Monday, September 19, 2011

KARIPAP AYAM + KENTANG

Kekadang Kjee rasa mood Kjee ni ikut cuaca. Kalau cuaca panas, jadi ceria. Kalau mendung, alamat nak bersembang dengan suami dan anak pun malas.

Kjee rasa perangai Kjee ni tak luar biasa. Mood semua orang akan turun apabila cuaca sejuk dan mendung. Camner agaknya orang yang tinggal kat negeri omputih yer? Kalau Kjee lah, pasti mood jadi mendung dan kurang ceria. Tapi kalau ada peluang ke sana, I Like!!

Hari ni malas nak makan tengah hari. Maksud Kjee malas nak masak nasi untuk lunch. Tadi bekfas lambat (kul 11) jadi masih kenyang. Tekak lak teringin nak makan karipap. Kalau banyak lak songeh suruh Unclepali ke sana kemari cari karipap karang kena sound pulak. Maklumlah tekak Kjee ni kan kuat komplen. Ada jer yang tak kena.

So baiklah buat sendiri. Balik dari hantar Nadia tadi dan lepas antar lappy dia yang rosak ke Low yat, Kjee pun ke dapur, kupas kelapa dan rendam ayam. Yang ada hanya isi bahagian dada. Eloklah tu. Kjee buat intinya pedas sikit sebab  nak panaskan badan di hari yang sejuk.

Sementara nak tunggu ayam yang beku, lembut, Kjee buat dulu kulitnya. Kjee guna 2½ cawan tepung dan kira-kira ½ cawan minyak jagung. Minyak apa pun boleh tapi kat rumah hanya ada minyak jagung dan Olive Oil. Stok semua dah licin sebab raya. Lepas uli guna sedikit air, Kjee bubuh kejap dalam peti ais bagi dia rehat.

Kemudian Kjee masaklah inti. Masak biasa2 jer. Kjee dadu kecik2 dua biji kentang dan rebus sampai lembut, Pastu toskan. Kemudian Kjee dadu 1 labu bawang besar. Isi ayam pun Kjee dadu kecik2. Pastu Kjee bubuh sikit minyak dalam kuali dan tumis bawang. kemudian masukkan kira-kira 2 sudu rempah kari ayam dan 2 sudu serbuk cili. Kalau tak ada serbuk cili boleh guna cili kering yang dah dikisar.

Tumis rempah tadi sampai garing pastu masukkan ayam. Bila ayam dah elok masak, masukkan kentang rebus yang telah ditoskan airnya. Bubuhlah garam dan secubit pak aji. Kemudian masak sehingga kentang dan bahan2 ayam dan rempah dan sebati. Sejukkan.

Pastu buatlah karipap macam biasa. Kjee guna acuan untuk mudahkan buat kerja tapi Kjee tetap kelim tepinya sebab takut terbuka masa menggoreng.

Dapatlah dalam 16 biji. Lapan biji Kjee goreng buat makan tengah hari dan lapan lagi Kjee goreng separuh masak dan simpan dalam peti ais. Bila nak makan nanti, Kjee gorenglah balik.

Oleh kerana Kjee dan Unclepali kuat makan pedas, inti tadi taklah pedas mana. Lain kali buat nak tumbuk cili api, bagi berasap telinga pulak. Hehehe.

Karipap Kjee debab2 yer. Mestilah. Untuk makan sendiri sedap bubuh inti banyak2 kan? Kalau orang yang jual tu, karipap dia orang selalu leper jer. Tapi kalau ada tamu nak datang, Kjee buatlah comel2 sikit.

7 comments:

  1. sedap ni makan time2 cuaca sejuk2 cenggini... nak sket

    ReplyDelete
  2. nampak baek punya karipap panggil ler kengkawan makan

    ReplyDelete
  3. Tips utk dapatkan kulit karipap yang licin selepas digoreng adalah goreng semasa minyak suam-suam sahaja. Jgn goreng semasa minyak panas.

    ReplyDelete
  4. Kjee pulak tak berapa suka kulit karipap yang licin. suka yang mengerutu. hehehe

    ReplyDelete
  5. sedapnya klu dpt mkn karipap+kopi panas..hehee

    ReplyDelete
  6. Kita suuuuuuuuka makan karipap... tapi kita kuuuuuurang suka buat karipap... hihi..

    ReplyDelete
  7. So cute lah Kjee nya karipap (org s'pore kata epok2) yg debab2 tu... hihi... Rajin Kjee, keep it up!
    ~ hana

    ReplyDelete