Tuesday, September 27, 2011

TUALA + WANITA EQUALS MALU

foto album cik google


Weh apa hal pulak ni? Tuala Plus Wanita Equals Malu. Tak faham ker? Hmm kalau tak faham maknanya korang taklah rasa malu dengan apa yang korang dengar dan lihat selama ini!

Actually Kjee dah lama lemas dengan pihak yang mempergunakan wanita dalam barang2 dagangan mereka. Sepatutnya ada pihak atau NGO hak asasi wanita yang tampil mempertahankan hak2 wanita.

Ini pasal kes Tuala Wanita. Sebab itulah Kjee bubuh Tuala +  Wanita  = Malu. Kjee heran bin ajaib mengapa dan kenapa ada sesetengah wanita itu (terutamanya artis) yang macam hard-up sangat apabila mendapat tawaran iklan tuala wanita.

Niat Kjee menulis ini tiada udang sebalik batu. Bukan jugak kerana Kjee jeles tak dapat peluang muncul dalam iklan tuala wanita!! Kahkahkah nak tergolek Kjee dengar.

Tiap kali Kjee tengok TV, kalau ada iklan mengenai tuala wanita, Kjee terus tukar channel. Malaslah nak tengok. Sepatutnya barang2 milik wanita seperti ini tidak dijadikan tontontan seisi keluarga setiap hari!

Kjee pasti setiap perempuan apabila sudah sampai usia sepatutnya, tahu apa nak buat dan apa nak dicari. Masa Kjee sekolah menengah dulu, ada pihak pengeluar barang2 wanita ni datang ke sekolah dan beri sampel dan penerangan What To Expect And What To Do!

Kjee yakin kunjungan2 seperti itu masih lagi dilakukan hingga kini. Malah, Kjee ada jugak dengar cerita, barang2 ini turut dibekalkan di sekolah2 menengah (di bilik guru) untuk kegunaan mereka (cikgu dan pelajar wanita) yang terdesak.

So apa perlu diajukan bertubi2 di kaca TV!! Siap ditunjukkan teknik mengguna dan sebagainya. Sehinggakan budak2 lelaki sewal usia 5 atau 6 tahun dah tahu semua yang sepatutnya rahsia peribadi seorang perempuan!!

Masa Kjee meniaga dulu, Kjee ada terdengar perbualan budak2 sekolah (lelaki) dalam lingkungan usia 12 dan 13 tahun berbicara mengenai tuala wanita. Kemudian mereka ketawa berdekah2. Apabila Kjee tanya macam mana tahu, dia orang kata ala dah tak rahsia lagilah auntie. Hari2 TV ada keluar. Siap budak2 ni bagi tahu tuala mana elok ketika pengaliran banyak dan isyhh isyhh isyhh!!

Tanya ajelah budak lelaki sekarang tuala wanita brand apa paling popular sekarang. Mesti dia orang tahu punya!!!

Kjee tak heran lah kalau tak lama lagi, ada iklan kondom pulak ditayangkan kat TV. Mungkin pengeluar yang mahu buat lawak. boleh gunakan kanak2 bawah umur yang gunakan benda tu sebagai belon!!!

Isyhh Isyhh Isyhhh Nauzubillah!!!

So pada artis2 yang nama meningkat popular macam Yuna, Liana Jasmay, Diana Danielle dan juga Adibah Noor (OMG!!!), tolonglah fikir 10 kali. Janganlah biarkan maruah anda dicemari dengan buat bende2 cam tu. Kalu pasal nak cari duit, rezeki didatangkan Allah swt dalam pelbagai cara!

15 comments:

  1. saya setuju dengan pendapat ini kak jee...

    kalu pergi pasaraya tu selamba je tuala wanita digantung tayang. huuu...malu seh...

    ReplyDelete
  2. Setuju untuk Kak Jee!

    ReplyDelete
  3. ya la kak jee klu dulu2 nak beli tuala ni kat kedai runcitpun suruh apek tokey kedai tu bungkus ngan paper ... malu takut oang nampak..tp zaman skang ni malu..malu ni dah x de...lima nam tahun lagi x tau la camana ye!

    ReplyDelete
  4. Iyelah.... apa perlunya ditayang2 gitu.Skrg ni bila gi kedai runcit, budak2 remaja pompuan dah x malu lg beli benda tu, xdenya nk bungkus dan balut2 lg. ... kita pulak yg malu!!!

    ReplyDelete
  5. Agaknya pasal tu la kes rogol dan buang bayi banyak skrg...


    Abis segala rahsia dalam kain wanita nak ditayang.. (mcm iklan tola pompuan ni)

    lelaki ni pulak imagina mereka tinggi... Tgk 'tola' ni pun boleh byg macam2...

    Teringat zaman sekolah.. 'tola' wanita pun boleh jadi bahan teka teki... Malu btol laaAgaknya pasal tu la kes rogol dan buang bayi banyak skrg...


    Abis segala rahsia dalam kain wanita nak ditayang.. (mcm iklan tola pompuan ni)

    lelaki ni pulak imagina mereka tinggi... Tgk 'tola' ni pun boleh byg macam2...

    Teringat zaman sekolah.. 'tola' wanita pun boleh jadi bahan teka teki... Malu btol laa

    ReplyDelete
  6. liyana jasmay siap pusing tunjuk bontot...nmpk ke tak tuala wanita disebalik seluar yg dia pakai kpd DD ...iskx3

    ReplyDelete
  7. kak..kite hak pompuan ni kalo nak gi beli mende alah tu pon malu eh..
    ni msk tb siap bole wat iklan kan..ciss..sengal tol.

    ReplyDelete
  8. dulu...kalau boleh tanak ada sesapa tahu yg kita period kan?..

    ReplyDelete
  9. serius sy pon malu kak..tambah2 bila tgk tb dgn anak2 sedara lelaki ke dgn org2 lelaki...hubby sy siap kutuk lg nape kenapa nk iklan mcm tuh semua...
    ingat dlu masa remaja nk beli tuala wanita ni siap balut dlm surat kabar letak plastik hitam lau xbalut ke mmg xsanggup nk beli...lau period pon malu nk ckp kat org bukan mcm bdk skrg secara terang2an menunjuk...
    sokong akk sgt2...

    ReplyDelete
  10. saya teringat masa Vince masuk iklan "kotex'..
    pastu saya terbabit plak dlm contest tersebut..malu nyer Allah je yg tau kak jee

    ReplyDelete
  11. itulah zaman sekarang malu telah diluputkan oleh media. tengoklah pakaian sekarang, berani pakai shorts yang sependek pendeknya.

    ReplyDelete
  12. Saya pun setuju..ingat lagi masa mula2 nak beli pad,malunya bukan main..abis kedai tu kena tawaf berkali2.pastu bila beli,pekedai tu bungkus cantik2 dalan kertas suratkhabar.Tapi sekarang,iklannya merata..sayapun tukar channel kalau tertengok iklan tu sama2 keluarga..malulah..

    ReplyDelete
  13. Ada pro dan kontra bila benda ni terlampau open.

    ReplyDelete