Sunday, September 25, 2011

DEMAM, BATUK, SAKIT GIGI DAN ULAR TEDUNG

NAK KENA CABUT KER? - semua gamabr Google punya!


Tu dia!! Macam2 cerita kan? Bab demam dan batuk dah masuk hari ke-4. Nak kata tak ada perubahan adalah2 sikit especially bab batuk yang dah mula berkurangan. Begitu juga dengan demam. Alhamdullilah.

Tapi dah dua hari gigi pulak sakit. Gigi gusi sebelah kanan Kjee semua dah lama cabut. Sekarang harapkan yang sebelah kiri jer. Tiba2 dua hari lepas rasa semacam. Kjee periksa2 juga kalau ada lubang. Tak ada. Hmm gusi bengkak kot, Kjee pujuk2 hati ini. Kalau boleh tak nak cabut. Habis kalau dah cabut, camner nak makan?

So balik kampung, Kjee makan ala kadar jer. Telan jer apa yang boleh telan. Kekadang kalau demam pun gusi boleh bengkak kan? Betul ker? Harap2 betullah.

Tapi esok lusa kena jumpa Dr Mior yang cute kat klinik dia kat Keramat Permai. Nak mintak dia tolong selamatkan gigi Kjee ni. Hmmm kenapalah ramai doktor gigi lelaki yang Kjee jumpa semua cute cute. Agaknya itu salah satu kriteria nak jadi doktor gigi. Mesti cute supaya kurang sikit sakit bila tengah nganga mulut bila doktor nak bius gusi kita sebelum cabut. Hehehe,

Kami keluar meninggalkan Kampung Ulu Jempul kira2 pukul 2.30 petang tadi. Tak berani balik lambat2 sebab selalunya, kalau petang Ahad, jalan jem.

Sebaik sahaja Unclepali drive keluar dari Kampung UJ, Kjee cepat2 gogok ubat batuk supaya tidur sepanjang jalan. Unclepali memang suka Kjee tidur kalau dalam kereta sebab dia boleh pecut dan buat drift (drift? giller kerrr). Kalau tak tidur, Kjee asyik pot pet pot pet.

ULAR TEDUNG
Sebaik sahaja Kjee recline seat nak tidur teteiba Nadia menjerit. Ular!!!! Kjee terus pandang depan..mana...mana?

Unclepali slow down. Ular tedung agaknya sepanjang tiga kaki tengah duduk tengah2 jalan sambil kembangkan kepalanya. Sebijiklah macam tengok kat dokumentari TV, National Geographic!! Nak amik gambar tak sempat sebab ada kereta lalu lalang kat situ.

Eh, kata Unclepali. Dia yang bingai pergi tengah jalan nak marah2 pulak. Ular tedung kalau marah dia mesti kembangkan kepalanya.

Dalam hati Kjee mula berdetik. Petanda tak baik kalau jumpa ular ker? Especially kalau kita dalam perjalanan jauh nak balik. Kjee terus baca segala doa yang Kjee tahu dan ingatkan Nadia dan Unclepali supaya sama2 berdoa.

Beberapa bulan lalu, semasa bawak Mak Mertua dan kakak ipar Kjee ke Beranang, seekor biawak melintas depan kereta kami. Itu kata MIL, petanda hajat tak kesampaian. Memang betul, kami pergi sana, tapi tuan rumah tak ada. Hajat tak kesampaianlah tu.

BIAWAK
So nampak ular tanda apa pulak? Isyhhh Isyhhh Isyhhh risau sungguh tadi.

Apapun, alhamdullilah kami bertiga selamat sampai KL 2½ jam kemudian. Sampai rumah Kjee pun call mak mertua tanya apa petanda nampak ular tengah jalan.

"Tak dak apa2 aihhh. Ulaq tu memang saja kot nak lintas jalan," kata Mak Siti. Hmmm saspen jer kan? Hehehe.

3 comments:

  1. eeee...
    geli la kalu dengar citer sal ular ni Kjee...

    Sch@ pun pernah sekali
    balik dr umah nenek ...
    ular sawa melintas ...
    tau-tau lah kan ular sawa kalu berjalartu ... melenggang lenggukkkkkk aje
    ikutkan ati nak gelek je ..
    tapi mak suh benti smpai dia abis melintas ... takut kalu-kalu dia membelit dlm injin lak nnt .. terbw balik umah lah jwbnyer kan ..

    alhamdulillah tiada apa yg berlaku ...

    ReplyDelete
  2. Kat kawasan rumah aku ni ular sawa bersize budak umur 2 tahun puun Ada, sebab tu pintu rumah sentiasa tertutup, takut.

    ReplyDelete
  3. sama la kita kak jee. saya pun baru baik dari sakit gigi. gigi masih elok lagi cuma urat2 dlm tu dah kena infection. bila kena air jer ngilu sesangat. 5 hari lepas dah g jmpa doktor. mula2 cakap kat doktor suh cabut je. tp doktor advice suh try root treatment. urat kat dlm gusi tu dia matikan. sib baik kena injek penat so takder la rasa apa2.

    nanti after 1 bulan doktor nak jmpa lagi nak tengok apa perkembangan gigi tu. kalo tak sakit ertinya gigi tu bole dselamatkan lagi. kalau masih sakit gak alamat kena cabut jugak la jawapnya hehe. cuma kalo buat root treatment ni gigi akan jd menghitam sedikit sebab dah takder darah mengalir kat situ :)

    ReplyDelete