sekarang nak harapkan air hujan mencurah-curah pun susah. Ya banyak kawasan kekeringan. Hujan dah lama tak turun. 
       Harap2 pemerintah bertindak segera bantu. Edarkan food baskets untuk mereka yang memerlukan dalam kadar segera! Nak dapat duit bantuan kena tunggu hujung Jun atau awal Julai. So in the meantime rakyat B40 nak makan apa?