Tuesday, March 15, 2022

desserts/manisan

BUBUR KACANG HIJAU


       Dua minit aje dari rumah Kjee, ada gerai kuih. Macam2 lah budak Din tu jual termasuk Bubur Kacang dan Bubur Pulut Hitam. Sedap tetapi kekadang terlajak manis. Ada orang hantar, katanya. 
       Kalau buat Bubur Kacang citarasa Kjee lain sikit. Mesti letak sagu biji, mesti cukup lemak dan ada rasa masin sikit. Rasa masin itu untuk bangkitkan rasa santan. Kjee buat manis ala kadar. Kalau ada yang nak lebih manis, tambah sendiri gula dalam mangkuk masing2.
       Ini 👇 gula yang Kjee guna. Ada orang panggil gula Melaka dan sebelah negeri pantai timur panggil Gula Nisey. 


       Selalu Kjee rebus kacang hijau dalam pressure cooker. Tetapi dek kerana hari ini ada semangkuk aje kacang, Kjee rebus biasa2 letak daun pandan atas dapur. Juga letak beberapa hiris halia. Arwah mak kata untuk buang angin. Dalam sejam cantik kejadiannya. Kalau guna PC cuma 20 minit. 
       Masa menunggu kacang tu empuk, Kjee rendam kira2 setengah cawan sagu. Dalam freezer ada satu mangkuk santan pekat. 
       Dah empuk letak sekeping gula nise dalam periuk. Gula dah larut, masukkan santan. Dah mendidih perlahankan api dan letak sagu biji. Kacau bagi mesra. Apabila sagu dah elok masak, rasa. Letak garam. Kalau suka manis, tambah gula. 
       UP suka makan setelah disejukkan dalam peti ais. Kjee, apa2 pun okay. 


Monday, March 14, 2022

kuih muih

KUIH BAKAR DAGING


       Tak ingat bila kali terakhir Kjee buat. Tetiba teringin nak makan. Maklumlah apabila menjelang bulan Ramadhan, apa yang terlintas di fikiran mesti nak kena buat. Bulan Puasa nanti tak larat.
       Dah lama betul Kjee tak buat sendiri kuih Bakar Daging ni. Masa Kjee amik order dulu, UnclePali yang buat. Elok sangat kejadian dia buat sampaikan semalam Kjee macam tak konfiden nak buat. UP tak tolong sebab dia tengah repair kipas angin yang rosak. Tapi sekejap-sekejap dia intai tengok Kjee buat. 
       Maka inilah kejadian yang boleh Kjee banggakan. Sedap sangat...  bukan kerana Kjee pandai buat 🤭 tapi mungkin dah lama tak buat. Maka kesedapannya tak boleh nak ceritalah. ☺️🤫




       Masa buat niaga dulu, memang laku keras! Beratus-ratus biji jugaklah sehari. Kjee hanya jadi tukang buat inti. UP tukang bancuh tepung dan bakar. Kalau dia tengah sibuk, jangan harap kita nak menyibuk. Mesti kena halau keluar dapur. Banyak kali jugak. 😁😅
       Kejadian semalam samalah macam Kjee niaga dulu. Inti daging melimpah ruah. Kjee tanya UP kalau kurang sikit daging okay kot. 
       "Itulah kelebihan kuih kita masa niaga dulu. Semua kata tak pernah jumpa Kuih Bakar Daging yang banyak inti dagingnya!" kata UP. Ohhh I thought less is more. 
       Oleh kerana semalam penat sangat, lepas disejukkan, terus disimpan dalam tipuware dalam fridge. Pagi ini UP panaskan atas kuali kat dapur. Fuyoooo sedap rupa-rupanya. 


       Maaf Kjee dah tak amik order lagi. Kami berdua dah warga emas. Udah tak larat. Buat lah sendiri ya. 
       Resipi klik SINI.
       Kalau tak makan daging, boleh ganti intinya dengan ayam. 


