Tuesday, September 13, 2011

ANTARA RESTOREN MAMAK DAN GERAI MELAYU

Gerai Mail ni boleh dikategori sebagai gerai Mamak

 Dah dua hari berturut2 Kjee bersarapan ala Melayu. Maklumlah kalau ikut Unclepali hantar Nadia gi Uni, dalam perjalanan pulang mesti singgah sarapan dulu.

Semalam Unclepali ajak Kjee breakfast kat kedai Mamak di section 6 Wangsa Maju yang kami gelar Kedai mamak Hero sebab kedudukannya di belakang pasaraya Hero. Tapi Kjee tolak sebab sejak sakit hari tu, tekak ni dah tak berapa nak berselera makan di kedai mamak.

Macam nilah tamaknya kita kalau makan nasi lemak
Seperti biasa, Kjee kena suggest kedai lain kalau tolak cadangan awal Unclepali. So Kjee suggest gi makan kat Restoren Cengkih di AU5, Keramat. Kjee bagi alasan nak makan makanan Melayu walhal Kjee teringin nak makan lontong restoren tu yang sedap.

So itu kes semalam. Kjee makan lontong beserta lauk sambal kerang dan sambal sotong sementara Unclepali makan Nasi Goreng bersama ayam goreng. Harga makanan yang kami ambil dan makan sekitar RM14 termasuk dua gelas teh O. Mahal kan untuk sarapan pagi sahaja!

So tadi masa dalam perjalanan ke Uni, Kjee beritahu Nadia mengenai sarapan lontong semalam. Nadia kata lontong di situ memang sedap tapi dia kata makan di gerai atau restoren melayu, mahal berbanding dengan kedai mamak. Katanya dengan harga RM14 tu sepatutnya itu makan tengah hari untuk dua orang!

Selepas turunkan Nadia, Kjee memikir panjang mengenai kata2nya bahawa makan di gerai Melayu untuk sarapan mahal. Betul ke? Kjee tanya Unclepali. Dia hanya angguk. Sebab itu ramai orang ke restoren mamak. Murah, tambahnya.

Kjee terfikir seketika. Betul ke kata2 Nadia dan Unclepali. Kemudian Kjee buat rumusan beg
Nak tengok je ke ayam goreng panas2?
ini. Kedai mamak murah sebab mereka yang ke sana tiada pilihan. Kalau sarapan hanya ada roti canai ataupun tosei.  Berapa sen lah harga roti canai dan tosei? Mungkin tosei RM1.50 sementara roti canai 80 sen sahaja. Teh tarik RM1.20. So kalau kita makan sekeping roti canai dan teh tarik, hanya perlu bayar RM2.

Tetapi semalam, lontong Kjee harganya  RM6! Kenapa RM6 sedangkan di situ ada tulis lontong RM3! Sebab Kjee tak boleh nampak sambal kerang dan sotong. Tu dia, Kjee kaup satu senduk untuk sambal kerang dan juga sambal sotong! Nasi goreng Unclepali (yang sudah siap digoreng) hanya berharga RM2 tapi Unclepali ambil ayam goreng yang harganya RM3!


Jadi, sebab itulah makan di gerai Melayu lebih mahal! Mahal kerana salah kita. Tak boleh tengok lauk pauk sampingan yang dihidangkan!
My Favorite!

Cuba kalau kita ke kedai mamak dan mintak roti canai. Pastu nampak ayam goreng berempah dia (RM3) atau kari kambing sepiring (RM4). Gedebak gedebuk sama air, kalau makan dua orang mesti kena bayar hampir sama dengan di kedai Melayu!

Mungkin kita semua tak pernah terfikirkan rasional Kjee ni. Dan terus kita tuding jari kata, lebih murah makan di kedai mamak. Sebenarnya makan di kedai mamak tak beri kita banyak pilihan. Korang tak percaya, pergilah ke mana2 gerai Melayu yang jual sarapan pagi. Tak ke 'mabuk' tengok semua lauk sampingan yang menyelerakan?

