Wednesday, September 14, 2011

DAKWAAN KILANG BISKUT MUNCHIES DISERBU JAKIM

Kjee temui entry ini ketika singgah di blog Mazidul Akmar Sidek (klik sini).


TERKINI : JAKIM TLH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BT. PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BeRSALAH, MENGATAKN ARAK TERSEBUT UTK DICAMPUR KE DALAM BISKUT .. TLG SEBARKN MAKLUMAT INI KPD SEISLAM&KEPENTINGAN UMAT ISLAM. DR PEG. JAKIM-HJ. JALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)'

 

Saya percaya ramai antara pembaca menerima pesanan ringkas, SMS terbabit.

Jika dilihat dari aspek penulisan, maklumat kelihatan meragukan tetapi wajar untuk sayamenyingkap fakta sebenar.

Sebaik membaca SMS itu, pasti ramai ingin tahu berhubung status kesahihan kandungannya. Justeru pada jam 1.45 tengah hari tadi saya menghubungi Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan, Bahagian Hub Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, Ustaz Amri Abdullah.

"Saya mula menerima SMS itu sejak 2 hari raya tetapi kadar penerimaannya semakin meningkat sejak semalam. Setakat ini, saya telah menerima lebih 20 panggilan dari orang ramai dan ratusan SMS," jelas beliau.

"Nama Haji Jalil Raihan memang ada di JAKIM?," soal saya.

"Tidak ada. Ini kira macam SMS berantai. Memang pada tahun 2005, JAKIM pernah membuat pemeriksaan di kilang Munchy's di Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor tetapi siasatan telah selesai, tidak ada masalah," balas Ustaz berasal dari Pahang itu.

Maksudnya, SMS disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu palsu.

Sila kongsikan tampalan ini bersama kenalan, terima kasih.

7 comments:

Anonymous said...

2005? Mcm lame sgt je dh tu..better rujuk JAKIM, bukan mazidul kot..maaf, pendapat saye :-)

Mazidul Akmal Sidik said...

Saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam, jika tidak mempercayai maklumat saya kongsikan, sial berhubung sendiri dengan JAKIM.

I have no problem at all.

Sumber rujukan saya JAKIM seperti saya catatkan dan tidak memaksa sesiapa sesekali pun merujuk kepada saya.

Terima kasih.

Mazidul Akmal Sidik said...

Tahniah, kaunter hampir mencecah 1,000,000.

Keep writing :)

Atika Aula said...

saya peminat munchy's..risau jugak sekarang ni. banyak makanan yang tak sedar rupanya ada benda haram. kena berhati2 :)

Kjee said...

Janagn kecewa Mazidul. orang berlagak pandai memang banyak kat internet ni. So Keep up with your good work!!

Ujie said...

Mmg kebiasaannya sms yg berantai ni tak betul. satakat ni blm jumpa yg betul.

Fiq Casanova said...

Salam...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...