Saturday, March 12, 2022

cakes

OLD SCHOOL BUTTER CAKE

      Kalau buat kek, Kjee suka plain butter cake. Cara mak kita buat dulu2. Tanpa letak esen2 yang pelik2. Hanya letak esen vanila. That's how arwah mak kita buat. 
      Tetapi kalau beli, harus kek yang canggih. Cheese cake lah, carrot cake lah, Black Forest, Red Velvet dan semua yang sewaktu. Kita bayar mahal2 takkan nak kek yang boleh godek sendiri kat rumah. Betul tak? 
      Aritu Tiqee, anak angkat Kjee balik kampung kat Kuching, Sarawak. Balik sini dia hulur dua kotak Butter Cake yang sedap sangat. Yang tak sedapnya, ia terlajak manis for my tekak. Alo orang Sarawak jangan ler makan manis2 sangat! 
       Seminggu dah gusi Kjee bengkak. Telan antibiotics pun tak jalan. Hanya boleh makan yang lembut2. So kek Tiqee bagi tu, Kjee cicah fresh milk. Empat hari settle! 
       So what's next? Buat sendiri lah. Itu pun mau cakap kaaa? 

       Kjee nak kek yang old school. Then goggle sana sini jumpa Azie's Kitchen punya butter cake. Wah bahan2 sebiji macam cake arwah mak. Guna satu ketul butter dan 250 gms tepung self raising. 
       Orite. Bahan semua ada. Tapi Kjee guna soft brown sugar bukan Castor sugar seperti resipi asal. 

BUTTER CAKE 
RESIPI ASAL AZIE'S KITCHEN
       Bahan2nya:
1 ketul (250 gms) pure butter
250 gms tepung naik sendiri
180 gms gula kastor
Empat biji telor (kjee guna 5 biji gred B) 
Satu sudu teh esen vanila
Setengah cawan susu segar
       Cara:
Panaskan oven 180 degrees selama 20 minit. Sapu sedikit mentega pada acuan 8x8" dan letak tepung. Hentak2 acuan supaya tepung sekata tutup keliling acuan. Putar gula dan butter sampai pucat. Masukkan telor sebiji demi sebiji sambil terus putar. Kemudian masukan tepung yang telah diayak selang seli dengan susu. Balik-balik guna spatula hingga sebati. 
Curah ke dalam acuan. Hentak dua kali acuan itu sebelum masuk oven. Bakar selama 40-50 minit ikut kepanasan oven masing2. 
       Sejukkan atas redai sebelum dipotong-potong. 
       Hasilnya menepati selera Kjee. UP kata rasanya sebiji kek Tiqee bagi tetai opkos kurang manis. Kita yang buat dia. Kjee kurangkan gula. Letak 165 gms aje soft brown sugar. Dan Kjee guna susu sejat atau evaporated milk. Resipi asal guna fresh milk. 
       Thnx Azie for the recipe. 


       
   

Friday, March 11, 2022

mi/mihun/kwayteow

BIHUN GORENG BUKAN BODOW


       Tiap kali UP keluar belikan sarapan untuk Kjee, dah boleh agak dah apa dia beli untuk dirinya. Dia mesti beli bihun goreng bodow.
       Tentu ada yang tak tahu apa itu bihun goreng bodow. Alaaa Bihun yang togel atau kata arwah mak bihun bogel. 😬
        Hah itulah bihun yang biasa dijual di gerai atau warung. Yang sudah siap goreng dan dilonggokkan dalam besen. Dulu-dulu dijual rm1 satu senduk tapi sekarang dah rm1.20 atau rm1.50.
       Tetapi kejadiannya tetap sama that is masih 'bogel'. Sedih betul. Tiada apa2 rencah atau sayur. Cuma digaul dalam sambal dan ditambah kicap. Heran camner UP boleh berselera.
       Bihun 👇 yang Kjee google. 

