Monday, September 26, 2011

MOGA DATUK AHMAD JAIS CEPAT SEMBUH

Di zaman kegemilangannya - ehsan google



Datuk Ahmad Jais, 75 tahun, penyanyi yang cukup diminati oleh arwah mak dan bapak Kjee, khabarnya, dimasukkan ke hospital kerana kesukaran bernafas. Tersentak Kjee mendengar berita itu melalui Buletin Utama TV3 tadi.

Kjee dibesarkan dengan lagu2 beliau yang amat mak dan bapak sukai. Siang malam lagu2 Ahmad Jais berkumandang dalam rumah. Masa tu kami ada radiogram dan bapak selalu beli rekod (piring hitam) terbaru Ahmad Jais. Banyak lirik lagu beliau yang Kjee masih hafal sampai hari. Antaranya Sejak Kita Berpisah, Bahtera Merdeka dan banyak lagi yang Kjee tak ingat judulnya. Lagu hari Raya beliau pun dah jadi macam satu trade mark setiap kali menjelang hari Raya.

Banyak lagu2 beliau malar segar (evergreen) terutama sekali yang dirakamkan bersama allahyarham Rafeah Buang. Kjee ingat lagi masa kecik2 dulu, banyak gossip kononnya beliau berkahwin dengan Rafeah Buang kerana serasinya pasangan duet itu.

Ketika menjadi wartawan dulu, Kjee seringkali interview beliau yang mesra dengan panggilan Abang Mat. Masih ingat lagi Kjee dengan 'trademark' Abang Mat iaitu tali pinggang dan kasut platform (tumit tinggi) putih.

BERNAMA melaporkan beliau yang dimasukkan ke Unit Separa Rapi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) di sini semalam, dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat sukar bernafas awal pagi Ahad.

Anak keempatnya, Maimun, 31, berkata bapanya kini dalam keadaan stabil.
Foto yang agak baru
"Ayah sekarang bernafas melalui mesin bantuan pernafasan bagi membolehkan oksigen masuk terus ke paru-parunya, dan doktor sedang melihat progress ayah.
"Ayah memang ada asma dan bila beliau diserang batuk, itu menyukarkan pernafasannya. Doktor beritahu masih terlalu awal untuk tentukan sampai bila ayah akan berada dalam keadaan ini," katanya ketika ditemui di sini.
Maimun turut meminta agar saudara mara, rakan-rakan dan peminat mendoakan kesihatan bapanya.
Ahmad Jais dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu semalam selepas mengalami masalah sesak nafas.
Menurut anaknya, beliau mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lepas, tetapi sakitnya mula serius pada malam Khamis lepas sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Seksyen 20 di sini.
Beliau kemudian dipindahkan ke DEMC awal pagi semalam kerana mempunyai rekod perubatan di situ. 

3 comments:

  1. Moga cepat sembuh Datuk Ahmad Jais

    ReplyDelete
  2. semoga Datuk cepat sembuh... saya pun suka lagu2 Datuk.. evergreen

    kakyong72.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Semuga cepat sembuh, suka lagu2 raya yang dinyanyikan oleh beliau.

    ReplyDelete