Monday, September 26, 2011

HARGAILAH NYAWA. JANGAN BERGELUT DENGAN PERAGUT!

ehsan cik google
Kes ragut masih berleluasa di mana2 tak kira bandar besar mahupun di pekan2 kecik. Setiap kali Kjee nampak kaum wanita jalan sambil melenggang dengan beg tangan dikepitkan di celah ketiak, Kjee selalu seram. Kalau kena ragut, pasti dia terkejut dan cuba berpaut pada begnya.

Dan apabila dia cuba berpaut dan menjerit, peragut akan menjadi ganas dan desperate (terdesak). Nauzubillah, kita tak tahu apa akan dilakukannya. Kawan Nadia pernah dikelar tangannya sebab hendak menyelamatkan beg tangannya yang hanya ada RM30!!

Kjee belum pernah tengok adegan ragut meragut. Cuma ada dua atau tiga kali, Kjee sampai di satu2 lokasi itu dan ternampak mangsa (semestinya wanita) sudah meraung. Dah tak boleh nak buat apa sebab peragut dah cabut lari.

Sejak tersebar luas kes ragut, Kjee dah tak guna beg tangan. Kjee hanya bawak beg duit. Dan ada kalanya tak bawak langsung sebab suruh Unclepali atau Nadia bawak.

Kjee seringkali nasihatkan Nadia, senadainya nasib tak baik dan kena ragut, lepaskan saja beg ataupun handfon. Jangana pandai2 cuba nak melawan. Nyawa tak boleh ditukar ganti. Hari ni Kjee baca satu berita mengenai seorang wanita berusia 52 tahun di Johor baru yang berani sangat2.

Dia sanggup mengejar saspek yang meragut begnya. Dulu pun dia pernah kejar dan berjaya menangkap saspek. tetapi berapa ramaikah yang berjaya? Ada yang meninggal dunia kerana berlanggar dalam adegan kejar mengejar. Usahlah pentingkan harta dunia. Nyawa tiada nilainya.

BERNAMA MELAPORKAN:

JOHOR BHARU: Seorang wanita bertindak nekad mengejar dan menendang motosikal seorang lelaki yang meragut beg tangan miliknya di Jalan Maju, Taman Pelangi, di sini hari ini. 

Dalam kejadian 4.15 petang itu, Cindy Tan, 52, yang bekerja sebagai jurujual sedang dalam perjalanan ke sebuah kedai percetakan untuk menempah kad perniagaan dengan menaiki skuter Yamaha Ego.

Dia dihampiri sebuah motosikal Kawasaki KR-150 dari arah belakang sebelum lelaki berkenaan bertindak meragut beg tangan yang diletakkan di tempat letak kaki skuternya.
"Saya terus kejar lelaki itu dan langgar motosikal dia dari belakang, menyebabkan kami berdua jatuh. 

"Lepas itu saya terus bangun dan ambil beg tangan saya lalu lari ke dalam restoran untuk mendapatkan bantuan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. 

Lelaki tersebut tidak dapat melarikan diri kerana kakinya dihempap motosikal dan orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap dan menyerahkannya kepada anggota polis peronda. 

Cindy yang cedera pada tangan kiri dan kanan serta kakinya berkata itu kali kedua beliau diragut, di mana kali pertama dia diragut di Taman Megah Ria, Seri Alam pada 2005. 
"Peragut berkenaan sudah ditangkap dan sudah dijatuhi hukuman oleh mahkamah," katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, berkata semakan awal mendapati saspek tiada rekod kesalahan lampau. 

"Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun dan mendatangkan kecederaan," katanya. - BERNAMA 

2 comments:

jeragang said...

angkat ibu jari laaa pada cindy... kalu sema orang bole bertindak menegakkan kebenaran pasti peragut akan pupus

opocot said...

Saya pon macam Kjee, tidak membawa henbeg dah. Stiap kali kluar pakai seluar berpoket. Kunci kereta, duit, henfon dalam poket. Biar tak feminine janji selamatttt

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...