Pages

Wednesday, July 17, 2013

HIDANGAN UNTUK BERBUKA... HANYA SEKADAR IDEA

Resipi klik sini



Hari ni Kjee macam teringin pulak nak masak Daging Kaprau. Kaprau tu daun Selasih dalam bahasa Thai. Tapi Kjee tak pasti daun mereka sama dengan daun Selasih atau daun Kemangi kita. Sebabnya, Kaprau adalah Sweet Thai Basil. Tapi masa Kjee makan kat Restoran Tomyam Thai, sama jer rupanya macam daun Selasih kita.

Resipi Daging Kaprau diatas adalah versi ala Chinese. Kjee pernah buat versi bubuh tomyam paste dan jugak masa ketiadaan daun Selasih, Kjee bubuh daun limau purut. Boleh tengok bawah label daging ya.

Jadi, dah terlanjur Kjee selak2 entri makanan untuk cari resipi Daging Kaprau, Kjee juga selak2lah resipi untuk digandingkan dengan Daging Kaprau.

Satu lauk kering. So lauk kedua mestilah basah2 sikit. Maka terjumpalah Szechuan Hot and Spicy Sup yang memang sedap digandingkan dengan Daging Kaprau.




Resipi http://www.dapurkakjee.com/2011/03/177-szechuan-hot-n-spicy-soup.html



Dah dua lauk. Sayurnya pulak? Hmmm kalau ada pucuk paku goreng atau Kangkung Goreng Belacan pun best jugak ya. Kalau buat pedas sikit lagi berselera kan?



Resipi klik http://www.dapurkakjee.com/2011/10/kangkung-goreng-belacan.html







Pilihan lauk dah siap. Takkan tak ada pencuci mulut pulak kan? Kalau nak buat yang simple, pilihan yang kena dengan tekak Kjee ialah jeli yang Kjee namakan, Jeli Selasihku Sayang. Ehh tak letak daun selasih atau Kaprau tapi biji Selasih. Okay tak?

Ini hanya idea. Sebesar kuman pun Kjee tak ada niat nak buat korang meleleh air liur hingga terbatal puasa. Dari masa ke masa, Kjee akan cuba beri idea untuk memasak di masa2 macam ini supaya wanita yang tidak bekerja bolehlah buat persiapan sebelum ke pasar.

Dan untuk yang bekerja, mungkin boleh dapat idea untuk menu keesokkan hari ataupun di hujung minggu.


Resipi klik http://www.dapurkakjee.com/2012/07/jeli-selasihku-sayang.html







4 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

terima kasih, kak Jee. Sy sedang mencari2 idea nak masak daging ni... :-))))

Rose Azadir said...

Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

Lydia Miza said...

Menu baru buat saya. Tq kakjee. Xpe, tgh hari gini mmg sy rajin jln2 cr resepi baru. Tq kak jee

Anonymous said...

Tq Kak Jee bagi resepi2 ni saya pun kadang2 buntu x tau apa nak masak!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...