Thursday, September 29, 2011

SIMPLE DAN SEDAP!! TAPI AWAS YANG PAKAI SUSUK!!

Pucuk daun kelo


Bila dah siap masak


Hari ni Kjee nak cepat. Kena siapkan skrip dalam kadar terpantas! So lepas bekfas codok jagung dengan udang tadi, terus Kjee prepare masak untuk lunch. Hari ni nak masak simple2 jer. Tak boleh buang masa banyak2 kat dapur.


Pokok Moringa dan buahnya
So Kjee keluarkan ikan Jepun berbaki hari tu. Nak goreng garing2. Pastu sayur? Kjee nak suruh Unclepali pergi cari pucuk ubi tapi last minute Kjee ubah keputusan. Dua hari lepas, kat Taman Melawati, ribut angin. Pokok kelo depan rumah Kjee hampir menyembah bumi. Hah itu idea.


Pokok kelo atau moringa adalah pokok yang mengeluarkan kacang kelo yang panjang2 yang orang buat kari atau bubuh dalam dhal. Sedap sangat. Arwah mak dulu selalu buat tapi Kjee tak pernah buat lagi. Daun pokok depan rumah Kjee ni selalu diambil oleh Aci yang duduk berhampiran rumah Kjee.


Pelik tengok dia suka sangat ambik, Kjee tanya buat apa. Sengih2 dia jawab masak lemak putih. Budak2 Alam Flora yang hangkut sampah pun selalu hangkut sekali kacang kelo kalau musim berbuah.


Kecur tak?!!
Nak tahu cerita, ada segelintir manusia yang tak suka pokok ni. Kalau nampak pokok ni, cepat2 berpaling tempat lain dan tak berani nak dekat. Ya ker? Kjee gormal ker? Tak!! Serius ni.


Ada dua jenis manusia yang Kjee tahu tak suka pokok ni. Satu yang guna susuk. Pantang nenek moyang lalu bawah pokok ni. Habis tawaq segala'khasiat susuk' yang depa guna. Nombor dua, jenis manusia yang ada ilmu. Yang warna hitam ke biru ker purple ker, Kjee tak pasti. Tapi macam tu jugaklah. 'Khasiat ilmu' tersebut akan tawaq kalau terkena tempias pokok ni.


Ikan Jepun goreng garing2
So tadi Kjee suruh Unclepali petiklah pucuk daun kelo untuk buat masak lemak putih. Masak lemak putih biasa jer yang campak bawang hiris dan sedikit udang kering. Pastu bubuh santan dan didihkan. Bila mendidih masukkan sayur pokok kelo yang Kjee rendam dan cuci bersih2. Maklumlah pokok duk kat luaq. Terkena macam2 habuk yang tak sihat. Oh ya Kjee hiris cili hidup dan campakkan sikit lada hitam kisar. Buang angin. Itu jer.


Ini rupa Ikan jepun
Rasanya bila dah masak? Rasa macam biasalah, kalau guna pucuk2 daun. Ada pahit2 sikit macam kita buat lemak pucuk ubi. Hmmm lain kali kalau tak ada sayur, bolehlah buat lagi. Dua bulan sekali Unclepali cantas pokok tu sebab cepat sangat dia naik.


Selain itu Kjee goreng ikan, petai jeruk dipadankan dengan tempoyak dan masak nasi putih. Kejap lagi boleh makan. Sure berpeluh nanti.


Hari tu Kjee balik kampung, Kjee hangkut balik buah kelapa. Harga santan segar sekarang kat KL dah RM6 sekilo. So kalau perah santan sendiri boleh jimat, especially kalau kelapa kampung dapat free. Hehehe. Mak mertua (MIL) Kjee tanya: "Hang ada mesin kelapa kat umah ker?". Isyhhh mana ada mak. Hang buat camner? tanya mak. Ceq sagatlah kalau rajin. Terkejut MIL. Rajin hang, tambah MIL.


Kalauuuu rajin. Kalau malas, Kjee buang kulitnya dan ricik kecik2, masukkan dalam blender dan trrrrr. pastu tapis. Oklah kan? Jimat belanja dan selalu ada santan fresh. Hehehe


Haa ini cara Kjee buat santan!

10 comments:

kyo said...

salam kak jee.. umi saya selalu guna skill blender kelapa tuh.. senang katanya.. hehe

LeyRa.Hamid said...

mmg sedap wat masak lemak tu pastu tambah makan dengan sambal belacan mmg regu dia Kak Jee. Terliur la pulakkkk...selamat makan

Ijahans said...

kak jee... masa dolu2 kat kampung ija suka petik daun ni letak dalam telur dan masak macam telur dadar... so dalam telur tuh ada daun ni... feveret ijaaa... memang betul mcm kak jee kata.. org ada ilmu mmg pantang dia org.. sbb pokok ni dulu di tanam di kebun pakcik... dia mmg tk makan sbb dia ada ilmu persilatan...

rahel said...

Kak Jee,gua tak takut punya....bab...takde susuk. haha..

ros said...

Jiran sebelah rumah saya pun ada pokok kelo ni..
Katanya supaya org jahat yg ada ilmu tak leh kacau keluarga dia..

DiahRothman said...

Hari2 kDee datang sini..... buat terlior ajer. Asyik pandai masak jer, Jee ni...jeles tau!

Mai umah kDee amik award..... TQ. :)

Oh Oeya said...

Hehe.. ini macam punya pantang pun ada :D
Tak penah rasa sayur ni..
Nak cari jugalah ikan Jepun ni.. Isi ikan ni jenis bertulang (macam terubuk) ker tak Kak Jee?

Arizakiah said...

alamak kjee....selera kita serupa..semalam saya santap sampai 2 pinggan nasi bersama lauk ikan goreng garing , masak lemak putih pucuk keledek + ubi keledek ,petai dan budu........

Jiha said...

Saya time peknen nih, ngidam makan buah kelo. Nasib baik jumpa. Sedap sgt klu dicmpur dalam kari. Tak kiralah kari ikan atau kari daging. Lagi sedap dari bendi...

Kalau mak saya, dia buat masak lemak cili api dan dicampur dengan daging dan buah kelo nih..mmg sedap..

Kjee said...

Ikan jepun tak ada tulang!! rasa cam terubuk minus tulang!!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...