Wednesday, September 21, 2011

KODOK JAGUNG UDANG PEDAS


ehsan cik google



Bekfas apa pagi ni? Kodok jagung udang pedas. Kodok? Ingat lagi masa kecik2, Kjee dan adik beradik suka makan kodok. Arwah mak selalu ketawa kalau kami kata nak makan kodok. Bila kami dah besar sikit barulah tau apa itu kodok. Hehehe.

Pagi ni Kjee buat kodok jagung campur undang dan buat pedas2 sebab tekak dah mula sakit balik dari semalam. Rasa cam nak demam balik. Semalam Nadia beli stau tin jagung manis (bukan yang berkerim).

Tadi Kjee selongkar freezer cari udang. Ada satu bekas udang saiz besar. Sayang pulak nak buat cekodok guna udang tu. Kalau buat sambal petai sedap kan? Then Kjee jumpa satu peket udang halus. Dah lama Kjee beli. tersorok kat hujung freezer.

Dengan sabar (hampir ½ jam jugak), Kjee bersihkan udang2 halus tu. Walaupun halus namun apabila dah jadi 'kodok' sedap sangat!

Kemudian Kjee amik besen, masukkan tepung lebih kurang 2 cawan, bubuh cili api tumbuk anggaran 1 sudu besar, 5 sudu jagung dan udang. Kemudian perisa dengan garam dan sedikit aji. Campur sikit air. Siap. Eh lupa lak. Tadi Nadia tolong hiriskan daun bawang, pastu masukkan dalam bancuhan. Kacau rata. Pastu goreng.

Kjee sengaja tak bubuh telor sebab Kjee suka 'kodok' tu garing2 dan keras. Kalau kunyap, ranggup. Tadi Kjee makan dengan sambal udang crispy. Sambal udang crispy ni dulu Kjee buat sendiri tetapi apabila Kjee tengok ada dah dijual (lagi sedap pulak tu), dah malas nak buat. Ia dijual di banyak pasaraya. Kedai yang jual Ayam Mas atau Ayam A1 pun ada. Jangan risau. Ada cop halal kat situ.

Sambal udang kering crispy ni sedap sangat kalau dimakan dengan maggie. Selain itu, Kjee anggap ia sambal yang cukup versatile. Kalau makan pulut (lemang), lempeng, pancake atau nasi impit pun Kjee ada sediakan ia sebagai sampingan.

4 comments:

Anonymous said...

kak jee camner kak jee buat sambal udang crispy tu share la-zaliza

Kjee said...

nanti jap ya liza. Kjee pergi selongkar fail.

Oh Oeya said...

As salam. Moga Kak Jee sihat.
Mula-mula baca tajuk tak dapat catch apa kodok+jagung+udang+pedas heheh :D
dap nyer..

liemaopurut said...

sedapnye tengok kodok jagung udang pedas nih..terliur....shsre la resepi sambal udang tu kakjee. nak belajar jugak camne nak buat ;p

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...