Friday, September 16, 2011

TEMPE GORENG PAK MAT TEMPE



Hehehe tempe goreng Pak Mat Tempe. Lawak kan? Tengah hari tadi Kjee buat lah tempe goreng garing2 yang pedas dan berempah. Ini stail orang Jawa yang bubuh jintan manis. Tapi untuk pedaskannya, Kjee tambah cili.

Simple jer caranya. Kjee tumbuk kasar2 satu sudu besar jintan manis. Kemudian Kjee tumbuk empat lima biji cili api. Kepedasan ikut selera. Pastu Kjee campurkan dengan serbuk kunyit dan garam dan juga sedikit air untuk jadikan paste.

Kemudian Kjee potong tempe jadi empat keping (dari satu peket). Pastu hiris dua bagi nipis. Perapkan bersama bahan tumbuk tadi selama ½ jam. Pastu goreng. Sedap makan panas2. Ala2 pembuka selera gitu. Selalunya orang buat makan dengan kicap cili api. Barulah kow. Tak per, ada dua peket lagi untuk buat esok.

3 comments:

Deena Yasmin said...

yup ! mmg mcm ni la org jawa klu menggoreng tempe, ditumbuk dengan jintan manis. goreng garing2 skit makan panas2 ngan nasik plak tuh.. sok nak buat la kjee... (^___^)

~Norul Mas Hana ~ said...

sedap ni kak jee...terliur saya..hihi

dZana said...

Aslmkum kak.. mmg sedap tempe grg camni.. mkn panas2 ..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...