Pages

Monday, April 29, 2013

NASI PADANG SEDAP DI JALAN PAYA JARAS, SG BULOH








One Man's Meat Is Another Man's Poison... kalau nak terjemah bahasa Melayu sikit lebih kurang camni... Aku punya tekak aku punya sukalah. Kalau aku makan rasa sedap, kau makan kata tak sedap, ade aku kesah?

Ewah apa kena mengena pulak dengan entry ini? Hehehe.

Hari ni Kjee nak story pasal satu kedai makanan Minang atau Nasi Padang yang sedap sangat kat Paya Jaras. Boleh kata seminggu 3 kali kami makan di sini masa tinggal di Sg Plong. Kjee tahu UnclePali akan rindu sangat makanan kat kedai ni setelah kami meninggalkan Sg Plong. Malah, dua hari sebelum berpindah, kami singgah makan kat situ.





Pernah makan daging berlado ada petai?

"Alaa bila lagi nak jumpa akak ya," kata Ann, toke kedai yang Kjee sayang sangat. Senyum tak pernah lekang dari bibirnya. Orangnya kecik molek dan kebanyakan makanan di kedainya dimasak sendiri.

"Jangan susah. Abang dah janji akan selalu singgah sini nanti untuk makan. Nasi Padang awak terbaik setakat ini," Kjee beritahu Ann yang tersipu2 kena puji.

So, hari ini selepas sebulan berpindah, Kjee, UnclePali dan Nadia ke kedai Ann. Siang tadi kami ke Ara Damansara. Lepas tu, UnclePali terus ke Paya Jaras. Kjee dah agak dah dia rindu sangat Nasi Padang kat kedai Ann.

Ann punyalah suka tengok Kjee. Dia sangka yang Kjee tak akan ke sana lagi maklumlah dah duduk jauh. Tapi, kalau bab makan, jauh mana pun kami tetap pergi. Janji makanan dia sedap.

Kedai makan Ann ni, kalau tengok macam kedai makanan Minang/Padang biasa. Malah menunya pun biasa. Tetapi kelebihannya ialah rasanya. Kalau Kjee kata sedap, mestilah sedap sebab kan tekak Kjee ni cerewet. Hehehe.

Kjee paling suka lauk jering di kedai Anne, tak kesahlah yang dibuat goreng berlado ataupun masak lemak pedas. Dan pada Kjee sambal ijo (hijau) Ann yang paling sedap yang pernah Kjee rasa setakat ini! Cukup rasa.

Lawaknya kedai Ann ini langsung tiada signboard. Kjee tanya apa nama kedai, dia kata kalau ikut lesen Restoran Sabar Menanti. Tapi dia tak nak guna tu dan tengah fikir nama yang sedap. Apabila Kjee nak acukan kamera kat Ann, dia menolak lembut. "Tak payahlah kak. Malu.."

Kedai Nasi Padang ini buka setiap hari hingga 11 malam. Tapi katanya, lauk pauk siap dimasak pada pukul 11 pagi. Tutup sebulan sekali jer tapi Ann kata tiada hari yang tetap. Cuma 6 Mei ni dia tutup sehari. Harga makanan memang amat berpatutan berbanding Kedai Nasi Padang lain.

Kalau ada yang nak rasa makanan di kedai ini, ia terletak di Jalan Paya Jaras kira2 seratus meter kot dari Tapak Pasar Malam Paya Jaras. Kedai ni setentang dengan Kedai Dr Cermin. Mesti jumpa punyalah.






9 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

selalu jugak dok merewang cari makan area paya jaras.. tapi tak perasan pulak kedai nasi padang ni

MamaFaMi said...

Salaam Kjee...

Aisehmen, kita masuk salah timing la. Perut tengah lapar ni. Tengok apa pun semua sedap je...

Anonymous said...

Kesedapan sesebuah Restoren Minang/Padang itu tolotak pado tigo lauk pauk ehh: 1. Sambal Ijo. 2. Gulai Tunjang 3. Dendeng daging. Sodap yang tigo ni, In sya Allah yang lain sumo sodap. Esey kalu singgah Rumah Makan Padang ni baik di sini maupun di soborang.. Itulah lah benchmark sey guna. Yang lain tu tambahan, Jus Alpokat dan Jus Timun mesti ado tuk potong kolestrol.... :-) baru memoncak. Anak Kelana UK

noorhayati harun said...

alhamdullillah,tq very much on behalf on my In Law family. Even kedai nie simple jew tapi masakan mmg terbaik setanding dgn harganya..repeat customer mmg penting...tq sbb tlg promote kedai my In law expecially utk pencinta makanan nasi pdg nie..hope if Kak Jee dtg dpt la kita jumpa yea..

eszek said...

Salam, Kjee pindah dr Sg Pelong ke mana? Saya termiss n3 pindah ni ke?

Nota Cikgu Anum said...

eh x tahu plak K jee pindah. xde entry pun

Suraya mohd nor said...

salam kak jee..

kedai ni kalau kul 8 malam masih ada ke lauk pauknya lagi..nanti pergi malam lauk dah abis...hihihih

noorhayati harun said...

sorry kak Jee..tlg on behalf u hehee..Cik Suraya..kedai nie buka till 11mlm..insyaallah mknan sentiasa ada..sbb sblh ptg kakak saya nie akan msk tuk mkn mlm plak singah la..

MOHAMEDS72 said...

As Salam buat Puan...dan juga rakan yg ada dalam entry ni. Saya setuju dgn Puan (Kjee) tentang kedai mkn masakan padang ni sebab memang sedap dan cukup rasa, cuma saya dtg time tu awal sgt je kut (7pm)....lauk semua sibuk baru nak keluar dari dapur jadi cuma dapat lauk yg dah ada di depan tapi cukup menyelerakan cuma tak sempat nak tunggu lauk2 yg lain...sebab nak maghrib time tu dan family pun dah penat cuma nak mkn cepat dan balik. In Sya Allah nak dtg lagi tapi awal utk lunch pula...harap yg mencari nasi padang boleh cuba kat sini dan memang owner dia baik dan mesra sgt...����

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...