Thursday, September 15, 2011

PAK MAT TEMPEH!!


Dua hari sebelum Raya Hari , Kjee gelabah cari tempe nak buat lodeh. Banyak kedai dah out of stock. Kjee tak ingat kat mana Unclepali beli. Kemudian apabila ke pasaraya Hero, Nadia kata ada tempe jenama Pak Mat Tempeh!

Hah jenama Pak Mat Tempeh? Kenapa tak beli, kata Kjee. Nadia kata kan Mama dah beli tempe. Buat apa bazir. Aisey blur betullah budak ni. Kan ada klip Pak Mat Tempe dari filem Seniman Bujang Lapuk yang boleh dimuat turun di handfon ataupun youtube! Femes giler klip tu. Tengok 10 kali pun boleh ketawa.

Tadi Kjee pergi pasar Keramat. Hajat nak beli daun selasaih jer. Habis tu makcik yang jual daun selasih tu tanya, tempe tak nak ke? Satu peket RM1. Tiga peket, bagi je lah RM2! Kjee pun ambiklah tiga peket. Dalam kepala belum terfikir nak masak apa. Ah goreng pun sodap!

Dalam kereta Unclepali ternampak peket2 tempe tu. Kemudian dia ambil. Dia kata wah orang buat tempe pun dah pandai bagi jenama. Kjee pandang dan terus ketawa. Unclepali heran.

Balik rumah Kjee bukak youtube dan tunjuk klip video femes Pak Mat Tempe. Tiba2 Unclepali ketawa berdekah2.

Wah cerdik betul Pak Mat Tempeh ni bagi nama komersial kat tempeh keluaran dia. Kjee pasti mesti laku kan? Hehehe. Korang tengoklah klip Pak Mat tempe yang fofular ni.

Related Posts:

  • KORANG DAH SHOPPING RAYA? KJEE BELUM Sana sini jalan sesak kat KL. Ingatkan masa lunch break tak lah ramai orang sebab kalau bulan puasa, ramai yang rela duduk di pejabat daripada berpanas terik di luar. Rupa2nya jalan jam sebab ramai orang perempuan keluar s… Read More
  • TUKAR KERETA DENGAN BURUNG MACAM-MACAM jenis hobi orang, di Kuala Terengganu Seorang peminat burung merpati sanggup menyerahkan kereta Proton Wira bernilai RM20,000 dan menambah wang tunai RM1,000 bagi mendapatkan dua pasang burung merpati eksotik yan… Read More
  • CAMNER NAK TAU DIA TU HAK ORANG?!! Dulu Norman suami orang tau.hehehe..ehsan google Cerita mengenai mereka yang terperangkap setelah bercinta tahap gaban dan akhirnya tahu lelaki itu milik orang, sudah muak Kjee dengar. Dari Kjee muda sampai kubur dah kata … Read More
  • DUGAAN DI BULAN PUASA semua foto ehsan google  Setiap insan terpaksa menempuh pelbagai dugaan ketika bulan Puasa. Tapi Kjee rasa, dugaan paling besar ditempuh oleh kaum ibu. Dugaan ketika memasak. Betul tak? Kalau korang kata tak, Kjee kat… Read More
  • SALE YANG BUKAN SALE! Pernah tak korang, apabila terbaca iklan mengenai jualan murah, terus mengelabah dan jam itu jugak terus siap2 untuk pergi mendapatkannya? Sekarang ini iklan harga runtuh sampai 90% macam perkara biasa. Eh banyak tu babe. … Read More

3 comments:

  1. aah setuju kjee...1st time jumpa jenama pat mat tempeh ni, terus teringat dialog pak sudin pasal pak mat tempe eksiden tu ehehe

    ReplyDelete
  2. As salam Kak Jee.
    Selamat Hari Raya ye..
    Moga Kak Jee sihat..
    Menjenguk jengah dapur Kak Jee.. ketinggalan Oh Oeya ni..

    Cayalah kt pengusaha tempe tu.. moga terus berjaya :)

    ReplyDelete