Monday, September 26, 2011

JANGANLAH KAU MENYERANG LAGI!!


berkesan untuk sakit gusi
Kjee hanya mengenali macam mana dasyatnya sakit di usia yang agak lanjut. Masa kecik2 Kjee tak pernah sakit gigi. Mungkin betul ada orang tu bagitau yang gigi Kjee jenis kuning sebab itu kuat dan tidak mudah rosak.

Gigi kuning? Yalah gigi Kjee kecik2 lagi dah kuning macam orang2 yang hisap rokok berpuluh2 tahun! Tapi warna kuning jer bukan kotor tau! Arwah bapak punyalah marah, sebab ingatkan Kjee malas nak gosok gigi (masak kecik). Macam2 dia paksa Kjee buat.

Pernah dia paksa Kjee tenyeh gigi Kjee dengan serbuk putih yang orang guna untuk sental periuk. Ntah apa namanya Kjee dah lupa. Serbuk tu ada clorox agaknya. Habis kebas2 bibir Kjee. Kesian kan? (BARU TERINGAT, SERBUK PUTIH TU JENAMA VIM)

Tak cukup dengan itu, dia belikan serbuk gosok gigi yang digunakan oleh orang India. Tak jugak putih!

Akhirnya, bapak give up apabila ada seorang doktor gigi (kalau tak silap Kjee) kata gigi Kjee jenis kuning. Tulang Kjee species kuning kot hehehe. (Jangan otak kuning ye..hehehe) Dan gigi warna asli kuning memang tahan lama!

Betul agaknya. Kjee hanya mula cabut gigi selepas usia 45 tahun! Believe it or not! Doktor gigi pun heran sebab di usia macam tu semua gigi Kjee masih penuh.

And then selepas usia 45 tahun, satu demi satu gigi Kjee mula reput agaknya. Pernah satu ketika tu Kjee terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat kerana sakit gigi. Unclepali bawak Kjee pergi jumpa dentist kat Keramat Permai. Cutenya Dr Mior tu. Hehehe.

Masa menunggu nak masuk bilik doktor, ada seorang budak kecik tengah main2 berhampiran. Punyalah Kjee tak boleh control sakit sampai Kjee jerit budak tu suruh diam! Terkejut budak tu. Kemudian selepas Kjee keluar bilik doktor selepas cabut gigi, budak tu menyorok takut kena marah lagi! Kesian dia.

Ini pun elok jugak guna

Sekarang habis gigi2 gaham Kjee di sebelah kanan dicabut. Kena makan guna gigi sebelah kiri. Apabila dua hari lepas salah satu daripada gigi gaham sebelah kiri berdenyut, Kjee risau. Habislah aku. Dah tak boleh makan makanan sedap2 dan keras lagi!

Bangun tidur pagi tadi, Kjee perasan gusi Kjee yang bengkak rupa2nya. Malam tadi sebelum tidur, Kjee dah kumur2 listerine. Tadi Unclepali singgah farmasi beli ubat gigi Pyodontyl yang memang elok untuk sakit gusi atau gusi sensitif. Kjee juga guna ubat gigi Sensodyn untuk gigi sensitif.

Susah nak cari Pyodontyl ni. Hanya di farmasi terpilih. Taklah mahal sangat. lebih kurang RM10. Tapi berbaloi sebab sekejap aje nanti boleh baik.

1 comment:

  1. Minggu lepas aku pun pergi jumpa dentist, Pasang Gigi kekal malas dah nak pakai Gigi Palsu leceh.

    ReplyDelete