Pages

Tuesday, April 16, 2013

UDANG HALUS BERLADO, PEMBUKO SELERO




Dulu, kalau ke pasar, dan nampak udang putih halus, Kjee pandang sebelah mata jer. Bukan kerana berlagak dan hanya makan udang kasar jer. Tetapi kerana tak kuasa nak bersihkan udang2 halus tu. Jari jemari kita dah le macam jari king kong. Mudah je hancur udang tu kalau dibuang kulitnya. Isinya secoit jer.

Tetapi sejak Kjee belajar buat resipi Udang Halus Goreng berlado garing, wah memang pantang nampak kat pasar. Sekarang ni bukan murah lagi udang ni. Paling murah pun RM10 sekilo.

Tapi kalau nak buat goreng berlado garing, tak perlu buang kulit. Kepalanya pun sebenarnya tak perlu buang. Tapi hari ni Kjee terlebih rajin. Kjee bersihkan satu satu dan buang sekali kepalanya! Tapi kulitnya Kjee tak buang.

Kjee pernah buat dulu. Nak resipi amik sini.

Tapi rasa2nya Udang Halus Goreng Berlado yang Kjee buat hari ini merah menyala. Kjee bubuh cili hidup dan cili api siam yang merah tu. Siap ko...podeh!!!




Selain udang berlado ni, Kjee masak jugak Singgang Ikan Kembung dan jugak rebus peria katak yang dipadankan dengan sambal belacan power UnclePali.

Jom makan. Nasi panas2 sedang menunggu. Hehehe.



1 comments:

Penyapu Lidi Sdn Bhd said...

WALAWEIII PERIA TU SUNGGUH TERUJA

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...