Friday, September 23, 2011

BIAR KITA MENANGIS SEKARANG!


Kjee suka sangat ayat atau tagline itu...Biar Kita Menangis Sekarang Daripada Menangis Kemudian. Begitu mendalam maknanya. Tapi mungkin tidak ramai tahu maksud yang tersirat dan tersurat.

Kjee seringkali ingatkan Nadia, Kjee tak rela menangis satu hari nanti kalau dari sekarang dia tidak bersiap
sedia melengkapkan diri dengan segala ilmu yang ada, baik untuk dunia mahupun akhirat. Tidak semua anak2 sedar akan apa yang diharapkan ibu bapa.

Kjee telah melalui banyak pengalaman dalam hidup. Sebilangan besarnya Kjee ikut kata hati dan terus mara tanpa memikir risikonya. Namun Kjee bersyukur ke hadrat Allah SWT, hidup Kjee dilindungi dan hari ini Kjee berdiri sebagai seorang insan yang lebih baik daripada dulu. Alhamdullilah.

Tetapi tidak mudah sebenarnya kita hendak sedarkan anak2 kita supaya jangan mengikut jejak langkah kita sebelum ini. Dulu lain, sekarang lain. Dulu mungkin hidup anak2 muda di zaman Kjee tidak seberani anak2 muda zaman ini.

Dulu, yang paling 'jahat' kami lakukan (di zaman itu) adalah suka berparti, suka berdisko. Tidak lebih dari itu. Kjee dan teman2 bagaikan tak puas nak berhibur dengan muzik. Dengan grup semua perempuan pun jadi kalau nak berseronok mendengar muzik dan menari!

Tetapi zaman sekarang mereka sudah melangkah jauh bertapak2 lagi. Dengan adanya pengunaan dadah dan perbuatan maksiat terang2an, hati ibu mana yang tidak bimbang!

Alhamdullilah syukur Kjee, Nadia bukan jenis anak yang suka berlibur tidak tentu arah. Keluar malam hanya dengan mama dan papa. Hobinya cuma dua kalau keluar dengan kawan2...satu, shopping dan dua menonton. Itu Kjee tidak boleh halang. Tapi bukanlah selalu dia shopping. Hanya ketika ada keperluan sebab dia bukannya sudah ada pendapatan sendiri. Tetapi Kjee sukar halang dia pergi menonton sebab itu sahaja cara dia hilangkan stres.

Kata orang cakap siang pandang2, cakap malam dengar2. Kjee tersangatlah takut nak riak mengatakan anak perempuan tunggal Kjee ni baik. Jauh sekali dia baik. Tetapi alhamdullilah dia tidak melakukan perbuatan yang membuatkan Kjee menangis.

Kjee menangis kalau dia degil. Memang Kjee selalu menangis sebab di mata Kjee ada kalanya dia anak yang degil. Tapi rasanya kedegilannya itu tidak sampai pun 10% kedegilan Kjee. Tapi Kjee cukup bangga apabila satu hari dia beritahu Kjee yang arwah aunty dia kata, walaupun Mama degil dan tak dengar kata orang, namun apa sahaja perbuatannya tidak pernah menyusahkan orang lain!

Zaman muda Kjee penuh dengan larangan. Itu tidak boleh buat, ini tak boleh. Silap hari bulan setiap hari kena libas dengan bapak yang garang. Dan Kjee selalu terfikir, kalau aku ada anak nanti, akan aku cuba kaedah lain supaya anak lebih dengar kata.

Percayalah, anak2 sekarang tidak boleh dikasari macam apa yang pernah kita lalui. Langkah mereka kini lebih panjang. So gunakan pendekatan yang lebih lembut dan penuh emosi.

Bukan senang besarkan anak seorang diri. Kita mengajar dia tanpa bantuan orang lain tetapi dia menjawab hasil bertukar2 fikiran dengan rakan2nya. Jadi, siapa yang akan menang dalam kes seperti ini?

Jadi gunakan taktik emo. Kjee seringkali menangis ketika menasihati Nadia. Dan Kjee rasa kaedah ini amat berkesan.

So, Kjee sarankan dalam kita mendidik anak2, biarlah kita menangis sekarang daripada menangis setelah mereka terpesong jauh! Renung2kanlah.

semua gambar ehsan cik google

7 comments:

ieda said...

bukan senang nak mendidik anak kan kjee.tambah lak dengan kemajuan dunia sekarang ni. budak2 kecil pun dah pandai itu ini.kita sbg ibu bapa la yg mencorak langkah anak pd ms depan

Anonymous said...

salam kak jie .. orgtua dulu2 mendidik ank mengunakan pendekatan secara rotan dan leteran yg kdgkala begitu menghiriskan perasaan .Kesannya maseh lekat sehingga ke hari ini .Kdg2 rasa jauh hati sgt ...

Kjee said...

kjee mangsa dera paling dasyat! syukur alhamdullilah Kjee dah tak phobia atau trauma lagi. Belum pernah rotan singgah di badan Nadia!!

Ijahans said...

kak jee...

setiap ibu pasti akan menangis setiap kali marahkan anak2 kan. Kalau ija marah anak2, ija yg nangis dulu...
dan dalam menasihati anak2.. ija suak story telling pasal zaman susah kita... pasal sayang kita ngan mak kita... so tht dia lebih menghargai kasih keluarga dr kasih syg dr org luar....

Mrs. Mazlan said...

risau jadi ibu bapa zaman skrg ni..
terlalu byk pendedahan..
semua dihujung jari je..

umie mia said...

trima kasih atas info ini.. ank sy baru 2 thn lebih dan dengan keadaan sekeliling skang ni mmg membimbangkan lagi2 anak sy anak perempuan.. rasannya memang mencabar menjadi ibu pada zaman ini.. semoga saya dan para ibu diluar sana mempunyai kekuatan dalam membimbing anak2 agar berjaya dunia dan akhirat.

irfa said...

saya cukup terdera masa kecik (kena rotan dgn ranting kayu/kena bebel jgn citer la) tapi sy bersyukur menjadi 'orang' kini..lagipun masa tu xde peluang nak lari kemana.tapi budak2 sekarang banyak peluang..ada hp,ada fb..kita kena menarik benang dalam tepung.terangkan apa yg betul apa yg salah..kalau saya sama la ngan kak jee..airmata jadi teman ler :-)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...