       Kjee juga pernah terai buat bihun bodow. Tetapi dari reaksi wajah UP masa makan, Kjee tahu dia tak berapa berkenan. So Kjee give up masak yang bodow.
       Kalau masak bihun selain bihun putih ala Singapura, Kjee mesti buat Mi Siam. Tekak ini dah diajar masak dan suka makan Mi Siam. Tetapi Mi Siam tanpa kuahlah. Kjee hanya makan yang berkuah di Restoran. Tapi Kjee buat sekali dua ikut resipi citarasa sendiri.    

       Semalam Kjee buat Mi Siam untuk lunch. Setengah peket jer. Maklumlah gusi Kjee masih bengkak. Dan hanya boleh makan yang lembut-lembut sahaja. Setengah peket itu cukup untuk dinner UP sekali! 
       Sebelum korang tengok resipi, Kjee ada satu pertanyaan. Mi Siam ini milik orang Thai atau Singapura? Kenapa diberi nama Mi Siam kalau orang Singapura kata itu bihun mereka? Entahlah. Sendiri cari jawapan lah. 
       Untuk resipi atau cara Kjee buat, klik SINI. 


      

Thursday, March 10, 2022

ayam

SAMBAL GORENG AYAM JAWA

      

        Lauk ini wajib dihidangkan pagi Raya. Dulu2 lah masa arwah mak masih ada. Sekarang, apabila teringin sahaja, Kjee mesti buat. Bahan2nya mudah. Tak perlu keluar masuk hutan mencarinya. 
        Hasilnya mesti cukup rasa. Dan paling penting terasa sikit manis gula Melaka. Tetapi tidaklah sampai terlajak manis. 
       Lauk pauk Jawa tak sah kalau tak letak belacan sikit. Pelik ke? Tapi Sayur Lodeh Kering Jawa yang ada tempe tahu tu pun, dicampakkan sedikit belacan. Dan gula merah atau gula Melaka. 


       Actually lauk Sambal Goreng Ayam ini, rencah dia sama seperti Lodeh Kering. Bahan rencahnya serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih, halia, cili hidup, cili kering, belacan dan santan. 
       Tumbuk serai, lengkuas dan halia. Bawang besar dimayang, bawang putih diricik. Cili dihiris atau yg kering digunting serong. 
         Semalam sebab dah lemau selepas masak lauk ini, Kjee mintak UP tumbuk sambal belacan dan celur bendi. Kjee terkurang bubuh cili masa masak sambal goreng tu. Kalau arwah mak, wajib guna cili hidup dan cili kering. Kalau terlajak pedas, sangat2 lah ngam. 
       Untuk resipi lengkap, klik SINI. 
       Selamat mencuba. 

        

Monday, March 7, 2022

daging

DAGING ASAM REBUS

    


   Asam rebus daging ke Daging Asam Rebus? Macam2 lah Kjee ni. Alaaa kita yang buat dia kan? Sukatilah nak letak nama apa pun. 
       Ini resipi arwah Mak. Dia panggil Asam Rebus Daging. Dia orang Melaka. Alor Gajah. Kahwin juga dengan orang Melaka. Banda Kaba. Tengah2 bandar. Tetapi bapak arwah mak bawak famili dia pindah Kpg Baru, KL. Maka jadilah mereka orang KL. Termasuk gue. 
      Kalau buat Asam rebus Daging, mak letak kentang. Asam rebus ikan letak bendi. Sama method masak. 

       Lauk ini sedap kalau cukup rasa. Masam dan pedas. Actually kepedasan itu mengikut selera individu. Tak nak pedas, kurangkan cili. 
       Selalu Kjee guna daging tetel. Arini guna daging biasa. Dan selalunya kalau malas, rebus dalam pressure cooker. Hari ini rajin so rebus biasa aje sampai lembut. 
       Lauk ini boleh dikatakan sihat sebab tak guna minyak langsung. Main lebur aje bahan tumbuk kedalam periuk sama direbus daging tadi. Rendidih letak serai, daun kesom dan kentang. 
       Resipi penuh klik SINI.
       Sedap dihirip kuahnya kalau buat tidak terlalu pedas. Tapi apadehal. Pedas pun aku hirup. Hahaha. 



