Friday, September 23, 2011

MAMAT KHALID NAIK ANGIN SEBAB MAMAT SEPET NAK JUMPA PM

Muka macam Mamat Khalid bukanlah muka yang kita boleh terfikir boleh naik angin. Dia selalu cool jer. Kjee suka cara dia yang tergagap2 apabila memberi pandangan ketika menjadi juri. I like his style. Kjee taklah rapat sangat dengan Mamat. Cuma very rapat dengan abangnya Mohamad Nor atau LAT.

Tapi hari ni Kjee tengok Mamat naik angin. Naik angin bagi pihak pembikin filem Melayu lain yang tak berani. Tak berani nak memartabatkan kelompok mereka. Tak berani itu, tak berani ini sebab takut nanti dilekat dengan gam.

Zaman ini kita tidak harus takut dengan pelekat gam lagi. Kita harus bangkit untuk martabatkan bangsa Melayu. Jangan bagi kumpulan yang minoriti pijak kepala kita. Itulah yang diketengahkan oleh Mamat. Dan Kjee memang setuju sangat2!!

Tulisannya BANGSAT PENGARAH MELAYU NI KAN MAT? dalam blognya tempurungpecah.blogspot.com, harus kita semua baca. Jangan pandang sambil lewa sahaja apa yang Mamat ini tulis. Cuba kita hantuk2kan sikit kepala kita kat dinding dan renung2kan samada apa yang ditulis oleh Mamat ada kebenarannya.


"BANGSAT PENGARAH MELAYU NI KAN MAT?"


Sedari mula aku mula mengarah hinggalah ke hari aku merasakan letihnya mengarah, dunia perfileman adalah alam yang aku sanjung dan sayang. Segala perhal kepentingan dunia ini aku tampung dan ampu bagai mendokong anak bongsu puteri bunian. Aku mahu dunia perfileman melayu harus megah dan disanjungi pembikinannya. Aku mahu filem dan drama melayu tinggi martabat sumbangannya pada bangsa dan negara.
Bukan aku seorang. Ramai pengarah-pengarah yang lain mempunyai niat dan rasa tanggungjawab yang sama di dalam pembikinan sesebuah karya itu. Filem-filem Uwei Hj Shaari memperceritakan budaya Melayu dalam setiap adaptasi penceritaannya. Erma dengan persoalan berat wanita melayunya. Aziz m osman juga di dlam filem terbaru Azura nya mengangkat budaya melayu hingga membuat penggambaran ke luar negara. Soal bangsa adalah keramat besar kami kerana itu adalah akar yang mencengkam bumi menahan langit yang dijunjung.
Apabila isu perkauman dimainkan oleh beberapa pengarah muda yang mulia di mata sesetengah masyarakat menduga akan isu perkauman dengan sengaja dengan hasilkerja mereka, aku mula gusar. Aku mula gusar dengan masyarakat itu sendiri. Mengapa seorang yang terang-terang menghina akar melayu aku di bumi melayu aku ini di angkat hero dan layak berjumpa menteri minta diberi pertolongan di dalam karya yang kononnya menyokong integerasi kaum.
Bangsa melayu sendiri melompat memberi kata semangat dan memuji kebagusan sipolan membuat filem dengan membayar tiket masuk bergasak menyokong filem yang 'lebih elok dari filem melayu biasa' itu. Aku tidak irihati dengan karya beliau. Malah mereka melayu yang terlibat di dalam filem itu pun bukannya aku peduli akan niat mereka. Yang menjadikan kepala aku bengkak adalah dengan sokongan sesetengah manusia melayu yang ingin mengangkat kerja manusia yang terang-terang bencikan bangsa aku. Di arak dan di beri penghormatan tahab menteri kerjanya itu. Kami yang terus menerus mendokong rasahormat kepada kedaulatan bangsa-bangsa dibumi ini tidak pernah mendapat layanan sebegitu baldu hamparannya.
Aku ingat lagi akan hari rakyat malaysia dikejutkan dengan video negara kuku nya yang menghina kedaulatan negara dan bangsa aku. Masih segar lagi peluh marah di hujung dahi aku ketika mula-mula aku menontonnya. Dan kini beliau hero? Kini beliau layak berjumpa Datuk Seri Perdana Menteri?
Gusar aku dengan masyarakat aku yang terlalu terdesak untuk menjadi ayam tambatan hingga sanggup mengangkat golongan bangsat menjadi ikon negara. Golongan komunis menjadi hero kemerdekaan. Memusing cerita aku tiada pernah dijajah atas inginkan diri dikenali ramai.

SELEBIHNYA KORANG KLIK SINI.

8 comments:

  1. the moral of the story is to be noticed is to be kurang ajar dulu,bila dah popular,org dah kenal buatlah apa2 yg patut sure pak menteri sokong punya nanti kurang pulak undi dari kaum cina...tak gitu?lizabassam

    ReplyDelete
  2. Saya sokong pandangan yang Mamat Khalid berikan & terbitkan entri yang sama..benarlah Melayu Mudah Lupa.

    "LUAHAN HATI PENGARAH MAMAT KHALID DENGAN NASI LEMAK"

    ReplyDelete
  3. salam, orang kita camtu lah, kalo org sendiri silap sikit je, terus kena skru..org lain buat Kurang Ajar kt bangsa kita,hina agama islam sampai xde sifat hormat lsg kt org lain, alih2 ada pak menteri dok layan lah pulak,ish ish pe ke he lah..paham nape mamat K marah..

    ReplyDelete
  4. Sementelah ISA dimansuhkan, makin berani la dorang ni nak memijak lumat isu perkauman. Jgn la gadaikan maruah bangsa setakat nak dapatkan undi kaum dorang untuk PRU nanti.

    ReplyDelete
  5. sesekali naik angin baru baru orang buka mata.... kalu hari2 naik angin orang tutup hidung dah tentu terkentut....

    ReplyDelete
  6. Melayu Mudah Lupa nasib nasib..

    ReplyDelete