Friday, December 23, 2011

ARTIS DARA UMUM NIKAH ARTIS DUDA SABTU NI

ehsan mStar

Bila ditanya, nafi atau berdolak dalih. Atau kata mahu mengenali hati budi. Isyhhh cliche betullah jawapan. Tetapi kalau baru nak kenali hati budi, kenapa tup2 boleh umumkan pernikahan kan? Ewah...



Itulah citernya dengan Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim. Kjee dah dengar citer ni beberapa hari lalu dari kengkawan media tapi tak dapat nak sahkan. Semalam pun ada budak2 blogger hiburan buat citer. Tapi pagi ni sah2 dah cerita itu.

Korang bacalah apa yang Kjee cilok dari mStar yer.


Yusry & Lisa Umum Tarikh Nikah Sabtu Ini

Selepas sekian lama berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan mereka, pasangan artis Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim akan membuat pengumuman istimewa mengenai perkara itu pada Sabtu ini.

Jemputan mengenai pengumuman berkenaan telah dihantar oleh pihak KRU Studios kepada pihak media pada petang Khamis.

Majlis berkenaan akan diadakan pada pukul 10.30 pagi di Hotel Marriott, Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim yang juga abang kepada Yusry ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara itu hanya ketawa dan memberitahu akan menjelaskan perkara sebenar kepada pihak media pada hari berkenaan.

"Ia merupakan satu pengumuman istimewa dan pastinya ia akan diberitahu pada majlis nanti. Kalau saya beritahu sekarang tak ada kejutanlah," katanya berseloroh.

Pada pengumuman itu nanti, ibu bapa Yusry iaitu Abdul Halim dan Zarina Fenner serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad juga akan turut serta.

Difahamkan Yusry dan Lisa akan bernikah pada awal tahun depan yang mana majlis berkenaan akan mendapat liputan secara langsung menerusi saluran Astro.

Pasangan tersebut sudah mula rapat sejak Mac lalu dan sering berhubungan menerusi telefon bimbit masing-masing sejak setahun yang lepas.

Kemudian kedua-dua mereka membuat pengakuan pertama pada bulan Jun bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan lebih daripada seorang kawan dan menganggap ia sebuah perhubungan yang matang.

7 comments:

puanbee said...

hehe macam2 peel depa ni elak2 buat apa , terus terang je senang adei

Rahmah Ram Ram said...

hebat...hebat..benda baik pun susah sangat nak cakap...apa pun Tahniah Lisa!

KuNanGKuNanG said...

wah..tahniah tuk mereka berdua.doa sy moga mereka kekal hingga ke akhir hayat.amin..:)

zuwaidah said...

moga dipermudahkan urusan mereka dan doakan kebahagiaan mereka berdua. amin.

Ezza said...

bertuah nya badan dapat kawin dengan anak dara jer..hehehe

NenetPenne (NP) said...

takpelah janji bukan laki orang, dan bukan bini orang...

dia tak nak heboh2 manalah tau takut tak menjadi..bukan mcm setengah artis, kompang beria bagai, last2 tak menjadi...jadi biarlah mereka low profile kisah cinta mereka...

Anonymous said...

nape yusry??? hmm w'pun minat 2 org ni...tp rase mcm lisa leh dapat yg lain lg la.....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...