Sunday, September 11, 2011

JEREBU: MSIA HANTAR SURAT JEPADA INDONESIA

KUALA LUMPUR: Malaysia menyatakan kebimbangannya kepada Indonesia selepas mengesan, menerusi imej satelit, 600 tompokan panas dengan paras suhu yang tinggi di Sumatera tahun ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas.
Uggah memberitahu Bernama bahawa beliau telah mengirim sepucuk surat semalam kepada rakan sejawatannya dari Indonesia, Menteri Negara bagi Alam Sekitar, Professor Dr Gusti Muhammad Hatta mengenai perkara itu. "Bagaimanapun, kita percaya pihak berkuasa Indonesia sedang melakukan sebaik mungkin menangani situasi itu.
"Dalam beberapa tahun lepas, mereka terus meningkatkan usaha menangani kebakaran seumpama itu," kata beliau.
Uggah berkata beliau menjangka bertemu dengan rakan sejawatannya semasa mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri Asean di Bangkok pada 18 September.
Sambil menegaskan bahawa jerebu dibawa oleh angin monsoon dari Sumatera ke beberapa kawasan Malaysia, Uggah berkata keadaan itu "tidak seburuk masa lepas" terutama pada 1997 dan 2005 bila bacaan indeks pencemaran mencatat tahap tertinggi.
Beliau berkata Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu mengenai Pencemaran Jerebu Trans Sempadan Peringkat Menteri Sub-Wilayah ke 12 di Bangkok pada 22-33 Sept akan membincangkan cadangan Malaysia bagi pembentukan skuad memadam kebakaran Asean. Sebelum ini, Malaysia menghantar 1,000 anggota pemadam kebakaran bagi membantu Indonesia menangani kebakaran hutannya pada 1997 sementara 124 pada 2005.
Ini berikutan keadaan jerebu paling buruk dialami Malaysia bila pada Sept 1997 keadaan darurat diisytiharkan di Sarawak ekoran kebakaran hutan di Kalimantan. Pada 11 Ogos, 2005 keadaan darurat juga diisytiharkan di dua tempat Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor, akibat kebakaran di Sumatera and Riau selepas Indeks Pencemaran Udara (API) mencatat bacaan 500, melebihi paras bahaya 301. -BERNAMA

0 comments:

Post a Comment