Wednesday, September 14, 2011

BICARA NAFKAH ANAK AC MIZAL


'Nafkah RM1,600 Sebulan Tak Cukup' - Bekas Mertua A.C Mizal
KAJANG: Bekas ibu mertua kepada pelakon, A.C Mizal mendakwa, wang berjumlah RM1,600 sebagai nafkah bulanan untuk seorang anak remaja adalah tidak mencukupi meskipun mengakui jumlah tersebut menyamai gaji permulaan seorang lulusan ijazah dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Rapiah Ab Talib, 62, berkata demikian di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa, apabila memberi keterangan selaku saksi kedua dalam permohonan yang difailkan oleh anaknya, Shafnie Zainudin terhadap pelakon dan pengacara berkenaan.
Shafnie, 36, memohon untuk menaikkan jumlah nafkah dua anaknya yang diperoleh hasil perkongsian hidup dengan A.C Mizal yang berjumlah RM300 menjadi RM3,770 sebulan selain menuntut RM9,000 sebagai perbelanjaan tahunan.
Bekas model itu berkahwin dengan A.C Mizal pada 24 Jun 1995 sebelum berpisah pada 17 Oktober 2001 dan dikurniakan anak, Muhammad Shafiq Iman, 15, dan Muhammad Shabil Iman, 12 tahun.
Apabila dirujuk dengan dokumen perjanjian bertarikh 22 Disember 2004 antara Shafnie dan A.C Mizal, saksi bersetuju bahawa A.C selaku bapa hanya perlu membantu perbelanjaan sekolah anak di sekolah penuh bantuan kerajaan sahaja.
Jika anak tersebut dihantar ke sekolah swasta, A.C Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, bersetuju untuk membantu mengikut kadar kemampuannya.
Justeru itu, apabila ditanya mengapa Muhammad Shafiq Iman dihantar ke sekolah swasta Al-Amin di Bangi, dekat sini, Rapiah menjawab:
"Sekolah swasta itu sekolah agama. Kami mementingkan dunia dan akhirat."
Tambah Rapiah, antara subjek yang diajar di sekolah itu adalah mata pelajaran berkaitan syariah, sirah dan Bahasa Arab.
Saksi yang merupakan seorang pesara juga tidak bersetuju dengan cadangan Siti Aishah bahawa bayaran pembantu rumah yang diminta oleh Shafnie bukanlah sesuatu perbelanjaan yang wajib.
Katanya, pembantu rumah itu ditugaskan untuk menjaga, menggosokkan baju dan memasak untuk anak-anak tersebut kerana dirinya tidak sihat manakala Shafnie bekerja di Shah Alam, dekat sini dan ada kalanya akan pulang pada waktu malam serta banyak bekerja pada hujung minggu.
Siti Aishah: Menggosok baju dan memasak adalah tanggungjawab seorang ibu. Saya katakan sebab plaintif sibuk dengan kerja, maka dia telah mengabaikan tugasnya. Maka, dia yang perlu membayar pembantu rumah?
Rapiah: Tidak setuju.
Seterusnya, Rapiah memberitahu bahawa bayaran percutian adalah satu keperluan setelah penat mengulang-kaji pelajaran, tetapi bersetuju bahawa anak-anak tersebut tidak akan 'mati' sekiranya tidak dibawa bercuti.
Siti Aishah: Adakah defendan (A.C Mizal) perlu membayar kos percutian?
Rapiah: Ya, kerana yang bercuti adalah anak-anaknya.
Siti Aishah: Adakah kos termasuk juga dengan perbelanjaan plaintif semasa bercuti?
Rapiah: Habis, tak akan plaintif tidak ikut? Hanya anak-anak sahaja?
Siti Aishah: Seronoklah begitu, semua orang hendak bercerai. Pergi bercuti bekas suami yang bayar.
Komen spontan yang diajukan oleh peguam syarie terbabit ditegur oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah yang mengingatkannya untuk hanya bertanyakan perkara-perkara yang perlu.
Mengenai keterangan Rapiah yang mengatakan A.C Mizal mampu untuk memakai kereta mewah, dia mengakui bahawa perkara itu hanya diketahui daripada surat khabar dan majalah yang tidak menyatakan harga sebenar dan cara pembelian kereta terbabit sama ada dibuat secara tunai atau pinjaman.
Dia juga mengakui bahawa hanya mengetahui mengenai lakonan A.C Mizal di televisyen apabila diberitahu oleh anak-anak tersebut menyebabkan saksi tidak dapat memastikan jika pelakon itu memegang watak utama atau watak sambilan.
"Saya hanya nampak lakonan di televisyen sekilas. Saya tak tengok kerana tak berminat," tambahnya.
Rapiah juga menafikan bahawa Shafnie pernah berkata bahawa dia tidak mahu menerima wang dari A.C Mizal kerana beranggapan wang daripada hasil lakonan adalah haram.
Sepanjang Rapiah memberi keterangan, Shafnie yang duduk bersebelahan peguam syarie, Abdul Haziq Izzat dilihat beberapa kali mengesat air mata memandang ke arah ibunya.
Perbicaraan bersambung pada 21 November depan untuk membolehkan Rapiah disoal semula oleh peguam syarie Shafnie. - mStar

