Tuesday, September 27, 2011

DALAM RUMAH ALLAH PUN KENA HATI2

Isyhh Isyhh Isyhh..rupa2nya tiada tempat yang selamat di muka bumi ini. Di rumah Allah (Mesjid) pun ada manusia yang sanggup buat aniaya kepada mereka yang sedang solat.

Kjee pernah banyak kali baca berita yang duit dalam tabung mesjid 'kena pancing', orang hilang selipar atau kasut. Tetapi apabila Kjee menjengah ke blog Mazidul Akmal Sidek tadi (tak boleh link sebab blog MAS sekarang ni tengah masalah), Kjee terbaca Kisah teman sekerja beliau, Teh yang begnya dilarikan 'mat lembut' ketika dia tengah solat.



Membuat Laporan Polis Bertelekung

"Seminggu sebelum puasa, Teh singgah sembahyang Maghrib di Masjid Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur. Masa itu ada satu saf sahaja, Teh di hujung kanan. Waktu sujud terakhir, tiba-tiba ternampak kelibat orang mengambil dua beg Teh di sebelah kanan kepala bila kita sujud," ujar Teh.

Teh Syuhada Sarip pernah bertugas bersama saya menjayakan program 360 suatu ketika dahulu. Kini Teh pengacara rancangan bual bicara, Wanita Hari Ini, WHI.



"Selepas sembahyang Teh tengok memang beg sudah hilang. Dalam beg itu ada duahandphone, kunci kereta dan duit sikit. Bayangkan, Teh bertelekung, mengelabah, ish! mana beg aku? Hendak menelefon tidak boleh sebab sudah kena curi, start kereta pun tidak boleh juga sebab kunci hilang. Teh duduk di tangga masjid, tidak tahu hendak buat apa. Nasib baik, berkebetulan kawan Teh datang dan tanya, Teh! Engkau buat apa di sini?," jelasnya.

Kenalannya itu kemudian membawa Teh ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk membuat laporan.

"Abang bayangkan, Teh pergi membuat repot polis pakai telekung!," katanya.

Selesai membuat laporan polis, dia kemudian kembali ke masjid sama.

"Waktu itu ada pengawal keselamatan tetapi orang tua. Pak cik itu tunjukkan kepada Teh rakaman CCTV. Boleh nampak semua pergerakan suspek. Mula-mula dia cuba mengait duit dari dalam tabung masjid, lebih kurang lima belas minit kemudian, jelas dalam rakaman CCTV, dia menjengkit kaki, berjalan dari belakang saf. Bila dia agak jemaah semua hendak sujud, cepat cepat dia mengambil kedua dua beg Teh," terangnya.

"Berapa umur suspek, lebih kurang?," soal saya.

"Teh jangka dia dalam 17 tahun, kurus. Dia memakai baju dan jeans hitam dengan cap. Teh rasa dia itu macam auw! sikit sebab lepas mengambil beg itu dia berjalan dengan dua tangan dia terangkat ke atas," ujarnya sambil menggayakan pergerakan suspek.

"Guard kenal ke suspek?," tanya saya.

"Katanya mungkin budak-budak tinggal dekat kawasan itu. Beg Teh dia campakkan dekat kawasan kantin masjid," balasnya.

Berdasarkan rakaman CCTV, saya percaya pihak polis mampu menjalankan siasatan sehingga suspek berjaya diberkas.


Jika sukar, serahkan rakaman itu kepada saya untuk dipaparkan di blog ini.

1 comments:

MPP said...

Dalam masjid pun dorang mencuri.. Harami betul!! Kalau dapat.., wajib kita cabut semua kuku si pencuri tu dengan playar..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...