Tuesday, September 6, 2011

SAYUR LODEH KERING JAWA



 Arwah Bonda panggil sambal goreng sayur. Ada satu lagi jenis yang tak guna sayur. Hanya ayam atau daging sahaja. Itu dipanggil sambal goreng pengantin. Ada yang panggil lauk ni Sayur Lodeh Kering. Apa2 juga nama yang diberikan, ini adalah makanan favorite orang Jawa. Ada pelbagai versi yang orang Jawa buat. Tapi inilah versi bonda Kjee.

Kjee buat Sayur Lodeh Kering ini Sabtu lepas. Jamu abang Ahmad Fauzee dan keluarga dia yang datang berkunjung. Saja nak bagi surprise kat dia sebab ini memang lauk favorite dia di pagi Raya,  makan dengan nasi impit.

Hari itu Kjee buat guna dua peket (dalam plastik) tempe dan empat keping tahu basah empat segi serta sayur kacang buncis lebih kurang 250 gms. Jadinya satu kuali besar. Abang Fauzee bawak balik separuh dan bakinya Nadia simpan dalam freezer. Dipanaskan pagi Ahad sebab dia jemput pulak kawan2 dia datang beraya.

Kalau arwah mak buat, dia masukkan udang, hati ayam, isi ayam  serta pedal atau gizzard ayam. Tapi yang Kjee buat ni Kjee hanya bubuh pedal dan hati ayam jer.

Jom kita intai resipi.

BAHAN2:

2 keping tahu basah
1 peket tempe
10 tangkai kacang buncis
4 hati ayam
4 pedal ayam
2 batang serai
2 inci lengkuas
1 inci halia
2 labu bawang besar
2 biji bawang putih
4 biji cili merah
4 batang cili kering
dua sudu besar gula melaka
2 inci belacan
½ cawan santan pekat
1 keping asam gelugur (asam keping)
petai (optional)

CARA

Tempe dan tahu dipotong dadu kecil2 dan digoreng separuh masak. Kalau terlalu garing, hasilnya menjadi keras. Asingkan.
Cili kering dan cili merah dipotong serong halus2. (Cili Kering digunting jugak serong2 dan nipis). Kacang buncis juga dipotong serong2 dan nipis2.
Lengkuas, serai dan halia di hiris nipis dan ditumbuk hingga halus. Kemudian masukkan belacan dan tumbuk sekali.
Bawang besar dimayang bulat2 dan nipis2. Begitu juga dengan bawang putih dihiris nipis.
Hati ayam dan pedal dipotong kecil2.
Setelah siap semua bahan2 tadi, panaskan kuali besar dan bubuh sedikit minyak untuk menumis bahan tumbuk. Apabila bahan tumbuk sudah wangi, masukkan bawang besar dan bawang putih serta cili. Goreng hingga agak layu kemudian masukkan hati ayam dan pedal serta petai (kalau guna). Goreng seketika. kemudian masukkan santan pekat dan juga sedikit air. Ketika ini masukkan juga gula melaka.
Apabila hati ayam dan pedal sudah masak, masukkan kacang buncis dan gaulkan seketika hingga kacang nampak sudah hampir masak. Kemudian masukkan tempe dan tahu. Bubuh juga asam keping, garam dan sedikit aji jika guna.
Gaul sampai rata dan apabila sudah naik wap, padamkan api.
Hidang bersama nasi impit. Juga sedang dimakan bersama nasi putih.
Lauk ni ada rasa masam dan manis. Kalau suka pedas, tambah hirisan cili kering. Kekadang Kjee turut hiris cili hijau dan cili api.
Bonda tidak pernah tambah sohuun dalam lauk ini. Kjee tambah petai dalam lauk ni hari tu sebab sekarang kan musim petai. Sedap sangat bubuh petai.

4 comments:

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum kak Jee...selamat hari raya
kak kita mmg suga kat resepi ni...nnt nak try yg akk punnya npk sdp tu ada petai lg, resepi ni pun basah2...mkn gan nasi impit pehhh sdp ni...nak pulak ada kuah kacang

Deena Yasmin said...

teringat masakan bekas mertua di klang, mmg sedap.. pagi raya sayur lodeh, lontong, sambal goreng wajib ada.

Kjee said...

memang sedap sangat. Nadia kata kalau Raya tak ada lauk ni, tak lengkap raya dia. satu lagi kemestian ialah Lontong Jawa. Hari tu Kjee lupa lak amik gambar. Tengok nanti kalau ada gambarnya masa buat dulu2.

Aziela said...

Kak Jere, lebih kurang sama dengan kampung saya punya sambal goreng. cuma we all tambahkan babat (perut lembu) dalam tu.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...