Monday, February 28, 2011

106. oxtail stew

dah tiga entry serius, kali ni kita cerita lak pasal makan. kjee nak syorkan korang try buat oxtail stew ni. menu ni versatile. boleh guna ekor lembu ataupun daging lembu or tulang lembu yang ada daging. sama jer cara memasaknya. tapi kalau guna ekor lembu, lamalah sikit nak merenehnya.

apapun, kjee syorkan setiap rumah harus ada pressure cooker atau periuk tekanan. boleh jimat masa masak dan tak perlulah beli daging yang mahal. omputih kata best cuts. daging biase yang lebih murah kalau guna pressure cooker jadi lembut sama cam daging mahal. kalau guna periuk biasa kena reneh sampai sehari suntuk, guna pressure cooker dalam masa setengah jam jer, kalau rebus ekor lembu boleh lembut sangat sangat. daging boleh tersisihlah dari tulang. tapi tak hancur tau daging tu.

oklah melalut panjang lebar, kita tengok resipi ini. makan dengan garlic bread punyalah sedap. tak pedas dan boleh dinikmati oleh anak2 kecik. kalau ramai penghuni dewasa dalam umah, tambah jer lada hitam kalau nak pedas. resipi ni kjee copy paste jer dari FB. layannnn.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Orang melayu bila citer pasal ekor lembu mesti nak buat sup jer. tak kisahlah sup style apa...Thai ke mamak ker kampung ker...tapi kjee suka buat stew. dengar jer gempak...oooh takutlah nanti tak sedap. jangan susah... sedap. satu family mesti suka. selain ekor lembu leh jugak guna tulang rusuk lembu, daging, ayam, lamb atau kambing. kami makan stew dengan garlic bread atau roti perancis bawang putih.

ok bab ekor lembu ni. biasanyer kjee belilah sekilo. sekilo sebenarnya tak banyak cos tulang dia berat dik oi. takper kita gunalah 1 kg oxtail. tak kisah kalau nak beli yang segar atau beku. kalau beku, kena keluarkan dan defrost (ikut suhu bilik). lepas cuci bersih2, buang sikit lemak berlebihan, laplah dengan tisu dapur atau kain buruk yg tak buruk dan berbau.

lepas lap, golekkan oxtail tadi dalam tepung gandum. jangan tebal sangat tepung dia. ala ala manja gitu. pastu, sediakan kuali (lebih elok kuali non stick sebab tak perlu guna banyak sgt minyak). panehkan kuali dan cairkan margerin. butter pun boleh. butter lagi sedap tapi kalau tak hati2, butter boleh hangus. kekadang kjee guna minyak jagung atau minyak zaiton. gorenglah sampai kuning sebelah dan terbalikkan. saja bagi brown bukan nak masak.

abis buat semua, masukkan dlm periuk. kalau ada pressure cooker bagus lah. masak setengah jam jer. tapi kalau tak de nak buat camner. masukkan semua dalam periuk untuk direneh. bubuh  satu cawan air dalam kuali tadi yg ada bekas gorengan oxtail. kacau2 sampai tanggal semua minyak ker apa2 jer dalam kuali tadi dan tuang dalam periuk oxtail tadi. bubuhlah carrot, kentang, celery (batang daun salderi), tiga biji bawang besar yang ditoreh empat. pastikan kentang dan carrot dipotong saiz sama sebab masaknya akan sekata. pastu, bubuhlah dua atau tiga kiub daging knorr atau maggi. sebenarnya, susah nak cari kiub daging ni tapi kjee ada jumpa kat carrefour. brand carrefour. masukkan juga sedikit kulit kayu manis, dua tiga biji bunga lawang dan dua sudu kecik lada hitam yang telah diketuk2. 

Last sekali tambah air sampai tutup kesemua bahan dalam periuk. renehlah sampai oxtail empuk. stew ni kuahnyer lembab-lembab manje gitu. kalau rasa cair sangat sebab terlajak bubuh air banyak dan oxtail dah empuk, jangan takut. amik sedikit tepung jagung atau gandum. campur ngan air, kacau sampai sebati dan masukkan ke dalam stew tadi. didihkan sekejap. hah dah pekat kan?

so apa lagi. takkan nak tengok jer. panas2 tu sedap makan ngan garlic bread! (sebenarnya kjee tak guna lada hitam biase. kjee guna lada hitam ajishio black pepper. yang dlm botol warna hitam bukan kuning kekuningan tu. ala yg budak2 jual burger guna. ajishio pepper agak masin so hati2 bubuh yer).

6 comments:

Anonymous said...

bestnya kjee...lama dah sy x buat stew ni...rasa2 lah klu nak sodap lagi goreng sikit bawang putih hingga brown(kata org putih)bila dah agak2 stew tu nak masak blh lah campur kan bawang putih goreng tadi mesti lagi terangkat ngan rasa dan baunya sodap..ia lah kot

Sharifah Nadzarah said...

k jee..kirenya stew ni ala2 sup gak ker..x penah wat..la..nnti nak try la..cm sedap jer...

Kjee said...

sharifah: sup yang pekat. tapi tak boleh makan begi saja. kena cicah dengan roti.

Nur68 said...

sy nak makan ni, makan kat luar je Kjee, family sy tak makan daging...tp sup ni mmg sedap makan cecah dgn garlic bread..cuaca sejuk gini sedap makan sup ni...

sharifah rosidah said...

kau ni memaang buat aku gatal nak mencuba tau sbb versi aku lain sikit. nak cuba buatikut resepi ni nanti nampak sedap je.

esempoi said...

wah sedapnya.. stew daging memang best

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...