Friday, September 30, 2011

TERIMA KASIH DERMAWAN SEMUA


Kjee bagi pihak Fija ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga beliau kepada semua yang telah menyampaikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit untuk meringankan beban Fija. Kata Fija, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian semua.

Damia kini sudah mula sedar tetapi badannya terlalu lemah. Dia diletak dalam CICU (Critically Ill Care Unit) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru.

Insya Allah, Kjee, Unclepali dan Nadia akan ke Johor Baru esok untuk menziarahi Fija dan Damia.

Diharapkan, sumbangan akan terus disalurkan kepada Fija yang juga menahan kesakitan kerana mengidap Kanser Payudara tahap 4. Namun dia gagahkan diri demi anak yang tersayang.

Bagi mereka yang baru masuk blog ini dan mahu tahu kisah apa yang Kjee coretkan ini, sila klik sini.

Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun seperti di bawah:

CIMB 01220015745524
NOR FARIZAH BT MD NOR
HP: 0167070124




6 comments:

Deena Yasmin said...

nak jer ikut kakjee,tapi apa kan daya... sampaikan salam deena pada kak fija yer.

Kjee said...

Ya Deena apa kan daya awak nun jauh kat utara. Insya Allah akan Kjee sampaikan salam Deena dan semua kengakwan.

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Moga Fija di beri kekuatan & kesihatan yg baik..

Sunah Sakura said...

alhamdulillah..moga Allah permudahkan urusan kak fija sekeluarga..ameen..

E-na Lovely Kitchen said...

Kalau kak jee pi visit nanti sampaikan Assalamualaikum E-na pada k.fija dan Damia(sama nama dgn my 1st daughter)...moga mereka tabah dan cepat sembuh..amin.

moga k.jee juga sihat dan selamat dalam perjalanan pergi dan balik.

Totie@Tomy said...

semoga cepat sembuh..dan dapat menjalankan aktiviti seperti dulu..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...