Thursday, September 29, 2011

SOTONG TIN BERLADA

Sedaplah buat goreng berlado

Masa tengah masak dalam kuali
 Isyhh sotong tin berlada? Sotong dalam tin lah sebenarnya. Hehehe. Saja buat untuk dinner sebab lauk makan tengah hari dah habis. Actually taklah habis licin tapi tak cukup. So fikir punya fikir, dah dekat maghrib tadi, kalau nak keluarkan ikan atau daging dari freezer tak sempat nak defrost. Kjee tak gemar nak defrost guna microwave.

Tadi buat 2 tin 
So terpandang tin sotong jenama hari tu (tak payah nak sebut kali ni. Tak nak bagi promo free). So apa lagi, projeklah buat sambal berlada cili hidup. Hari tu dah buat sambal cili kering kan?

Tadi kurang rajin (tak elok sebut malas kerap sangat) so cili merah tu Kjee potong2 dan trrr dalam blender yang selalu kisar bahan2 basah. Tak yah bubuh air. Kisar kasar2 jer campur dengan bawang besar. Kalau nak buat goreng berlada, cilinya mesti kasar2.

Tumis bahan kisar tadi dalam minyak, pastu kasi perasa garam dan pak aji. Bila dah elok masaknya, masukkan sotong dalam tin yang telah dicarik2 sikit. Kali ni Kjee tak guna airnya. Golek2 kira-kira 10 minit. Siap.

Hari ni, mood quite low. Tak tau kenapa.

Ini dia rupa masa dalam tin. Padat tau.

5 comments:

MamaFaMi said...

Kjee.. speaking of this sotong kan, remember that day in my entry, I went to like 5 shops hunting for the canned sotong, tak jumpa. Recently, kita gi kedai tanpa niat untuk membeli sotong ni... eh ehhh bersusun kat rak tau. Tin besar pulak tu... sabor je la. Moral of the story, next time tak boleh too eager to look for something... ended up susah nak cari! Hahaha...

Esh sambal Kjee ni, kalau makan dengan nasi panas, pas tu makan sekali dengan ulam kacang boto... i tell you la... can hancur the diet! Hahaha...

Kjee said...

very true MF. Kalau cari mesti tak jumpa. kalau tak cari, ada jer dia 'terhegeh2'. hehehe

Anonymous said...

letak cili hidup dengan bawang saja? senang. saya budak baru belajar.
setuju. benda nak cari sangat selalu tak jumpa. tapi kenapa ya

Aziela said...

Kak Jee.. recently nie saya selalu buang biji dari cili hidup tu. Terkenang plak hubby belum buang appendixs.. Tapi macam tak terasa pulak pedasnya... Macam mana ekk?

lina said...

salam kjee - wah menu menarik ni.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...