Thursday, September 22, 2011

ISU FILEM HANTU BONCENG


JAKIM Sahkan Dialog Tidak Persenda Nabi Muhammad

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng tidak mempersendakan Nabi Muhammad.
Pengesahan itu dibuat setelah pegawai jabatan berkenaan menonton filem itu, kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LFP) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap.
Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiap kali muncul wajah wanita yang maut itu.
"Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
"LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan.
"Dalam isu ini elemen keagamaan telah diberi perhatian cermat dan teliti oleh lembaga," katanya.
Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Malaysia dan pelbagai pihak dalam media massa serta blog mendakwa bahawa LPF cuai membuat tapisan sehingga filem itu diluluskan untuk tayangan di pawagam. - BERNAMA

7 comments:

  1. makin meletop kes ini..
    mmg panas lagilah kes membabitkan hal2 keagamaan lagilah kalimah suci...

    ReplyDelete
  2. Salam Kjee.. Patutnya pihak Finas jangan lepaskan skrip yang boleh membawa kepada fitnah dan boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan umat.

    Kan dah susah payah dorang kena jawab.. =)

    ReplyDelete
  3. setuju MPP. Seteiap skrip berunsur agama, tahyul dan yang sewaktu dengannya harus dihantar ke LPF, Finas dan jugak pihak berkuasa agama untuk dinilai. Ini adalah untuk mengelakkan timbulnya kekeliruan setelah ditayangkan!

    ReplyDelete
  4. Dan isu isu seperti nih selalu diperbesar besarkan...ada je benda nk jadi motif politik..haihhh..

    ReplyDelete
  5. Betul tu Jiha. Dia orang nak alihkan perhatian. Nak tutup banyak masalah besar 'yang dia orang timbulkan!'

    ReplyDelete
  6. Setuju dgn MPP.. Pengarah n penulis skrip sepatutnya lebih peka dgn isu2 agama dlm pembikinan filem mereka.. Perkara ni bukannya bole dibuat main2 atau sebagai bahan lawak jenaka.. Klau takde scene tu pon rasanya tak mencacatkan jalan cerita pon..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum…
    Untuk maklumat, sebaik sahaja kenyataan ini dikeluarkan oleh Pengerusi LPF menerusi Bernama. Sebaik sahaja solat jumaat saya seorg diri telah pergi ke Pejabat Ketua Pengarah Jakim di tingkat 9 Blok D7 Putrajaya bagi mengemukakan bantahan terhadap keputusan yg dibuat oleh Jakim. Disana saya telah bertemu dengan Ustazah Asiah iaitu PRO kepada JAKIM. Segala isu telah saya ketengahkan kpd beliau berkenaan isu ini, dimana saya tekankan bahawa isunya bukan dari konteks ayat mahupun senafas atau dua nafas seperti kenyataan yg dikeluarkan oleh LPF.

    Apa yg patut diberi perhatian adalah isu AZAN, kalimah syahadah dan tasyahud akhir HARAM dijadikan bahan untuk lawak jenaka. Turut saya suarakan kpd beliau mengenai petikan surah Al-Taubah ayat 64,65,66,67 / surah Al-An’am ayat 70 dan Surah Kahfi ayat 104, 105 dimana jelas menunjukkan ANCAMAN KERAS drpd Allah s.w.t kpd sesiapa sahaja yg menjadikan Allah, Rasul-Nya dan kalimah-Nya sebagai olok-olok mahupun main-main sebagai persendaan.
    Ustazah tersebut berjanji bahawa perkara ini akan diberi perhatian. Malahan saya telah bertanya kpd beliau apakah pandangan peribadi beliau terhadap hukum menggunakan kalimah suci Allah seperti Azan dan kalimah syahadah adakah salah ataupun tidak. Jawapan yang saya terima dari ustazah tersebut adalah “HARAM”.

    Oleh itu, kita tunggu apa tindakan seterusnya dari JAKIM dalam tempoh 5 hari lagi memandangkan mereka semua sedang sibuk dengan persiapan Kongress Majlis Islam pada 26hb ni.Sekiranya tiada juga tindakan susulan, saya berjanji akan membawa perkara ini ke atas lg.Ini isu kesucian Allah dan Rasul diperlekehkan bukan isu politik ataupun utk menjatuhkan mana2 pihak. Aku takda masa nk pertahankan org, tapi wajib bagi aku pertahankan Allah dan Rasul ku.

    sekian

    Wasalam

    ReplyDelete