Monday, September 26, 2011

HASIL USAHA MY MY FAV SIS IN LAW, PARIDAH ISHAK






Sebak Kjee apabila balik ke kampung kelmarin dan singgah ke rumah kakak ipar Kjee yang hanya sepelaung je dari rumah mak mertua. Mulanya Kjee tak nak lah singgah rumah beliau sebab tak berapa sihat. So Kjee suruh Unclepali pergi jemput kakak dia datang ke rumah mak mertua.

Selepas makan, Kak Paridah yang Kjee panggil kak Pidah ajak ke rumah dia tengok orkid. Bersinar2 mata dia apabila bercerita pasal orkid. Daripada suaranya yang putus2, dia kata lawa, mai lah tengok.

Kjee tahu betapa pentingnya pohon2 orkid ini dalam hidup kak Pidah. Beliau seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) setelah terbabit dalam kemalangan jalanraya lebih 23 tahun lalu. Tetapi kegigihannya meneruskan hidup amat Kjee sanjung. Sepatutnya anak2nya calon beliau untuk Anugerah Ibu Mithali.






Kjee ke rumah kak Pidah untuk melihat orkid2nya. Kak Pidah ni memang pantang tengok nurseri bunga. Apabila berkunjung ke rumah anaknya di Kuala Lumpur, kalau tak singgak beli orkid sebelum balik kampung, boleh naik angin dia.

Apabila Kjee turun kereta, terkejut Kjee tengok bunga2 orkid dia yang sedang blooming!! Semua orkid yang ditanamnya berbunga serentak. Bukan sahaja warna2nya nampak menarik tetapi kebanyakkannya belum pernah Kjee tengok! Cantik dan segar!!

Kak Pidah uruskan pemeliharaan orkid ini sendirian. Dibelai, dibaja dan disiram mengikut jadual! Jeles Kjee tengok tetapi Kjee memang tidak ada kesabaran seperti Kak Pidah!

Sambil Kjee sibuk amik gambar, Nadia jadi wartawan pencen. Sibuk tanya mak Long dia. Banyak ke duit Mak Long habiskan untuk orkid ini? Tanya Nadia. Adalah dalam tiga empat ratus ringgit, katanya dalam suara yang putus2 dan sukar difahami. Apa? celah Kjee. Tiga empat ratus? Mau dah beribu habisnya sambil disambut tawa hilai Kak Pidah.

Senang2, korang intailah blog dia ye. Klik sini


5 comments:

  1. terimakasih banyak jee. terharu sekali membaca catatan jee di dalam blog istimewa ini. biasalah jee OKU perlukan aktiviti yg menyenangkan n menggembirakan hatinya sebagai pelarian kpd masalah yg menggeluti hidupnya. kakpidah sukakan orkid sebagai terapi minda justeru rupanya yg berpancawarna...

    ReplyDelete
  2. susah nak cari seorang ibu setabah Kak Pidah. Patut jadi SUPERMOM!!

    ReplyDelete
  3. aduhhh...berderau saya baca n3 kak jee nih... cantik2 orkid tu

    ReplyDelete
  4. Salam jee, lama tak menjenguk blog kau, akhir2 ini selalu tak sempat nak baca blog sebab asyik ikut sy kehulu kehilir. Cantik betul orkid2 kak Pidah, Berkenan sangat2. Tahniah kepada kak Pidah.

    ReplyDelete
  5. teringat kt arwah abah; dia suka sgt orkid..kemana2 dia pegi mesti dapat pokok baru...habis tunggul kayu mati dijadikannya tiang utk pakukan sabut utk sidaikan pokok orkid dia...sejak dia meninggal, pokok2 koleksi dia pun tak brape mau dah nak hidup..rindu tuannya kut ;(

    ReplyDelete