Sunday, September 11, 2011

BAPA NAK SAMAN FACEBOOK SEBAB GAMBAR LUCAH ANAK


Seorang lelaki memfailkan saman terhadap laman web Facebook selepas anak perempuannya berumur 12 tahun boleh memuatkan gambar lucahnya sendiri di laman web itu, lapor saluran BBC.
Saman itu mempersoalkan sama ada Facebook yang mengharamkan mereka berumur 13 tahun ke bawah menggunakannya, mengambil pendekatan yang mencukupi untuk mengesahkan umur penggunanya.
Peguam lelaki itu, Hilary Carmichael berkata, berdasarkan pandangannya, Facebook tidak sesuai untuk mereka yang berumur 18 tahun ke bawah, tetapi syarikat itu tidak mengambil pendekatan mencukupi untuk menghalang mereka dibawah umur 13 tahun menggunakan laman web tersebut.
‘‘Pemeriksaan umur seperti meminta nombor pasport merupakan pendekatan mudah untuk dilaksanakan oleh Facebook,’’ ujarnya.
Menurut Carmichael, gambar kanak-kanak tersebut sangat lucah di mana kanak-kanak itu berada dalam gaya provokatif selain disolek tebal menjadikannya kelihatan lebih tua daripada 12 tahun.
Kanak-kanak perempuan itu juga dilaporkan memberikan maklumat kediaman dan sekolahnya dalam laman web tersebut.
Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Belfast tersebut mendakwa Facebook cuai.
Ia juga mendakwa laman web yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat (AS), Palo Alto mewujudkan risiko ancaman seksual dan fizikal kepada kanak-kanak perempuan tersebut.
Jika akaun itu tidak dipadamkan oleh Facebook, saman tersebut menyatakan satu aplikasi akan diwujudkan bagi menghalang Facebook beroperasi di Ireland Utara, kata Charmichael dalam laman webnya. - Agensi/agendadaily.com

Related Posts:

  • AMY TERKEJUT NABILA FAIL CERAI! Amy SearchPETALING JAYA: Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy ternyata terkejut dengan keputusan anaknya, Nabila Huda, 27, yang ingin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepa… Read More
  • KLIP BERITA SANA SINI 24 OGOS Memo selamatkan wanita dakwa dikurung suami KLANG 23 Ogos - Tindakan seorang wanita menyelitkan sekeping memo kepada penghantar kuih raya menyelamatkan dirinya daripada terus dikurung di rumah dipercayai oleh suaminya yang c… Read More
  • KLIP BERITA SANA SINI 27 OGOS 2011 TERCAMPAK 10 METRE, LEHER HAMPIR PUTUS Nur Aqilah Noor Ahmad (kiri) dan Azroy Nizam Ramli.Gadis balik beli baju raya jatuh jejambat KUALA LUMPUR: Hasrat seorang gadis berusia 19 tahun memakai baju baru pada Aidilfi… Read More
  • ZIZAN JELAS TUDUHAN BESAR KEPALA Oleh FERIDE HIKMET ATAKKUALA LUMPUR: Pelawak, Zizan (Raja Lawak) menafikan dia mula bersikap besar kepala dan berlagak dengan orang di sekelilingnya termasuklah rakan-rakan rapat.Kata Zizan, dia terkejut apabila sebuah arti… Read More
  • INGATKAH LAGI KEPADA CHOMBI DALAM FILEM IBU MERTUAKU?- mStar- mStar Zaiton ‘Chombi’ Tidak Mahu Keluarga Jadi ArtisOleh SITI AZIRA ABD AZIZGambar Zaiton sewaktu muda.PETALING JAYA: Pelakon veteran Zaiton, 74, yang terkenal dengan gelaran Chombi dalam filem Ibu Mertuaku… Read More

1 comment:

  1. alhamdulillah kak jee dah kembali... jaga kesihatan ye kak jee.. sy doakn kak jee sembuh seperti sediakala.. aminnnn

    ReplyDelete