Sunday, March 13, 2011

CARROT OAT CAKE WITH CHEESE TOPPING



 Asalnya resipi Che Mat Gebu (CMG) sini  Kjee ada pilihan nak cuba tiga resipi yang Kjee jumpa. Tapi akhirnya resipi CMG jadi pilihan. Thnx CMG. Cuma kjee alter sikit sebab bahan seperti kelapa kering (dessicated coconut dan pecan walnuts)  tak ader.

Semua resipi Carrot Cake Kjee tengok, guna pecan walnuts. Kjee and famili lebih suka makan gajus so Kjee cubalah guna gajus. Jumlahnya sama seperti dalam resipi asal. Kjee beli gajus mentah dan bakar atau toast selama 5 minit dalam oven atau sampai garing dan enak dimakan begitu saja.

Begitu jugak dengan pengunaan kelapa kering atau dessicated coconut. Maleh nak suruh Unclepali atau Nadia gi beli. Bukan kjee jer maleh, dia orang pun dah maleh nak layan cekadak Kjee.

So tadi otak berputar2 fikir nak ganti dengan bende apa. Kebetulan ada banyak oats. Hantam sajalah labu. Begitu jugak dengan gula. Kjee gunakan sepenuhnya gula perang atau brown sugar. Sebut betul2 gula pey-rang bukan perang yang tembak2 tu tau. Hehehe. Gula itu kurang sikit manisnya. Lagipun nanti nak buat topping cheese. manis lagi. Hmmm.

Kita tengok bahan2nya.


Bahan2nya:
1 cawan tepung gandum *
1 sudu kecik baking powder * (kali kedua kjee guna double action BP. lebih gebu)
½ sudu kecik soda bicarbonate *
½ sudu kecik garam *
1 sudu kecik serbuk pala
1 sudu kecik serbuk kayu manis * (semua bertanda * disatukan & ayak)
2 biji telor gred A
¾ cawan minyak jagung (kjee guna canola)
¾ cawan gula halus (kjee guna gula perang)
1¼ cawan carrot sagat ( guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya)
½ cawan nenas tin (cincang kasar2 & toskan)
½ cawan oats
½ cawan gajus

Bahan cream cheese topping:
½ ketul mentega
½ ketul philadelphia cream cheese
beberapa titis vanilla
3 sudu besar gula icing

Cara membuatnya:
Panaskan oven 180C. Kemudian ambil loyang empat segi 7x7inci dan letak sedikit minyak dan dialaskan dengan kertas minyak. Jika tidak, tabur sedikit tepung setelah diminyakkan acuan itu.
Telor dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau kira2 lima minit hingga sebati. Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak. Kacau hingga sebati guna spatula. Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula. Akhir sekali masukkan kacang gajus yang telah diramas sedikit hingga pecah2.
Tuang ke dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam.

Cara membuat cream cheese topping:
Satukan semua bahan2 dan putar sampai sebati dan halus. Kjee putar guna tangan. Kemudian sapu atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu. jika terlalu pekat dan susah nak disapukan atas kek, tambahlah sedikit susu segar.

Resipi ini sesuai untuk keluarga seramai tiga orang jer. Lebih dari tu kena gandakan bahan2nya.



10 comments:

ibunor said...

Assalam~~~kak jee.......adoh la.........menggugat keimanan betul lah......sedap dah tentu.....cantekkkkkk la pulak hiasan tu.....simple and nice.....huhuhu.....(harus kena buat ni kak jee.... thank you very much kak jee.......tengok resepi kak jee yang mudah jer.....tapi sedap..... 9i love u lah.....) hehehe :-)

Anonymous said...

mesti sedap ni.....ima x penah rasa carrot cake yg ada oats n nenas.

Anonymous said...

bestnyer tgk...ni lah salah satu dr resepi yg blm berkesempatan kim nk buat sbb hubby n ank2 xbape minat...tp mst kene try jgk CARROT CAKE ni...sdp kan kjee

Mat Gebu said...

kak jeee..i lep u lahh kak, sebab dah pandai derhaka resipi...hahaha..erkk abg tak marah kann...gurau2 jeee....

Kjee said...

CMG: kahkahkah first time nak derhaka! nasib baik jadi kalau tidak bagi cik tong jer tadi. ya ampun!!!

Anonymous said...

share kjee sobab nya sikit nak makan ber 2 je...nanti tak le asyik nak antor peren lagi....norasmah

sharifah rosidah said...

adui sedapnya kek karrot ni selalunya aku tak berapa suka tapi tengok kat sini macam sedap jer.

Madre Amor said...

sangat menarik, suka nak cuba.

Anonymous said...

Dear Kak Jee

I ve read tru your blog and its very interesting about your recipe and thank you very much for sharing it with us and I will try some of your recipe then I will let you know.... tania nabila

Husni Nazra AB said...

Kak Gee, saya dah buat kek carrot oat nie... memang sedap...mohon share resipi kat blog saya yep, terima kasih.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...