Wednesday, August 3, 2011

PULUT INTI


 Unclepali memang suka inti kelapa manis ni. Tapi susah nak cari kelapa muda yang elok buat inti. Tadi masa pergi ke rumah supplier santan Kjee masa meniaga dulu, ternampak banyak bunga betik kat pokok betik dia. Pastu Kjee suruhlah dia bagi Kjee kelapa parut ½ biji. Nak buat kerabu lah kononnya kan?

Sampai rumah Kjee tengok kelapa tu muda. So Kjee tepikan sikit untuk buat kerabu dan lebihnya Kjee buat inti. Gula merah adalah dalam 3 sudu besar je. Okaylah kot. Tapi masa Kjee tengah kacau kelapa tu atas dapur was2 pulak takut tak cukup manis. Nak rasa, puasa. So Kjee tambah 1 sudu besar gula putih.
Legam sebab daun dilayur lama sangat. Hehehe

Jomlah kita tengok bahan2 buat pulut inti ni. Gambar2 tak lawa sebab tadi Unclepali tolong layurkan daun tapi semua daun jadi gelap.

BAHAN2NYA:

Kelapa parut (yang muda dan putih jer)
3 sudu besar gula merah (kalau nak manis tambah lagi)
secubit garam
3 sudu besar air
1 mug pulut

CARA:

Pulut dicuci dan diletakkan dalam periuk nasi. Airnya biarlah ½ inci atas paras beras pulut. Tadi Kjee kira-kira 2 sudu besar santan pekat. Pastu bubuh juga secubit garam. Masak lah macam masak nasi.

Untuk inti, Kjee masukkan kelapa, gula merah, secubit garam dan 3 sudu air ke dalam periuk. Kalau suka bubuh daun pandan tapi tadi Kjee malas tak bubuh. Kacau sampai rata pastu jeranglah. Jaga jangan hangus. Inti sudah kira masak kalau nampak sedikit kering. Tapi jaangan terlalu kering.

Pastu bubuhlah pulut dalam pinggan dan makan dengan inti.


Tadi Kjee seronok2 je bungkus dalam daun pisang. Suka aroma daun tu.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...