Pages

Saturday, July 27, 2013

IDEA PASTA DAH SPAGHETTI UNTUK BUKA PUASA





Apa kata kalau kita makan pasta pulak hari ini. Jangan terkejut kalau ada Laksa Johor pulak yer. Laksa Johor memang menggunakan spaghetti. Kjee pernah jugak tengok orang buat Laksa Johor guna mi kuning. Tapi dalam resipi orang Johor, mereka semua guna spaghetti.

Kuah Laksa Johor mesti pekat sebab orang Johor makan guna tangan. Itu yang Kjee tahu. Anyway, ada orang kata Laksa Johor Kjee tak ori sebab tak letak ikan kering. Ya memang Kjee tak bubuh ikan kurau kering.

Kjee buat eksperimen sendiri tanpa bubuh ikan kurau kering. Anehnya, orang Johor yang datang makan kat gerai Kjee tu kata, rasanya tak lari pun. Entahlah. Lepas ni nak tukar nama bagi nama baru iaitu Laksa Kuala Lumpur atau laksa Kampung Baru. Hehehe. Resipi klik SINI.





Ini masakan pasta Itali yang cukup popular. Namanya Aglio Olio. Orang Malaysia suka sangat sebab ia pedas. Kjee pertama kali diperkenalkan makanan ini ketika makan di gerai Western ARIMA CLASSIC.
Terkejut Kjee sebab pedas dan sedap sangat. Pedas cili padi.

Masa tu Kjee terfikir... orang Itali makan pedas ker? Hanya selepas Kjee selalu tengok rancangan Food Network barulah Kjee tahu mereka sebenarnya suka makan pedas.

Kjee buat ini  ikut suka resipi Kjee sebenarnya. Yang halus2 bersepah atas Aglio Olio tu adalah Parmesan Cheese. Nak letak boleh, tak nak pun boleh. Polis tak tangkap punya. Tapi letak banyak2, sedapppp. Hehehe. Resipi tengok SINI.








Yang bawah sekali ini Beefy Cheese Makaroni. Dah lama Kjee tak buat. Kalau untuk berbuka, Kjee boleh makan ini sahaja. Sedap dan mengenyangkan.

Tak tau nak citer apa pasal Beefy Cheese Makaroni ini sebab Kjee dah terliur. So kalau citer panjang2, nanti terbatal pulak puasa. Hehehe.

Resipi kat SINI.









3 comments:

Anonymous said...

Salam.setahu saya laksa johor adalah masakan melayu johor. Jawa totok johor ,tak suka sangat,sebab bukan masakan diorang.tapi laksa johor tetap dianggap ekslusif,mewah,sebab susah sikit nak buatnya.

Echa said...

kakjee ada gerai kat kampung baru ke? kat mana gerainya? saya baru tahu sebab baru jumpa blog kakjee ni..sebab lepas kawen baru la terhegeh2 nak cari resepi nak masak untuk suami..dulu mak suruh belajar masak takmau..huhuuu

Kjee said...

Tak pernah ada gerai di kpg baru. Itu kpg kelahiran kjee.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...