Sunday, March 6, 2022

ayam

NASI AYAM RICE COOKER


      Kalau masak Nasi Ayam cara ini, maknanya Kjee dah terlebih malas. UnclePali pun macam redho. Maklumlah sejak dua tiga hari ini, dia terlalu sibuk. So apa yang Kjee masak, dia bedal jer. 😆
      Sebenarnya resipi asal orang masak dalam claypot atau periuk tanah. Kjee ada claypot tapi kan dah kata ini versi orang malas. 🤭
      Sukatilah nak guna isi ayam bahagian macam pun. Kjee guna bahagian dada. Dipotong-potong bite size dan diperap dua tiga jam. Tahu tak Kjee perap ayam ini selama dua hari. 😱

      Sebabnya? Mula2 plan nak buat dua hari lepas. Pastu tetiba UP kata jom makan kat luar. So terus Kjee simpan dalam freezer. Semalam dah keluarkan lebih kurang 30 minit, tetiba lutut sakit. So sorong balik bekas tu dalam freezer. Hari ini tiada pilihan. So Kjee keluarkan balik dan nyah beku.
       Nak masak kena seiiring  masak nasi dalam rice cooker. Sebaik nasi masuk dalam rice cooker dan ditekan switch, Kjee terus tumis lauknya. Ini kerana sebaik nasi hampir kering, lauknya dicurah atas nasi. Jangan lagi intai2 sehingga time nak makan. 

      Resipi lengkap kat SINI.  Banyak kali dah Kjee buat. Sekali dua guna claypot. Bila dah eksperimen guna rice cooker, dah malas nak buat guna claypot. Tetapi kalau guna claypot lagi sedap. Ada lapisan kerak dibawahnya. 
      Kelebihan guna rice cooker ialah bila nak panaskan cuma tekan butang switch. Kekadang terjadi kerak. Kira okay lah tu. 
       Foto 👆 tu Kjee dah tumis siap2 bersama kuah curahan sementara tunggu nasi dalam rice cooker hampir kering. Jugak versi malas campur sekali kuah curahan. 😬
       Sedap tau masak cara ini. Lain sangatlah dari Nasi Ayam yang biasa kita makan kat kedai. Cuba jangan tak cuba! 
      Kali ini Kjee goreng asing Ikan Tenggiri Jeruk. Selalu Kjee tabur atas nasi. Kalau nak pedas, bolehlah potong2 cili padi letak sedikit kicap cair. 
      Sesuai sangat chicken rice cara ini dibawa berkelah. Bawak ke pejabat share makan dengan kengkawan pun best sangat. Tapi dengan syarat rice cooker tu jenis size kecik. Tak malu nak bawak masuk opis. 10 minit lagi nak makan, tekan switch. Amacam? Setuju? 





Thursday, March 3, 2022

cakes

CHIFFON CAKE


      Terus terang Kjee bagitau yang Kjee memang hopeless bab buat kek. Kek yang simple simple pun kekadang jadi kekadang tidak.
      Kek yang paling sukar dalam hidup Kjee yang telah Kjee buat dua tiga kali dulu ialah Kek Buah. Itu pun sebab kukus. Kalau masuk oven memang hancur.
      Kjee kagum tengok baker Lina Thomas yang tinggal di Amerika, buat Chiffon Cake. Dia selalu dapat order Pandan Chiffon daripada customers sekitar tempat dia. Tabik spring tengok kejadiannya. 👏👏👏
      Foto bawah ni Pandan Chiffon Cake air tangan Lina. 

