Monday, September 26, 2011

CIK TNB PULAK CALL!


Tengah menjahit tadi, dapat call dari TNB. Terkejut jugak. Mana dia tahu nombor handfon Kjee. Rupa2nya dia dapat dari 'adik2' Kjee yang kerja TNB Taman Melawati. Mereka pelanggan tetap masa Kjee meniaga dulu.

Pegawai yang enggan Kjee tulis nama dia (Cik TNB) call nak tanya samada ada budak2 TNB datang tukar meter yang dah senget Sabtu lepas. Baca sini.

Kjee pun tanyalah pasal masalah sebulan bil yang dibaca meter dan sebulan lagi bil anggaran.

Cik TNB tu kata, itu adalah atas arahan Kerajaan. Dan sudah diguna pakai dibanyak negara. Di Malaysia, ia sedang diselaraskan berperingkat2. Maknanya masih dalam peringkat awal.

Cik TNB tu explain macam2lah mengenai kaedah tu yang Kjee tak berapa nak faham. Tapi dia kata, TNB tak buat anggaran hentam keromo jer. Dia orang teliti bil selama 6 bulan. Kemudian sistemnya yang tentukan berapa anggaran kegunaan yang harus dibilkan. Macam tulah sikit lebih kurang.

Menurut Cik TNB lagi, mula2 memanglah kita kekok dan terkejut tapi lama kelamaan okaylah. Dan kalau ada sesapa yang ada masalah bolehlah pergi sendiri ke pejabat TNB berdekatan tempat anda untuk kepastian.

Okay. Kjee dah faham sekarang. Tetiba kecut lak perut tau. Yalah bulan ni tak payah bayar sebab ada minus M69.10. Buatnya bulan depan bil baru datang kena bayar berkali2 ganda sebab meter baru, tak ke nahas!!

1 comments:

sharifah rosidah said...

Walaupun tak faham, buat2 faham je lah jee, aku dah fed up dah malas nak Tanya tnb lagi.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...