So, lain kali jangan ikut suka tuduh orang kita jual mahal dan mamak jual murah. Kalau nak makan di KL ni, kena ikut budget yng kita ada. Nasi lemak pun kalau dibubuh segala macam lauk, harga paling rendah pun RM5!

So Kalau budget RM5 ke bawah, jangan nak singgah gerai Melayu. Pergi je lah ke gerai mamak. Bukan sebab murah tapi sebab tak perlu rambang mata.  Hehehe

Hah macam ni mau kena RM7!!

11 comments:

en_me said...

sodapnyerr makk.. ehehe

Ct Noarizah said...

betul kjee org kita suka melatah maknan mahal tapi dlm pinggan mcm2 ada kat restoren mamak kat tmpat sy pun ada jual roti canai dan lauk pauk lain sprti ayam,ikan,sotong jugak serta nasi lemak klau tmbah lauk2 tu harganya sama gak mcm restoran melayu tak banyak gak bezanya... tepuk poket tanya selera sebelum ambik macm2 dlm pinggan tu :D

Anonymous said...

Salam kak jee,
sy setuju sgt ngan rumusan kakjee, mmg sarapan pagi kt kdai melayu lebih mahal dari kdai mamak tp klu makan tgh hari pulak,sy rase kdai mamak lg mahal dari kdai melayu.. lebih2 lg ari khamis ade nasi beriani.. hehe..

Maria said...

Semuanya dah naik harga....nasib baik la Maria boleh masak2 kat dapur,so dpt gak jimat kos..

Anonymous said...

Mungkin betul utk sesetengah tmpat. Sabtu lepas, sy & kwn sarapan mihun goreng & teh tarik. Mihun tu dh sedia kat situ, cedok sendiri. xde tambahan apa2 lauk extra. 2 mihun + 2 teh tarik RM10.00...

Anonymous said...

sebenarnya kdai mamak lebih mahal. Air suam pun dia caj di ketika kedai2 lain free. ketika harga dula naik 10 sen ... milo ais kerr .. nescafe ais kerr .. kedai mamak dengan tanpa melengahkan masa terus naik 20 sen !!! Saya ingat lagi ketika saya masuk kedai mamak di Bdr Baru Sg Buloh dulu... masa tu saya di caj RM1.80 untuk segelas milo ais. Ketika itu harga milo ais di kedai atau gerai Melayu cuma Rm1.50. Di kedai mamak .. kalau setakat RM3 rasanya nasi dan telur rebus campur air kosong boleh lah gaknya .

Tamar said...

Salam,
Setuju sangat ngan kak Jee....Kita rasa mahal mkn kat kedai melayu bukan sebab harga each makanan tu mahal tapi sebab bila makan tu tak sah kalau amek yang basic jer...mesti ada sampingan2 yg lain kan...

Puspa Ibrahim said...

Salam kak jee..
Nak tanya restoran cengkih ni di mana ya,,,,blh bg location x.....trimas kak jee... Teringin pulak nak makan lontong yg sedap tu.....

Kjee said...

Rest Cengkih tu kat AU5, Keramat. Depan medan selera AU5. Sebelah klinik Dr Ghazali.

Anonymous said...

Kjee,
Apa yang saya komen ni di luar topik yang Kjee utarakan.
Saya tak pernah ikuti Rancangan Fuhh, tapi semalam tertengok ler. Pengacara menjemput 2 orang tetamu. Yang 1 tu kalau tak salah Ocup Wheelchair ke apa namanya. Kalau iya pun nak kelainan cuba lah cara lain yang bersesuai. Tangan diputar2 macam nak menari makyong sepanjang rancangan kecuali beberapa minit sebelum tamat rancangan. Ingatkan tangan memang macam tu. Tak lawak pun buat tangan dan muka cam tu. Kalau tak caya tengok ler

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Kak Jee... dah brp hari ni asyik ronda blog Kak Jee... rindu nak tengok Kak Jee berlakon, nasib baik dah ada dapur Kak Jee tmpat kita melepas rindu..

Setuju sgt dgn celoteh Kak Jee tu, yg penting kalu nak makan murah, jgn tamak ambil lauk, ekekeke...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...