      Kjee hanya simpan impian satu hari nak cuba buat. So apabila muncul di newsfeed Basic Chiffon Cake oleh Kathrine Kwa Baking Tutorial, Kjee punyalah excited. Bahan mudah sangat. Semua ada dalam rumah kecuali acuan removable base. Yang ada dalam setor tak boleh remove.
      Selain tengok video Kathrine, Kjee juga google. Belajar cara sebenar buat kek ini. Pembikinannya sangat sensitif. Silap haribulan nanti bantat. Ada a few international blogs yang Kjee selak. Tetapi bahan2 tetap Kjee pilih yang diberi Kathrine.

    
BASIC CHIFFON CAKE
5 butir telor ayam gred A
120 gms tepung gandum 
30 gms tepung jagung
40 gms + 75 gms gula Castor 
Satu sudu teh esen Vanilla
100 ml air
50 gms minyak jagung
Satu sudu teh garam
Satu sudu jus lemon atau cuka putih 

CARA:
Panaskan oven. 

A
Asingkan telor putih dan kuning. Kuning telor dikacau bersama 40 gms gula Castor sehingga gula larut. Guna whisk. 
Tuang 50 gms minyak jagung. Kacau sehingga sebati. Masukkan air. Kacau lagi. Masukkan garam dan esen vanilla. Setelah sebati, ayak ke dalam mangkuk tadi tepung gandum yang telah dicampur tepung jagung. Biar elok bercampur dan tepikan. 

B
Dalam mangkuk yang lain, pukul telor putih sehingga berbuih guna mixer elektrik. Masukkan satu sudu teh jus lemon atau cuka. Putar lagi. Gula castor sebanyak 75 gms dibahagi 3. Masukkan satu bahagian ke dalam putih telor dan putar. Setelah rasa gula sudah larut, masukkan satu bahagian lagi. Putar dan habiskan gula bahagian ketiga. Putar sehingga kelihatan peaks atau reben. 

      Kemudian ambil dua, senduk bahan A. Campurkan perlahan-lahan ke dalam putih telor. Guna kaedah kaup balik.
     Selepas itu, Campurkan putih telor bersama baki bahan A. Kjee guna spatula untuk kaup balik perlahan-lahan sehingga semua bahan mesra. 
      Tuang ke dalam acuan 22cm. Kemudian dihentak-hentak untuk buang angin. Kathrine buat 7 kali. Kjee ikut gak. Maklumlah takut sebab first time buat. 

      Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 140 selama 45 minit. Kjee set pada suhu 150 darjah. Ikut kepanasan oven kita lah.
      Selepas 45 minit, tambah suhu ke 160 dan bakar 10 minit lagi. Kjee letak suhu 170 dan bakar lebih kurang 15 lagi. Nak bagi permukaan nampak lebih menarik. 

      Sebaik sahaja tamat tempih berkenaan, cepat2 keluarkan dan terus terbalikkan acuan atas redai. 
      Kathrine kata sampai sejuk betul2 baru dikeluarkan. Dia tak sebut berapa lama. Blog lain yang Kjee intai kata dalam 3-4 jam. Ini untuk elak kek itu collapse atau mendap. 


       Tonggengkan acuan yang dikeluarkan dari oven seperti 👇. 


      Kena sabar sampai benar2 sejuk. Guna spatula dan lalukan keliling acuan dan yang tengah tu. 
      Dan sebaik sahaja dipotong selepas 3 jam dibiarkan atas meja, Alhamdulillah syukur. Menepati citarasa. Unsangkarable Kjee boleh buat!!! 
       Korang cubalah. Kena ikut betul2 resipi. Jangan tengok satu aje. Google tiga empat blog. Insya Allah berjaya. 


Foto bawah ini yang Kjee petik dari video Baking Tutorial by Kathrine Kwa. 

