Wednesday, September 14, 2011

INGIN NAMAKAN BAYI DALAM KANDUNGAN SAMA SEPERTI ARWAH KAKAK


Safura, Sharonizam Masih Sedih Kehilangan Anak
Safura reda dengan pemergian Mariam. Foto JEFFRI IRAN, UTUSAN
KUALA LUMPUR: Pelakon Safura Yaacob menganggap kematian anak pertama hasil daripada perkahwinannya dengan pelakon Sharonizam Noor iaitu Nur Aisyah Mariam, 3, sebagai ketentuan takdir dan reda dengan pemergiannya.
Safura berkata, ketiadaan Mariam akan membuatkan dia sekeluarga berasa sedih untuk menjalani kehidupan harian memandangkan anak mereka itu seorang yang lincah dan menjadi penghibur dalam keluarga.
"Sekarang ini, saya tak tahu bagaimana mahu membiasakan diri tanpa Mariam. Jika sebelum ini, dia selalu meminta saya masak pelbagai jenis makanan dan antara kegemarannya ialah spageti dan minuman Vitagen.
"Malah kami sempat menyambut hari jadinya yang beza sehari dengan tarikh lahir suami pada 23 Ogos lalu. Awal-awal lagi dia pesan mahu kek berwarna merah jambu. Alhamdulillah, setakat ini, semua permintaannya kami dapat tunaikan," katanya yang ditemui di rumahnya di Tasek Tambahan Ampang, di sini, Selasa.
Allahyarham telah meninggal dunia akibat demam berpanjangan pada Isnin lalu di Hospital Ampang Puteri dekat sini kira-kira pukul 9 malam. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang, Selasa lalu.
Dari kiri: Sharonizam, Firdaus dan Safura. Foto JEFFRI IRAN, UTUSAN
Sementara itu dalam perkembangan lain Safura yang sedang mengandung lima bulan ingin menamakan bayi yang bakal lahir itu sama dengan nama Allahrayham jika ia adalah bayi perempuan.
"Selepas jenazah disembahyangkan di rumah, saya sempat berbisik pada jenazah Mariam akan menggunakan namanya untuk anak yang bakal lahir ini," ujarnya sambil menitiskan air mata.
Sementara itu, Sharonizam pula berkata, dia begitu rapat dengan Mariam selepas Safura melahirkan anak kedua mereka, Yusoff Firdaus yang berusia setahun dan pemergian anak perempuannya itu ternyata membuatkan fikirannya benar-benar terganggu.
"Sukar untuk saya gambarkan keadaan kami sekarang ini lebih-lebih lagi, Mariam begitu rapat dan manja dengan saya.
"Malah sebelum pemergian Mariam, saya menjaganya sehinggakan kepala saya pening disebabkan tak cukup tidur. Lebih-lebih lagi apabila dia mula gelisah kerana badan kurang selesa, ada sahaja permintaannya yang sekejap ingin tidur dalam buaian, kemudian, mahu tidur di bilik pula. Apa-apa pun, saya terima ujian takdir ini," ujarnya menahan sebak.
Selain Mariam dan Firdaus, Safura turut mempunyai dua orang anak iaitu Nurul Natasha, 17 dan Muhammad Daniel Khaqim, 11, hasil daripada perkahwinannya sebelum ini. - mStar

2 comments:

  1. tahziah utk kak safura dan suami....smlm kwn sy bru kehilangan baby yg dijangka akan dilahirkan sabtu ni....baby meninggal dlm perut....
    tabah hadapi dugaan ye....Al- Fatihah utk adik Mariam..

    **Mas Ayu**

    ReplyDelete
  2. Takziah kpd Safura. Sedih mendengarnya. Kalau nak namakan anak dikandung dgn nama "Mariam" (nak ikut nama arwah kakak).. tukar ejaan kpd "M.A.R.Y.A.M" sbb antara keduanya ada beza makna? I'm not sure tp my fren pernah betulkan I bila I tulis anak beliau sbg Mariam.. dia kata Maryam lebih memberi makna yg baik. Wallahualam.. kena rujuk balik pd yg pakar.

    ReplyDelete