Thursday, September 22, 2011

MAZIDUL BIKIN GEMPAQ! HEHEHE







Pagi ni Kjee tak sihat. Demam berpanjangan sejak malam Raya hari tu nampaknya tak pulih sepenuhnya. 'Dia' menyorok seketika dan semalam muncul balik dalam badan Kjee. Rasa lemah2, seram sejuk dan tekak tak selesa kembali menyerang. 


Tapi dalam pada tu, ternampak pula entry atau tampalan Mazidul Akmar yang berjudul Kaedah Efektif Mengesan Suami Menikah di Siam. Ada2 jer si Mazidul ni. Mata Kjee yang agak kabur2 pagi ni, terbeliak. Wah pasti melonjak2 naik hits blog Mazidul pagi ni. Mak oi ini isu panas babe!


Ini sebahagian petikan dari tampalan entry Mazidul yang menarik perhatian Kjee.


"Apakah kaedah terbaik untuk isteri pertama mengesan suami kalau dia bernikah di Siam?," soal saya. (Mazidul)
Ini gambar hiasan cilok cik google punya!

"Periksa cop passport suami, teliti kalau ada cop masuk ke Siam. Ada juga kes, isteri pertama terjumpa surat nikah suami di Siam, tercetus Perang Dunia Ke 3. Sebilangan suami terkantoi apabila kawan-kawan dia iri hati lalu menyampaikan berita berhubung pernikahan kepada isteri. Lepas itu, satu lagi kalau keluarga perempuan tidak berpuas hati dengan jalan pintas pernikahan itu, dia orang akan mencari lelaki sekaligus memungkinkan berlakunya kekecohan. Masa itu tembelang boleh pecah," ujarnya.
"



Hehehe bukanlah seluruh intipati tampalan tu tak penting. Tapi Kjee rasalah, petikan kat atas ni yang paling semua isteri mahu tahu! Lebihnya korang baca di sini .


Tersenyum Kjee apabila baca bab pihak konsulat Thai perlukan pengesahan pasport sebelum mereka mengeluarkan surat mengesahkan pernikahan itu. Wah ini prosedur baru. Dulu2 tak ada. Opppsss kantoi. Kjee memang ada pengalaman bab2 nikah Siam ni. Kalau tak silap, dua kali. Tapi hehehe Kjee jadi broker hantar seorang kawan nikah. Sekali lagi, korang tak payah soal banyak2 lah.


Actually bukanlah broker macam orang Siam sana tapi Kjee tukang uruskan aje. Kjee contact kawan Kjee di KL yang berbangsa Siam. Dia pulak bagi networking dia kat Kelantan. Dan tak sampai seminggu Kjee dan kawan Kjee pun bertolak ke Narathiwat, Thailand dari Kelantan.


Jurupandu kami di Kelantan (wanita kenalan rakan Thai Kjee di KL) pun bawaklah kami menyeberang Sungai Golok dan menaiki teksi ke Narathiwat. Actually bende ni dah lama berlaku. Tahun 1997, kalau tak silap.


Dan Kjee pergi sekali lagi dalam tahun 2000. Kali ini, bukan Kjee yang uruskan tetapi dua orang kenalan rapat. Kjee dan Unclepali ikut jer. Hehehe.


Tapi masa tu tak perlu ada pengesahan cop pada pasport. Sebab itu Kjee kata itu prosedur baru. Kjee berasakan pengesahan cop pada pasport tu pasti sebab dah berlaku banyak 'penyelewengan' sekarang.


Ini andaian Kjee. Mungkin  ada yang kantoi selepas  'kena tangkap' di Malaysia (baik dengan isteri pertama ataupun pihak berkuasa). Kemudian mereka cepat2 kata mereka sudah nikah di Thailand tarikh sekian sekian. Lepas tu mereka cepat2 pergi ke Thailand dan buat urusan surat nikah (lepas itu tarikh2 dibackdate). Dah banyak sangat berlaku even di kalangan artis!!


Jadi sebab itulah, kena ada pengesahan di pasport kalau nak nikah kat Siam! Ya ker? Harap2 Mazidul dapat tanya sumber dia lagi. Hehehe.


Apapun, selalu2 periksa pasport suami. Manalah tahu kan? Followlah tip berguna Mazidul. Hehehe.


TERKINI: KORANG CUBA TENGOK BLOG INI 

4 comments:

Oh Oeya said...

Aduhhh.. makin fenin Sang Suami kerana perlu lebih 'kreatif' selepas ini hihi..

elly said...

ehehehe....passport kami berdua ada pada saya.....

roserose said...

hehehhe...Saya penah mengalaminya iaitu terjumpa passport suami ke sana..apa lagi naik darah terus....aduiii..kalau diingat kelakar...

Timbok said...

jika ini berlaku, tinggalkan saja c laki sebab itu dah masuk kesh main kayu tiga..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...