 









Saturday, February 26, 2022

lauk pauk jawa

LONTONG KERING


      Akhirnya, setelah mengidam banyak hari dan pembikinannya ditangguh sebab tak sihat, inilah Lontong Kering atau ada onJoho panggil Lontong Darat.
       Puas sangat hati sebab kejadiannya menepati selera wong Jowo ni. UnclePali pun turut makan dan puji. "I bagi 5 bintang, " katanya.
       Actually bukan hebat mana pun. Semua ini lauk pauk Jawa. So pada Kjee, no hal punyalah.

       Lodeh Kering. Resipi klik SINI. 

       Serunding Kelapa


       Resipi SINI. 


       Sambal Ayam. Resipi apa aje yang korang ada. 
       Kjee plan nak buat Nasi Impit. Tetapi dek kerana malas, suruh UP beli nasi impit mini jenama Nona. Puas hati lah. Lembut. Kjee masak dua jam instead of 90 minit yang tertera pada peket. 
       Untuk Serunding Kelapa, Kjee buat ikut resipi arwah mak. 
       Satu sudu ketumbar dan satu sudu jintan manis disangai sehingga naik bau. Terus tumbuk hingga halus. Kemudian tumbuk sekali satu biji bawang besar, tiga ulas bawang putih, setengah inci lengkuas, dua sudu udang kering. Semua ditumis hingga wangi bersama satu sudu cili kering dan satu sudu kecik kunyit serbuk. 
       Apabila sudah nampak kering sedikit, masukkan setengah cawan air asam Jawa dan lebih kurang separuh keping gula nise. Kacau hingga mesra kemudian masukkan kelapa parut yg putih. Tadi Kjee letak tak sampai sebiji. 
       Rasa. Letak garam secukup rasa. Kemudian digoreng lagi guna api perlahan sampai kering. Siap. 
       Cara hidang macam Kjee buat 👇. 


       Kjee tahu memang renyah nak lengkapkan semua lauk ini. Tetapi Kjee bukan buat sekali gus. Hari ini hanya masak Lodeh dan Serunding Kelapa. Kuah Kacang Kjee panaskan baki aritu. Dan Sambal Ayam hanya perlu goreng ayam. Kjee dah ada ibu sambal tumis dalam freezer. 
       Ini makanan kesukaan orang Johor untuk sarapan. Sedap gua cakap lu. 
       Selamat mencuba. 







Friday, February 25, 2022

kuih muih

BISKUT BUTTER CORNFLAKES


        Kjee ni kan kalau nak makan biskut macam ini tak payah nak tunggu Hari Raya. Maklumlah semakin tua semakin tak bertenaga. Apabila tiba nak Raya dah KO. Pernah dulu kami beraya tanpa biskut. Bukan tak boleh beli tetapi tekak ini ya rabbi punya cerewet. Nak biskut buat sendiri jer. 
       So sekarang, apabila teringat aje, terus lah buat especially kalau bahan-bahan semua dah ada.
       Kalau korang tengok cookies yang Kjee buat arini, nampak perfect. Malah my asben kata best in the world. Tetapi sebenarnya ada rahsia di sebaliknya! Ada bahan tak cukup! 😂

       Cornflakes yang sepatutnya 100 grams, ada 71 grams aje. Tepung jagung yang sepatutnya 80gms hanya ada 60 grams!!! So kau ingat aku tak jadi nak buat ke? 😆
       Nak suruh UnclePali beli, dia tengah sibuk dengan kerja dia. So Kjee pun top up tepung jagung yang kurang 20 grams tu dengan tepung gandum. Cornflakes tak boleh dah nak letak bahan lain. So nasib lah lu! 😂



       Tetapi rasanya setelah siap, cegini 👍👍👍. Kalau Kjee tak bagitahu my husband yang bahan-bahan tak cukup, dia mesti bedal aje dan kata sedap. Actually Kjee buat untuk dia sebab dia ni suka sangat mengunyah. Kjee makan sebiji dua aje sebab ada kencing manis. 
       Resipi lengkap korang klik SINI. Kjee buat first time genap setahun lalu.