Tuesday, September 13, 2011

RESTOREN GUNA SOS ADA DNA BABI!

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
SALAH sebuah restoran makanan yang disamak oleh JHEAINS selepas didapati menggunakan sos yang mengandungi DNA babi di Seremban.


SEREMBAN – Sebanyak 15 premis makanan termasuk restoran makanan segera popular dan berstatus halal di negeri ini serta beberapa negeri lain dikesan menggunakan sos serta beberapa bahan yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Perkara tersebut terbongkar selepas pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan pemeriksaan mengejut di premis berkenaan pada bulan lalu.
Hasil pemeriksaan tersebut mendapati, premis terbabit masih menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce yang disahkan mengandungi DNA babi oleh Jakim.
PRODUK sos HP dan Tabasco Pepper yang didapati mengandungi DNA babi.


Seorang jurucakap JHEAINS berkata, susulan itu semua premis makanan tersebut termasuk semua peralatan yang digunakan premis berkenaan terpaksa menjalani proses samak.
Katanya, premis berkenaan yang termasuk beberapa buah restoran, kedai kek dan restoran makanan segera telah disamak sebagai syarat untuk mereka memperoleh sijil halal.
“Kita melakukan pemeriksaan di premis-premis berkenaan selepas pihak Jakim mengesahkan bahawa dua sos berkenaan dan satu serbuk penaik jenama Puratos mengandungi DNA babi,” katanya di sini semalam.
Menurut jurucakap itu, ketika pemeriksaan, pemilik premis berkenaan mendakwa mereka tidak tahu bahawa produk yang digunakan oleh mereka mengandungi DNA babi.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

5 comments:

Afiqah Mohammad said...

minta copy ea untuk kebaikan bersama..

Anonymous said...

dulu orang bising makanan yang dijual tak disiasat status halalnya. now Jakim dah buat kerja ada juga yang bising, Jakim ni semua benda tak boleh, sampai sos pun tak boleh.

pada saya kita dah diberitahu sekarang ni apa yang boleh apa yang tak boleh. baru kita tahu banyak yang tak boleh. lepas ni macam-macam lagi yang tak boleh. makanan diproses melibatkan banyak bahan yang dicampur so faham-faham je lah, ramai non muslim yang hanya ingat babi je kita tak boleh makan. selain daripada tu dia campur je dalam proses.

harap lepas ni ada akta lebih terperinci untuk Jakim supaya bab halal ni dipandang serius oleh pekilang.

MamaFami said...

Oooo all these sauces tak halal ye Kjee? Sib baik kita memang tak guna. Kalau tak, nayo je.. Thanks for informing.

Aidah said...

K.Jee, t.kasih kerana beritahu. Saya dah beberapa kali nak amik HP sos tu bila shopping kat supermarket tapi hati rasa macam tak sedaaap je. Belek2 ingredient mcm okey. Alhamdulillah saya tak pernak amik dan pakai.

Anonymous said...

Only a fool without knowledge will samak.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...