Wednesday, September 14, 2011

KLIP BERITA SANA SINI 14 SEPT 2011


PENYAMUN RESTORAN MAMAK DIBERKAS
SHAH ALAM – Polis memberkas lapan lelaki termasuk dua pelajar tingkatan lima dan dua pengawal keselamatan dipercayai terlibat dalam kegiatan samun bersenjata di dua restoran 24 jam di Shah Alam, baru-baru ini.

Suspek ditahan kurang 24 jam selepas menyamun sebuah restoran di Seksyen 24, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, susulan itu, satu unit khas ditubuhkan dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dapat dikenal pasti.

“Kira-kira jam 11 malam, seorang lelaki ditahan di Pangsapuri Rimba Jaya diikuti tujuh lagi di lokasi sama dan Rawang. Mereka berumur 17 hingga 27 tahun dan kami yakin kes ini dapat diselesaikan segera,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, semalam.

Menurutnya, polis turut merampas, motosikal curi, topi keledar dan jaket digunakan suspek serta sebuah komputer riba kecuali parang dan pisau yang digunakan ketika rompakan.

Sementara itu, dalam kejadian pertama, 28 Ogos lalu, suspek bertopi keledar dan bersenjatakan parang serta pisau menyerbu masuk ke restoran di Seksyen 15, kira-kira jam 3.30 pagi.

Kejadian itu, dirakam melalui CCTV dan telah dimuat naik ke YouTube.

Dalam rakaman itu, lebih lima suspek meluru masuk dan mengacu parang ke leher seorang wanita yang sedang bersahur bersama kelurganya.

Suspek turut mengacukan senjata ke arah pelanggan lain, merampas komputer riba dan beg tangan seorang wanita.

Menerusi rakaman CCTV pelbagai sudut di restoran itu, kira-kira 10 pelanggan termasuk kanak-kanak panik berlari keluar dari restoran terbabit.

Visual turut mendapati, perompak itu, turut melarikan mesin wang di kaunter pembayaran.

Tun Hisan berkata, polis sedang mengesan seorang lelaki, S Veeramuthu, 19, berasal dari Kapar, bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, semua suspek ditahan reman sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian

KJEE: DAH TAK BERANI BAWAK LAPPY KE REST MAMAK


NARATHIWAT, Selatan Thailand 13 Sept. – Rakyat Malaysia merupakan warga asing paling ramai berkahwin di daerah ini, kata Pendaftar Nikah Kahwin Narathiwat Bahagian Luar Negeri, Ishak Mohamad.
Katanya, secara purata enam pasangan warga asing bernikah sehari di daerah ini termasuk dari Malaysia, Vietnam, Kemboja, Iran, Amerika Syarikat dan Asia Barat.
“Pasangan Malaysia banyak sikit,” katanya di sini ketika memberikan taklimat kepada sekumpulan 34 ahli rombongan dari Kelantan yang terdiri daripada pemimpin agama, pentadbir institusi pendidikan dan wartawan yang melakukan kunjungan ke Thailand, bermula semalam.
Lawatan seminggu itu atas jemputan Konsulat Jeneral Diraja Thailand di Kota Bharu dalam usaha mengukuhkan hubungan masyarakat Islam di Thailand, terutama di wilayah selatan dengan Malaysia.
Kunjungan itu turut disertai oleh Konsul Jeneral, Surapon Petch-Vra.
Dalam lawatan itu, rombongan turut diberi taklimat oleh Timbalan Gabenor Narathiwat, Dejrat Simsiri mengenai keadaan semasa di wilayah ini.
Ishak berkata, Majlis Agama Islam Narathiwat akan sentiasa memastikan pasangan warga asing yang berkahwin di sini, terutama dari Malaysia mematuhi peraturan, termasuk menetapkan setiap pasangan mendapatkan sendiri borang nikah khas tanpa melalui pihak ketiga.
Beliau juga menafikan wujud sindiket nikah kahwin membabitkan warga asing di wilayah ini, termasuk dalam pengeluaran sijil nikah palsu.
“Sijil nikah dikeluarkan di pejabat, imam ada borang sahaja (borang permohonan kahwin). Masalah berlaku kekeliruan kerana terdapat lebih 600 imam di sini dan tidak semua ada tauliah (termasuk untuk menjadi wali),” jelasnya.
Mengenai perkahwinan pasangan bawah umur, beliau berkata, ia tertakluk di bawah Enakmen Keluarga Islam 2002 Thailand dan pihaknya sama sekali tidak menikahkan pasangan bawah umur dari Malaysia.
“Proses perkahwinan ikut prosedur, kita akur undang-undang di Malaysia. Kita tidak nikahkan pasangan bawah umur dari Malaysia, haram nikahkan rakyat Malaysia (bawah umur). Itu kita pegang sejak tahun 1992,” katanya. – Utusan
KJEE: PERNAH DUA KALI KE NARATHIWAT



Siswa ditahan kes bakar gadis
Suspek kena reman tujuh hari 


SHAH ALAM: Seorang pelajar tahun dua sebuah institusi pengajian tinggi awam di Seri Iskandar, Perak ditahan reman selama tujuh hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang remaja perempuan dalam keadaan rentung di kawasan semak di Kampung Lembah Jaya Utara, Bukit Belacan, Ampang, pada 5 September lalu.

Polis turut menemui beberapa keterangan fizikal seperti rambut yang boleh dikaitkan dengan pembunuhan berkenaan di kereta jenis Kancil milik suspek berusia 19 tahun itu termasuk telefon bimbit milik mangsa.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati suspek ada membeli petrol di dua stesen minyak di Ampang, sebelum ia digunakan untuk membakar mangsa. 

“Suspek yang mengambil jurusan Sarjana Muda Ukur Bahan dan berasal dari Ukay Perdana, Ampang ditahan di luar kampus pada jam 12 tengah hari, kelmarin. 

“Mangsa yang dikenali sebagai Nurul Awatif Syakir, 19, pula menuntut di Maahad Tahfiz At-Tijarah, Selayang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Pusat Media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam. 

Pada 5 September lalu, seorang remaja perempuan ditemui mati dalam keadaan rentung di kawasan semak di Kampung Lembah Jaya Utara, Bukit Belacan, Ampang. 
Mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang secara kebetulan melalui lokasi kejadian sekitar jam 1.30 tengah hari sebelum memaklumkan kejadian berkenaan kepada anggota polis peronda berkereta yang sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan berkenaan. 

Hasil siasatan Unit Forensik polis mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terbaring serta tidak berpakaian. - BERITA HARIAN



KJEE; SERAM KEJADIAN BUNUH DAN BAKAR



1 comments:

jeragang said...

memang kombinasi menarik..... curi kawin lari atau sembunyi...... bakar gadis.... kecewa agaknya atau gila berbagai jenis gila

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...