Tuesday, September 13, 2011

JINS PERTAHAN FILEM BUKIT KEPONG


Filem 'Bukit Kepong' Ikut Fakta Sejarah - Jins Shamsuddin
OLEH NIEZAM ABDULLAH
KUALA LUMPUR: Pengarah filem Bukit Kepong, Tan Sri Dr Jins Shamsuddin menjelaskan penghasilan filem tersebut dilakukan berdasarkan fakta sejarah selepas pihaknya melakukan perbincangan terperinci dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Jins berkata, filem yang menjalani penggambaran pada tahun 1981 itu turut mendapat kerjasama daripada penduduk kampung Bukit Kepong selain temu bual dengan pengganas komunis yang menyerah diri selepas insiden berkenaan.
“Saya membuat skrip filem itu selepas memperoleh input daripada pihak PDRM yang diketuai oleh Ketua Polis Negara pada ketika itu (Tun) Hanif Omar.
"Selain maklumat yang diberikan oleh PDRM, saya turut membuat kajian dengan bertemu penduduk kampung Bukit Kepong termasuklah bekas anggota PKM (Parti Komunis Malaya) bagi mendapat gambaran sebenar mengenai tragedi berkenaan.
“Apa yang disiarkan dalam filem itu adalah fakta dan gambaran sebenar yang diperoleh daripada PDRM serta berdasarkan kepada temu bual saya dengan pihak yang terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai penghasilan filem Bukit Kepong di pejabatnya, di Studio Panca Delima, Jalan Hulu Klang di sini, Isnin.
Kisah Bukit Kepong menjadi hangat apabila Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu mendakwa Mohamad Indera yang terlibat dalam tragedi berdarah tersebut adalah hero sebenar.
Jins Shamsuddin (kanan) memberi penjelasan kepada para pemberita mengenai penghasilan filem 'Bukit Kepong' di pejabatnya, di Jalan Hulu Kelang, Isnin.
Kata Jins, dalam filem berkenaan watak Mohamad Indera ditonjolkan sebagai pihak yang mengetuai serangan ke atas anggota polis Bukit Kepong sehingga menyebabkan berlakunya pertumpahan darah.
Ujarnya, sebelum pembikinan filem itu, keluarga Mohamad Indera ada berjumpanya dan meminta supaya tidak terlalu menonjolkan kejahatan anggota PKM itu menyebabkan beliau terpaksa akur.
“Saya akui semasa penggambaran filem itu hendak dilakukan, keluarga Mohamad Indera ada berjumpa saya secara peribadi dan meluahkan hasrat supaya kejahatan lelaki berkenaan tidak ditonjolkan,” katanya.
Jelasnya lagi, penghasilan filem berkenaan adalah berdasarkan kepada fakta sejarah yang diperoleh selain nasihat PDRM dan bukannya direka sendiri oleh pihaknya untuk tujuan komersial bagi menarik perhatian orang ramai.
Tambahnya lagi, kebenaran filem itu diakui oleh pihak kerajaan dan ahli keluarga anggota-anggota polis Bukit Kepong sendiri sehingga filem berkenaan memperoleh lapan anugerah termasuklah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke tiga (FFM-3) pada tahun 1982.
Katanya lagi, semua pihak tidak wajar mempertikaikan filem tersebut kerana penggambarannya dilakukan selepas pihak PDRM berpuas hati dengan skrip yang dilakukan.
“Tun Hanif turut memberikan saya seorang setiausaha daripada anggota polis sendiri bagi membantu saya menjalankan penyelidikan sehinggalah skrip dan penggambarannya siap dilakukan selepas semua pihak berpuas hati dengan fakta-fakta dalam filem itu,” katanya.
Kos pembikinan filem tersebut menelan belanja RM1.3 juta dan memperoleh kutipan RM1.7 juta selepas tayangan.
Selain Jins yang memegang watak Ketua Polis Balai bernama Sarjan Jamil, ia turut dilakonkan oleh Hussein Abu Hassan, Yusof Haslam, A.Rahim serta Suhaina Yahya.

Related Posts:

  • PERTUNJUKAN BUNGA API DARI KOREA SELATAN Nampak mudah nak capture. Apa pulak susah, nampak jer kat langit, acukan kamera dan shoot lah kan? It's easier said than done! Inilah hasil gambar2 yang berjaya ditangkap oleh Un… Read More
  • UPDATE PENGAJIAN DI MESIRPelajar Tidak Mahu Kembali Ke Mesir Diminta Daftar Dengan KementerianBESUT: Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh meminta pelajar yang tidak mahu kembali ke Mesir bagi menyambung pengajian mereka mendaftar dengan Ma… Read More
  • PENGKEBUMIAN YANG PELIK Bismmilahhirahmannirrahim. Lama Kjee fikir samada untuk menulis atau tidak entry ini. Bagaimanapun, Kjee menyusun jari sepuluh, sekiranya apa yang ditulis ini menyinggung perasaan sesiapa. Nawaitu Kjee hanya untuk ber… Read More
  • KILANG HARAM DI SELAYANG PUNCA SUNGAI TERCEMAR ehsan google KUALA LUMPUR: Anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan bantuan polis dan pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Selangor pada Sabtu menyerbu sebuah kilang haram di Jalan Batu Ar… Read More
  • RUMAH KJEE DAH KURANG NYAMUK DAN LALAT Ini dah hampir2 nak kecut dan hilang 'power'. Boleh tukar yang fresh Mula2 dapat tahu pasal kaedah halau lalat dan nyamuk guna limau nipis dan cengkih, Kjee agak was-was. Dul… Read More

0 comments:

Post a Comment