Wednesday, September 7, 2011

KONTROVERSI DRAMA TAHAJJUD CINTA


Erma Fatima Mahu Rujuk Dr Asri
Erma (tiga dari kanan) bersama-sama para pelakon Tahajjud Cinta.
PETALING JAYA: Pengarah drama Tahajjud Cinta, Erma Fatima meminta pandangan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tentang pengisian drama arahannya itu yang dikritik kononnya telah mempersendakan agama Islam.
Erma berkata, individu orang yang berilmu agama seperti Dr Asri mampu memberikan komen yang lebih rasional setelah drama yang disiarkan di itu mendapat kritikan hebat daripada penonton kira-kira dua bulan lalu.
“Saya mahu dia memberi komen tentang drama itu kerana saya pernah membaca sudut pandangannya tentang beberapa buah filem Islamik di Indonesia.
“Saya percaya dia dapat melihat sudut pandang yang rasional dan bukannya berlandaskan emosi memandangkan dia mempunyai pengetahuan agama yang tinggi,” katanya kepada mStar Online.
Tahajjud Cinta lakonan Fouziah Gous, Nur Fazura, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Dr Jins Shamsudin dan Neelofa ituberkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan seorang wanita dalam menegakkan kebenaran, hak dan reputasi mereka.
Ia memaparkan kisah dua wanita iaitu Citra Maisara lakonan Nur Fazura dan Seri (Fouziah Gous) yang berasal daripada dua latar belakang berbeza. Perjalanan hidup mereka dihujani pelbagai dugaan dan cabaran dalam memperjuangkan hak-hak tersebut.
Drama berkenaan disiarkan di TV3 pada setiap Jumaat, pukul 9 malam.
Bagaimanapun kata Erma, Dr Asri belum dapat memberikan komen disebabkan beliau belum berkesempatan untuk menonton drama tersebut.
“Dr Asri maklumkan kepada saya yang beliau akan memberikan komen selepas menonton drama tersebut. Beliau meminta saya menghantar salinan cakera padat digital (DVD) Tahajjud Cinta kepadanya.
“Saya akan segera menghantar DVD kepadanya untuk dinilai,” katanya lagi.
Jelasnya, sejak drama itu mendapat kritikan, dia belum memberikan sebarang komen dan memohon penonton menantikan episod akhir yang dijangka disiarkan dalam masa sebulan lagi.
“Saya tak nak komen apa-apa sebab Allah tahu apa yang saya cuba sampaikan. Saya rasa tak adil untuk memberikan komen sekarang ini kerana penonton hanya menonton beberapa episod, tetapi sudah memberikan kritikan.
“Sepatutnya mereka menonton sehingga ke penghabisan, baru boleh buat kesimpulan penuh,” ulasnya.
Dalam perkembangan lain, Erma juga bakal muncul dengan telefilem arahannya berjudulOh Haram yang akan disiarkan di TV3 pada Sabtu ini, pukul 9 malam.
Oh Haram mengisahkan tentang seorang pemuda yang baru pulang dari menuntut pengajian agama dan sentiasa menganggap semua perkara yang dilakukan oleh orang lain adalah haram.
Telefilem ini dilakonkan oleh Aqasha, Sharifah Amani, Rita Rudaini, Jalil Hamid dan Hamidah Wahab.

6 comments:

jeragang said...

merujuk dulu sepatutnya..... tapi belum terlambat....
bukan soal orang kata tetapi kita kenalah pasti apa yang kita buat benar2 berkualiti bukan sahaja dari persembahan seni tetapi penerimaan.....

paridah said...

seorang rakan fb juga mempersoalkan pengisian drama ini yg dikatakannya merendahkan martabat ulama...

naniasda said...

Saya memang suka tonton apa-apa saja kalau ia karya Erma Fatimah...penuh ilmu dan bab Tahajjud Cinta ni saya tidak pandai nak komen lebih-lebih tp apa yang ditonton setakat ini memang benar ia berlaku di kalangan masyarakat kita ini yang melibatkan golongan tertentu yang terlalu taksub (extreme?) dan tidak mahu 'think out of the box' kerana Islam itu adalah mudah dan tidak menyusahkan umatnya. Sekadar pendapat peribadi...

Anonymous said...

saya pun suka tonton apa2 buah tangan dari erma.. tak rugi menontonnya..

seperti kebiasaannya.. apa yang dipertontonkan adalah apa yang berlaku di kalangan masyarakat kita.. sama ada sedar atau tidak.. cuma mungkin isu yang agak sensitif apabila membabitkan hal agama.. saya rasa, erma cuma mahu masyarakat lebih terbuka dan berwaspada dengan apa yang berlaku di sekeliling kita..

sekadar pendapat peribadi..

~ nana ~

Anonymous said...

dari my POV. citer ni bagus. banyak ilmu saya dapat megenai hak2 wanita dr segi agama dan undang2. fyi saya dibesarkan dlm kelompok kuat mencari ilmu islam. sekolah menengah di sekolah agama dan belajar di kolej agama.perkara mcm ni bukan tak jadi kat luar, kadang2 org 2 mcm ni perangai lagi teruk dr org yg kurang didikan agama. diorg mmg suka mengguna kan pengetahuan agama diorg utk menyelamat kan tengkuk masing2 berbekal kan hadis , ayat quran, sunnah sedangkan kalau kita kaji sedalam2 nya ada jawapan atau huraian lain bagi ayat atau hadis tersebut. tp atas dasar hormat kita dengar je.

Syanz Abdul Raoof said...

Nama pun cerita.. ini kisah yang direka dan tidak mustahil peristiwa-peristiwa seperti dalam lakunan Tahajjud Cinta ini berlaku dalam masyarakat kita.. walau berilmu agama tinggi tetapi jika nafsu juga tinggi tetap berlaku kepincangan kecuali kalau iman itu juga tinggi.. Dalam dunia sekarang ramai juga para ustaz yang ditahan kerana pelbagai salah laku termasuk berzina dan rasuah.. Kitakan ada akal untuk memikirkan buruk dan baik..kalau ceritanya itu tidak sebulu dengan kita cuba lihat disebalik cerita itu untuk dijadikan sempadan.. Islam itu mudah dan indah. Apa pun tahniah kepada Erma Fatimah - teruskan perjuangan anda!.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...