Saturday, September 17, 2011

KAHWIN BOLEH MODEN TAPI MENGANDUNG DAN DALAM PANTANG....



Itulah pesan arwah bonda yang Kjee pegang hingga ke hari ini. Di usia ini Kjee dah tak fikir lagi pasal nak mengandung dan melahirkan. Tetapi apabila ada saudara mara ataupun kawan2 yang mengandung, Kjee tak pernah lupa mengingatkan mereka supaya patuh segala pantang larang mengandung dan selepas bersalin.

Arwah bonda selalu pesan kalau nak kahwin, buatlah semoden mana yang kamu mahu. Tetapi semasa mengandung dan ketika dalam pantang, jangan sesekali lupa pesanan orang tua.

Walaupun Kjee taklah bertungku dan bertangas selepas bersalin, namun Kjee tetap makan jamu dan buat apa sahaja yang dinasihatkan bonda. Mengurut selepas bersalin itu juga amat penting untuk keluarkan angin dalam badan, repair urat2 yang bengkak dan putus dan untuk kembalikan rahim yang sudah kembang dan bengkak ke asalnya.
Tungku cara moden

Kjee pernah dua kali bermasalah ketika mengandung. Kali pertama, kandungan Kjee yang berusia hampir dua bulan, di luar rahim. Terpaksa menjalani pembedahan mengeluarkannya. Kemudian Kjee pernah kematian anak dalam kandungan ketika dia berusia 8½ bulan. Kata doktor kalau dua minggu lagi, mungkin dapat diselamatkan.

Namun yang membuatkan Kjee redha dan pasrah ialah apabila mengetahui seandainya baby itu (Kjee namakan Siti Fatimah kerana dilahirkan cukup sifat) hidup, pasti kehidupan yang dilaluinya tidak akan seindah mana kerana jantungnya berlubang. Pasti Allah SWT lebih mengetahui dan tidak mahu Siti Fatimah melalui kehidupan yang tidak selesa dan mungkin menyakitkan. Wallahualam.

Anyway, apabila Kjee kehilangan anak di usia 8½ bulan, Kjee seringkali nasihatkan kengkawan supaya jangan fikir usia kandungan yang baru memasuki tiga bulan pertama harus dijaga dengan betul. Sepatutnya, seorang bakal ibu harus menjaga kesihatannya sepanjang 9 bulan dia mengandung.

Kjee orang Jawa. Dan orang Jawa kebanyakkannya mempunyai banyak pantang larang ketika mengandung dan selepas melahirkan. Kjee bukannya tak nak ikut semua pantang larang arwah bonda dan juga ibu mertua yang juga orang Jawa tetapi kekadang Kjee merasakan ia tidak praktikal terumata sekali apabila membabitkan ibu yang bekerja tak tentu shif. Ketika itu Kjee jadi wartawan.

Bahan2 tungku secaraa tradisional
Ketika Kjee mengandungkan anak sulung Kjee (abang kepada Nadia) setelah kehilangan anak pertama di luar rahim, arwah bonda cukup risau melihat Kjee yang lasak ke sana kemari menjalankan tugas sebagai wartawan. Ketika Kjee mengandung kira-kira empat bulan, Kjee telah pergi ke Genting Highlands untuk membuat liputan helikopter melanggar bukit dan semua penumpanngnya mati dalam nahas itu.

Kjee menyaksikan ketika setiap mayat yang hancur berkecai dibawa keluar dari helikopter yang hancur kerana melanggar bukit. Balik rumah, Kjee bagitau arwah Bonda apa yang Kjee lihat di sana. Punyalah Bonda bising marahkan Kjee sebab membuat tugasan itu. Bonda punyalah takut. Beliau buat solat hajat agar kandungan Kjee selamat.

Dan apabila Kjee sakit untuk melahirkan, Bonda duduk di luar bilik bersalin. Sebaik sahaja selamat Kjee melahirkan abang Nadia, Bonda terus periksa seluruh tubuh cucu dia. Siap kira jari tangan dan kaki. Hehehe.

Sebab itu, kalau sedang mengandung, jauhilah terkejut melihat benda yang pelik, wajah yang menakutkan dan sebagainya. Malah orang tua2 selalu berpesan kalau isteri mengandung, suami tidak seharusnya pergi memancing ikan (kecuali si suami seorang nelayan) ataupun membunuh binatang.

Bagaimanapun, sebagai seorang Islam, kita sebenarnya harus redha serta pasrah atas segala ketentuanNya. Namun, tidak salah bagi kita mendoakan yang terbaik dan menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh memudharatkan ibu dan anak yang bakal dilahirkan.



Kata orang kalau nak baby comel, tataplah selalu gambar2 seperti ini.
SEMUA GAMBAR2 EHSAN CIK GOOGLE

4 comments:

Deena Yasmin said...

btul tu kjee, wlau kita hidup dlm arus kemodenan pantang larang dari awal mengandung sehingga lah dlm pantang, mmg tak bleh di abaikan kan sentiasa ingat pesan org tua2...tks for the info kjee.

Ujie said...

pantang bersalin wajib ikut..sbb kesannya masa kita tua..mak saya katalah.

p/s: kjee iso ngomong jowo? ehe..

mizzMuai said...

terharu dgr pesanan mcm ni..insyaallah sy ingt.selalu kongsi pengalaman ye kakjee.=)

dZana said...

info yg baik.. saya selalu SR jer blog akk ni.. malu nk myapa kak.. hihihi.. teringat adik saya yg dlm berpantang ..betapa sukarnya dia nk mngikuti pantang .. ada saja helahnya.. huuu

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...