9 comments:

Madam Casper said...

RM 300 untuk 2 org anak? Lekat celah gg jer byk tu dgn keadaan dunia sekarang ni. Alahai AC...jgn la berkira dgn anak sendiri rezeki yg dapat mencurah tu pun ada bahagian anak juga. Teringat lagi masa dia mengacara AF ..dia keluarkan statement yg anak dia 2 jer (refer to anak dia dgn Emylia) x terfikir ker apa perasaan anak dia yg lain?

'idun sa'idun said...

Kdg2 manusia ni bila dah senang, boleh 'terlupa' dgn tanggungjawab.. Peringatan utk kita semua.. segala harta, kesenangan, kesihatan yg baik dan usia kita ini adalah pinjaman daripadaNYA... Bila2 masa saja boleh diambil semula..

ummiarissa said...

waktu sayang ditimang-timang,dah benci dibuang-buang...

Ezza said...

Dari dulu sampai sekarang masih tak habis2 cerita dan kes mahkamah AC ni...

Tak kesian ke dengan anak anak yang dah remaja tu..asyik mendengar mak dan ayah nya asik bertekak tak sudah sudah...

Di sini saya sangat marah pada AC Mizal dan Janda nya...sudah sudah lah...muka dah semakin tua..tapi masih berkeras dalam hal anak anak...

Kita pun tak tau apa yang buat si AC ni jadi keras hati dan Janda nya asyik sakit hati....
Mereka saja yang tau...

jeragang said...

selepas bertahun2 tunggu itulah keputusan nya.... tu sebab sahabat jeragang hilang kepercayaan sistem pentadbiran keadilam islam yang kita ada.... kengkadang katanya macam persenda ugama wallahualam

Anonymous said...

lumrah lelaki sememangnya suka menyiksa pasangan bila berlaku perceraian. mereka rasa puas berbuat demikian tanpa mengira perasaan anak2. di dunia mungkin dia boleh lepas tapi di akhirat kelak,azab pasti menanti.lizabassam

Anonymous said...

hai AC...kata kaya sangat..ank gn emilia siap boleh tacap bilik air jd mewah...anak bini pertama..dibia cm 2 jer...???egat la....anak bini pertama 2 pn kurniaan ALLAH jgk...anak 2 pn lelaki...igat2 la...tangjawab kat anak2 tue..

Anonymous said...

Sape suh minx cerai...bg je kawen,i rse ac mizal nie bkn xnk bg tp khuatir duit tu bekas isteri yang sakan berjoli...anak2 ac mizal jge bio dye taw susah jge anak,nie anak owg pmpn nk bolot sorg,tkot kasih syg ank berubah kot,suami pn nk bolot sorg,duit pn nk bolon sorang,hakikatnye pmpn nie mmg sush nk berkongsi xkire dr segi ape pn...sori klo ad y mrh.

Anonymous said...

tak usah menuduh sebelah pihak sahaja. mesti ada sebab kenapa bekas suami tidak mahu membayar jumlah yang dituntut. saya pernah melihat situasi di mana si ibu menuntut nafkah hampir RM 2000 sebulan untuk si anak. Di dalam senarai tuntutan ada berbagai keperluan si anak. Apabila mahkamah memutuskan agar nafkah yang harus dibayar adalah separuh daripada jumlah dituntut. Namun demikian, bekas suami terkejut setiap kali berjumpa dengan anak, keadaan anak tidak menyenang. selain susut berat badan si anak juga berpakaian lusuh. Apabila ditanyakan kepada si anak... si anak menyatakan si ibu hanya menyediakan nasi putih dengan sayur sawi goreng sahaja setiap hari. (sedih bukan?).. Rupa-rupanya duit nafkah yang diterima daripada bekas suami digunakan untuk keperluan dirinya sendiri.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...