Thursday, September 22, 2011

TERIMA KASIH DAUN KELADI

ehsan google





Mana nak sangka cempedak menjadi nangka. Ewah. Kjee memang suka no 8. Chinese people say vely ONG. Maka nombor lapan itu membawa seribu makna eh bukan seribu tapi sejuta makna apabila hari ni blog Dunia dari Dapur Kak Jee berjaya kumpul 1-juta page views!!

Kjee cukup terharu kerana ingatkan jumlah juta2 ni hanya untuk orang lain dan mustahil untuk Kjee pulak merasainya. Amboi rasa macam berucap menang pertandingan sambil julang piala pulak.

Seperti yang Kjee kata masa awal2 menjadi blogger dulu ialah AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA. Tapi kerana sokongan yang tidak pernah luntur daripada pembaca semua. (Actually Dunia dapur Kak Jee mula muncul pada 25 Januari 2011).

Sebab itu kalau Kjee sakit, nak bangun pun tak larat tetapi demi pembaca blog ini, Kjee gagahkan jugak. So kekadang hanya ada notis atau gambar orang sakit je kat blog. Hehehe. Dalam pada itu, Kjee dah buat 850 entries dalam masa 8 bulan jugak. Adoiii banyaknya. Patutlah penat. Hehehe

Mungkin Kjee insan blogger paling tua di kalangan blogger2 yang ada. Tapi apa sebenarnya ada pada usa. It's only a figure.

Kjee mohon kepada Allah SWT agar memberikan Kjee kekuatan untuk terus menulis. Dan mudah2an tulisan Kjee boleh memberikan sedikit sebanyak pengetahuan dan ilmu kepada yang membacanya. Bukan sekadar merapu dan bicara kosong.

Tetapi merapu tu penting juga. Omputih kata...(wah tak habis2 omputih tu nak kata kan?)...Variety Is The Spice of Life. Kalau Kjee terjemahkan terus maknanya 'Kepelbagaian Itu adalah Rempah Ratus Hidup'.

Kalau Kjee terus tulis serius, mesti korang tak suka kan? Lagipun Kjee bukanlah bekas guru atau guru besar. (Eh guru atau guru besar serius jer ke sepanjang masa?) Dan kalau Kjee asyik merapu 24-jam macam Salih Yaacob, pun pasti korang kata.."Dah tua nak mampus pun masih nak cakap yang bukan2'.

So buat apa2 pun biarlah ikut landasan yang konkrit dan berpada2.

Kalau ada yang terlebih ataupun terkurang dalam masa 8 bulan 'Dunia Dari Dapur Kak Jee' bersiaran (ewah), harap korang dapat maafkan.

Bagi bloggers yang singgah blog Kjee dan tinggalkan komen, Kjee akan pastikan Kjee turut jenguk blog korang sebagai tanda 'appreciation' atas kunjung anda!

Lepas ni macam mana agaknya rasa kalau dapat 10-juta page views kan?!!! Kahkahkah

13 comments:

  1. congrats kjee... akhir nyer cecah sejuta !!! caiyok sis (^_^)

    ReplyDelete
  2. tahniah kjee!! saya viewer ke 1,000,003.
    hebat memang hebat. not evev a year kan.
    style penulisan kjee yg santai dan bersahaja tu yg memikat pembaca. teruskan berblogging,jgn cuba2 nak berhenti, ramai yg rindu nanti.lizabassam.

    ReplyDelete
  3. tahniah kak jee...semoga terus happy berblog...:)

    ReplyDelete
  4. Tahniah K.Jee. Saya ni baru je mula blogging, followers pun ciput je tapi Alhamdulillah adaaa juga yang nak follow saya yang merapus dgn cerita saya. Harap K.jee terus bercerita yek.

    ReplyDelete
  5. tahniah kakjeee..harap2 kakjee akan terus berblogging sampaikan macam2 info buat kami semua....

    ReplyDelete
  6. Congrats Kjee. .Applause3x. .saya mula baca as silent reader (sbb tak ada blog) masa awal Kjee wat blog selepas di"promote" oleh CMG pasal Kjee kat blog DTS. Enjoy ur writing, keep it up. P/s : Kjee bukanlah blogger "senja", ada Datuk yang dah 60an still active blogging.

    ReplyDelete
  7. tahniah kjee.suka sangat ngan blog kjee, walaupun tak pernah komen apa2,dapat baca hari hari pun dah memadai.banyak yg dapat dikongsi.best. (zunaidah)

    ReplyDelete
  8. Tahniah Kak Jee...
    Semoga kak jee terus menulis...

    ReplyDelete
  9. eeeee...sonoknyeerrr Kjee..

    tahniah sis...teruskan "pot pet pot pet" mu itu.....i like...

    ReplyDelete
  10. tahniah kak jee....:)

    ReplyDelete
  11. kak jee, tah niah! tahniah!..kagum ngan usaha kak gee....hehehe saya ni dh lama gak ada blog tapi takat tu ajer lah hahaha lagipun tak mo arrrrr stress2. macam kak jee ni pun mesti jadi blogger atas kerelaan dan tiada paksaan tapi dah rezeki kak jee...i like it.....

    ReplyDelete
  12. salam kak jee...
    tahniah atas peningkatan pegunjung ke blog akk..suka dtg sini sb mcm2 ada hehehe

    ReplyDelete