Pages

Monday, July 22, 2013

IDEA HIDANGAN BERBUKA/SAHUR ...6




Kalau ingin mengubah selera dari makan nasi setiap hari, Kjee akan menyediakan bubur nasi dengan lauk pauk beranika jenis.

Ini adalah antara menu favorite Kjee dan Nadia. Bab bubur nasi ni, UnclePali kureng sikit terutama sekali untuk berbuka. Orang lelaki mesti mahu pekena nasi setelah seharian berpuasa.

So kalau Kjee teringin sangat nak buat Bubur Nasi, Kjee akan masak nasi untuk UnclePali sementara lauk pauknya, Kjee fikirkan yang boleh dimakan  dengan nasi dan juga bubur. Cara ini, tiada siapa akan merajuk. Hehehe.

Lauk2 yang mengiringi bubur nasi, selalunya yang kering2. Ini adalah kerana bubur dah agak basah. Malah pada Kjee bubur tidak memerlukan lauk pauk yang banyak. Kalau ada telor asin, ikan kering atau bilis goreng pun sudah memadai.

Dibawah ini, lauk pauk yang Kjee cadangkan untuk membuat korang lebih berselera menghadapi menu bubur. Kjee ni memang kuat meratah lauk. Sebab itulah kalau menyediakan bubur, macam2 lauk kering yang menjadi pilihan. So pepandailah adjust kan?







Telor Asin dan ikan kering

Sotong goreng kunyit

Ikan bilis goreng

Pucuk Paku Goreng. Lauk pauk diatas, klik SINI 


Ayam goreng ala Szechuan. Resipi klik SINI


Stir Fry Tau Meu. Resipi klik SINI 


3 comments:

||aLeaSaRa|| said...

saya kan cukup suka makan bubur nasi berlauk,dari kecil lagi he3..wah tqvm beri idea...nak buatlah untuk menu buka posa hari ni.suami saya pun sama,kak tak reti makan bubur,tak kenyang katanya,so kena buat menu yang boleh makan dengan bubur dan nasi he3..

Yatie Fizzy said...

glup..hanya mampu telan air liur je la huhu..wah sedapnya nak2 plak tu kan tgk menu ikan bilis goreng letak bawang ngan cili padi tu..perghh dapnyee...hurmm kjee duk mane erk?? kalo dekat boleh tak kalo yf gi kat rumah he3..=)

Anonymous said...

Wah cukup menyelerakan.pandai@rajin kakjee..hehe

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...